Bab 29 : Miss You More

26.4K 1.1K 40
                                    

"Get out, Hana. I'll call you later."

Itu ayat terakhir yang diucapkan lelaki itu seminggu yang lepas. Tetapi, sehingga sekarang Hana masih belum menerima apa-apa panggilan pun daripada Affendy. Sudahlah Affendy tidak menghubunginya langsung, apabila dia menelefon Affendy, lelaki itu tidak jawab juga! Habis tu, apa lagi yang boleh dia lakukan?

Hana tahu dia bersalah dalam hal ini. Affendy cuma mahu menolong dia mencari kerja, tetapi sebaliknya dia mengamuk pada Affendy pula. Tetapi... Affendy juga tak patut buat begitu. Dia mahu diterima bekerja kerana kebolehan diri sendiri, bukannya dengan cara menggunakan 'kabel besar'. Kalau aku nak guna kabel, dari dulu lagi dah mintak tolong dia!

Tetapi memandangkan dia telah menerima juga tawaran bekerja daripada Ryzal meskipun menggunakan 'kabel', Hana sedar bahawa dia tidak perlu memanjangkan hal ini lagi. Berbaik sajalah dengan Affendy. Tak payah nak rindu-rindu dari kejauhan macam ni lagi....

Hana tahu dia perlu memujuk Affendy. Tapi... bagaimana?

***

Petang itu sebaik sahaja dia masuk ke pejabat selepas berjumpa dengan klien, perkara pertama yang menyapa matanya dahulu ialah sejambak bunga yang terletak elok di atas meja. Kening Affendy terangkat. Bunga? Tak pernah-pernah dia dapat bunga seumur hidup. Dan yang paling penting, dari siapa?

Affendy melangkah mendekati mejanya. Sejambak bunga ros berwarna kuning itu masih segar dan wangi. Tak pernah lagi dia melihat bunga ros berwarna kuning. Selalunya merah, putih, atau merah jambu. Kali ini warna kuning. Sangat rare!

Affendy membelek bunga ros itu dan menjumpai sekeping kad kecil yang terselit di tengah-tengah. Kad itu ditarik lalu dibuka.

I'm sorry. I miss you. :(

Love, your Bunga.

Serta-merta terukir senyuman di bibir Affendy tanpa perlu dipaksa. Hana, Hana. Seminggu dia tidak berjumpa atau bercakap langsung dengan teman wanitanya itu, seminggu itu jugalah dia sering marah-marah dan mengamuk. Yang menjadi mangsa pekerja-pekerjanyalah. Salah sikit sahaja memang akan kena. Wajahnya pula tak payah cakaplah... memang garang habis!

Tetapi... sejambak bunga dan dua potong ayat pendek yang ditulis oleh Hana telah berjaya membuatkan dirinya tersenyum.

"Haa, you are smiling!"

Serta-merta Affendy berpaling ke belakang apabila mendengar suara itu. Dia terkejut melihat Hana yang sedang berdiri di belakangnya tanpa dia sedari.

"Sejak bila Hana ada dekat sini?"

Hana tersenyum manis. "Sebelum abang masuk lagi saya dah ada dekat sinilah! Abang je yang tak perasan saya duduk kat sofa tepi pintu tu...." Jarinya menunjuk ke arah sofa yang terletak di tepi pintu. "Dah nampak bunga atas meja, Bunga yang ni terus tak nampak ya...." Kemudian jari menunjuk ke arah diri sendiri pula dengan senyuman mengusik.

Affendy cuba menyembunyikan senyumannya. Takkanlah mahu mengalah sekarang kan. Sekurang-kurangnya, biarlah Hana pujuk dahulu.

"Buat apa kat sini? Dah tak ada kerja?" tanya Affendy garang sambil meletakkan semula bunga itu di atas meja. Sengaja dia mahu tunjuk yang dia tidak berminat dengan bunga itu.

"Dah pukul enamlah. Orang lain pun dah balik tau!" ujar Hana. "Cantik tak bunga tu? Cantik macam saya?" Hana mengusik sambil mencuit hidung Affendy manja. Tetapi, Affendy masih lagi tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Wajahnya tegang sahaja, tidak seperti tadi ketika dia tersenyum melihat bunga itu. Hana sudah mati kutu mahu buat apa.

"Datang sini naik apa?" tanya Affendy sambil melangkah menuju ke tempat duduknya lalu duduk di situ. Telefon bimbit dikeluarkan dan dia berpura-pura melihat skrin telefon bimbit.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now