BAB 103: PILIHAN KETUA DEWA

2K 135 8
                                    

"Kubur siapa yang abang lawat?" Tanya Kiroki yang ingin tahu.

Shiroi memberikan senyuman sedih. Dia berjalan ke arah bilik tetamu kerana merasakan bondanya dan ayah Kiroki sedang menuju ke sana.

"Kubur..." Jawabnya dengan lambat. "Moyang abang, Permaisuri Siarah," beritahunya sebelum terasa satu kehadiran yang dikenalinya.

Shiroi terus tersenyum dan berlari ke taman bunga istana yang berdekatan mereka.

"Wah..." Sebut Kiroki apabila bulu sayap yang tiada warna tapi lutsinar dan berkelip-kelip sedang berterbangan di kawasan taman bunga itu.

Shiroi mencari orang yang mempunyai kehadiran itu di taman bunga itu sebelum melihat ke atas.

"Abang Shiroi, tengok! Tengok!" Tunjuk Kiroki ke atas. Wajahnya sangat ceria.

Mata Shiroi juga menunjukkan sinar gembira. Mereka berdua melihat seseorang sedang jatuh ke arah mereka dengan sayapnya yang menutup tubuhnya. Sayapnya juga lutsinar seperti bulu-bulu pelepah yang sedang berterbangan itu. Orang itu membuka sayapnya semula semasa hampir mencium tanah dan mengibas sayapnya untuk mendarat dengan perlahan-lahan di hadapan mereka.

Rambut orang itu dilihat mereka berwarna merah. Begitu juga dengan anak matanya. Dia memakai pakaian serba putih dengan renda biru di hadapan, pergelangan tangan dan tepi seluarnya. Kasutnya berwarna putih juga. Terdapat dua pedang dengan sarung emas yang berukiran unik terselit pada kedua-dua belah pinggangnya.

"Ayahanda! Selama pulang, ayahanda!" Sebut Shiroi sambil berlari ke arah orang itu.

"Hehe! Selamat pulang, Pak Cik Kairi!" Ucap Kiroki pula.

Orang itu tersenyum dan menghilangkan sayapnya.

"Ayahanda dah pulang, anakanda dan ya, pak cik dah kembali, Kiroki!" Balasnya kepada kedua-duanya dengan ceria sambil tangannya mengusap lembut kepala mereka.

Shiroi dan Kiroki tergelak kecil.

"Kanda!"

Kairi memandang ke arah Aries yang baru tiba di situ bersama Rafiz.

"Selamat pulang, tuanku," tunduk Rafiz dengan hormat kepadanya.

"Rafiz, tak perlu. Kan kita bukan berada dalam situasi formal," ngeluh Kairi sambil berjalan ke arah permaisurinya.

Dia terus mengucup bibir Aries untuk beberapa saat sebelum melepaskannya. Shiroi dan Kiroki membuat bunyi 'eww' melihat mereka berkucupan. Kairi, Aries dan Rafiz tergelak dengan bunyi itu. Walaupun begitu, Aries mempunyai sedikit merah pada pipinya. Dia malu setiap kali Kairi mengucupnya di hadapan sesiapa di sekeliling mereka.

"Dah, dah, korang berdua pergi main. Jangan kacau orang dewasa nak bermesra," halau Kairi kepada Shiroi dan Kiroki.

Shiroi dan Kiroki tersengih sebelum beredar. Rafiz kembali berdiri tegak dan memandang Kairi.

"Bagaimana mesyuarat kamu? Dah tiga hari tak nampak kamu..." Tanya Rafiz.

Kairi melepaskan keluhan. "Ya, sebab mereka lah aku tak dapat pulang selama tiga hari. Apa punya dewa dewi. Hal kecil pun nak panggil aku selesaikan. Dan... Disebabkan mereka, kanda tak dapat nak bermesra dengan adinda... Rindu kanda tak, adinda?" Kairi memberi senyuman dan pandangan berahi kepada Aries. Dia juga menarik Aries ke dalam dakapannya.

Aries menepuk dada Kairi. "Ish! Gatal la kekanda ni! Erm... Mesti lah adinda rindukan kanda... Kanda tinggalkan adinda selama tiga hari berseorangan..." Dia sengaja merajuk dan menolak Kairi menjauhinya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now