BAB 26: AKTIF

2.5K 164 7
                                    

^^>>> RAFIZ >> ^^

Suka tak gambar Rafiz ni? Sila kasi komen k XD

Thanks!

.....................................................................................................................

Setelah tiga jam berlalu, Kairi mula penat. Tubuhnya mengeluarkan peluh yang banyak dan dia bernafas dengan lajunya. Pegasus tidaklah seteruknya. Tidak lama kemudian, bunyi gegendang didengari di seluruh colloseum tandanya waktu rehat selama lima belas minit.

Rafiz beredar kepadanya semasa dia dan Pegasus pergi ke arah Rafiz dan rakan-rakannya.

"Ada masalah kah mengeluarkan kuasa kamu?" tanya Rafiz sambil memberikan sehelai tuala basah kepada Kairi.

Agi juga memberikan tuala basah kepada Pegasus.

"Aku tak dapat fokus. Tu je..." jawab Kairi lalu mengelap wajahnya yang berpeluh. Dia rasa lega dengan kesejukan tuala tersebut.

Aries membawa dua botol air lalu menyuanya kepadanya.

"Terima kasih, Aries." Ucap Kairi sambil tersenyum.

"S-Sama-sama!" balas Aries dengan wajah segan.

Pipinya merah sedikit tetapi disoroknya dengan memandang ke kakinya. Wajah Kairi yang berpeluh membuatkannya tertarik dan baginya, ia nampak lebih tampan lagi daripada biasa. Dia tidak sangka dia akan melihat Kairi sebegitu. Kini, jantungnya berdegup kencang dan mahu meletup. Dia beredar cepat kepada Pegasus dan memberikan botol terakhir itu untuk menenangkan jantungnya semula.

"Bagaimana rasanya berlawan dengan Kairi?" tanya Agi kepada Pegasus.

"Boleh tahan..." balas Pegasus sambil mengangkat bahu. "Dia belum dapat guna kuasa dia je lah..." Dia meneguk air botolnya sehingga separuh dan menghembuskan nafas lega.

"Kamu perlu guna tahap kedua kah nanti?" tanya Aries mula gelisah apabila Kairi masih belum mengeluarkan kuasanya. Perlawanan mereka adalah ujian terakhir. Dia tidak tahu apa akan berlaku jika Kairi gagal.

"Paksaan adalah salah satu cara tapi... untuk Kairi mungkin berkesan." Balas Agi.

Pegasus mengangguk. Dia bersetuju dengan Agi. Mereka telahpun tahu dan lihat dengan mata sendiri bahawa Kairi menggunakan kuasanya dalam keadaan bila dirinya menghadapi bahaya.

"Kairi, aku akan gunakan tahap kedua selepas ini. Harap kamu bersedia." Beritahunya kepada Kairi awal-awal.

"Erk!" Kairi menelan air liurnya. "Erm... Okey..."

"Urgh... Kairi, kamu pasti kamu boleh? Rasanya kita patut suruh Perseus cadangkan ujian lain..." Virgo mula risau dan dia tidak mahu Kairi dicederakan dengan teruk walaupun Kairi bertahan dalam pusingan pertamanya.

Kairi menggeleng kepalanya dengan laju. "Tak, tak, Virgo. Aku rasa aku boleh. Aku cuma perlukan masa sedikit untuk memanggil kuasa aku. Pegasus, jangan kasihankan aku ya. Aku perlukan serangan terkuat kamu untuk bantu aku... Err... Rasanya..." Dia juga tidak pasti jika dia mahu dibelasah dengan teruk oleh Pegasus walaupun itu mungkin caranya untuk mengeluarkan kuasanya.

"Kairi..." sebut Rafiz dan mula mengeluh. "Baiklah. Kamu hati-hati okey, Kairi?"

Kairi mengangguk. Rafiz memandang Pegasus pula.

"Kamu nak bunuh aku ke?" tanya Pegasus kepadanya apabila Rafiz merenungnya dengan tajam.

"... Mungkin kalau Kairi hampir mati, ya, aku akan bunuh kamu..." Rafiz tidak sorokkan ancaman yang akan dilakukannya kepada Pegasus.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now