BAB 47: ARAHAN

2.3K 146 2
                                    

^^>>Dark Lynx<<^^

................................................................................................................

Kairi menjumpai Dark Hartina yang sedang digigit salah satu kepala raksasa bintang milik Dark Hartina. Ia mempunyai lima kepala dan daripada satu badan yang sama. Walaupun Dark Hartina digigit, dia melepaskan anak panah senjata barunya yang Kairi pinjamkan sebaik sahaja Dark Hartina dan Rafiz muncul dalam penjara raksasa itu.

Senjata Dark Hartina berbentuk pemanah kecuali ia mendatar dan bukannya menegak seperti senjata lamanya. Pada mulanya, dia berasa pelik dengan kemunculan pemanah tersebut yang berada di belakang tapak tangan kirinya. Dia mengambil masa untuk mengujinya sambil melarikan diri daripada diserang raksasa itu.

Kini, panahannya mengena anak mata kepada kepala yang mengigitnya. Dia dilepaskan lalu melompat jauh ke belakang untuk mengelak serangan kepala-kepala lain yang munuju ke arahnya. Kairi dapat melihat Dark Hartina sedang menahan kesakitan daripada gigitan raksasa tersebut. Darah yang mengalir daripada lukanya juga bukan berwarna merah sebaliknya biru, menunjukkan keracunan yang dilepaskan raksasa tersebut.

Disebabkan itu, Kairi menolongnya menyembuhkan kecederaannya. Dark Hartina tersentak lukanya sembuh sebelum sedar kehadiran Kairi jauh di hujung sudut berdekatan dinding penjara itu.

"Kairi! Kamu tak guna! Keluarkan aku dari sini sekarang!" marahnya lalu melepaskan panahannya kepada Kairi.

Walaupun dia tahu serangan tersebut tidak akan mengena Kairi, dia masih melepaskannya bertubi-tubi, menyebabkan dia kehilangan sedikit tenaga. Kairi tersengih. Pelindungnya melindunginya daripada terkena serangan Dark Hartina itu.

"Daripada kamu tengok aku, baik kamu beri perhatian kepada raksasa tu!" balas Kairi.

Seperti yang diberitahunya, raksasa tersebut melibaskan ekornya yang satu sahaja ke arah Dark Hartina. Dark Hartina tidak sempat mengelaknya lalu menyilangkan tangannya. Libasan tersebut terlalu kuat baginya, menyebabkan dia terpelanting dan melanggar dinding di belakangnya. Dia termuntahkan sedikit darah akibat tergigit bibirnya menahan kesakitan daripada belakangnya.

Apabila dia jatuh terdampar di atas tanah, dia melihat Kairi menahan raksasa tersebut daripada mendekatinya. Cahaya daripada perisai bintang Kairi disinarkan ke arah raksasa tersebut, membuatkan ia menjauhi perisai lantas menjauhinya juga.

"Kenapa kamu tak guna kuasa minda kamu?" tanya Kairi kepadanya.

"Urgh..." Dia tidak membalas. Kairi sepatutnya telah tahu bahawa tanpa rantai mereka, mereka tidak berkuasa. Jadi, buat apa dia nak jawab pertanyaan Kairi itu.

"Heh! Aku bagi satu klu je untuk kamu kalahkan raksasa itu walaupun kamu tak nak dengar." Kata Kairi sambil memandang raksasa berkepala lima itu.

"Kamu dan raksasa kamu adalah satu. Okey, itu sahaja. Aku nak pergi tengok Rafiz pula." Beritahunya.

"Rafiz..." Dark Hartina memejam matanya sebelum bangun dengan perlahan-lahan.

Dia perasan tubuhnya hilang kesakitan kerana Kairi menyembuhkannya sekali lagi.

"Cis... Kenapa dengan dia tu? Dia pelik sangat..." Dark Hartina menyoal sifat Kairi yang mengelirukannya.

Dia melihat raksasa di hadapannya yang masih merasai kesan cahaya tersebut.

"Aku dan raksasa tu adalah satu? Cis... Aku tak suka main teka-teki..." Dark Hartina menghalakan senjatanya ke arah dada raksasa itu lalu melepaskan anak panahnya yang berbentuk cahaya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now