BAB 102: PENAMAT DAN PERMULAAN BARU

1.8K 131 11
                                    

Maaf xupdate semalam! Saya sangat-sangat busy hingga hari ini. Ini updatenya! Maaf ya semua T^T

..................................................................................................................

Kairi menggenggam erat kotak kurungan yang ada padanya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya.

"Kamu semua, berikan aku kuasa korang," pintanya kepada semua rakan-rakan bintangnya melalui perhubungan minda.

"Apa yang kamu nak lakukan?" Tanya Dark Spincer.

"Aku ada satu rancangan iaitu menggunakan kuasa yang Permaisuri Siarah pernah gunakan lima ratus tahun dahulu. Aku perlukan kuasa korang untuk jayakannya," beritahu Kairi.

Dia sebenarnya menyorokkan satu perkara lain yang tidak mahu diberitahunya kepada semua orang. Hanya Ziphoteninx sahaja yang mengetahuinya.

"Baiklah..." Balas beberapa orang yang bersetuju sahaja kerana ingin mengikut perintah raja mereka.

Yang lain diam sejenak sebelum mereka bersetuju. Mereka sudah tiada pilihan lain. Jika satu-satunya peluang untuk mengalahkan Dark Revier adalah dengan menggunakan kuasa lagenda itu, mereka sanggup memberikan Kairi segala kuasa yang mereka ada. Disebabkan itu semua orang memegang rantai mereka dan menyalurkan kuasa mereka kepada Kairi. Saluran kuasa mereka meningkatkan kebolehan dan tenaga kuasa Kairi.

"Kekanda, tolong hati-hati," beritahu Aries kepada Kairi dengan perhubungan minda sulit yang menghubungkan mereka berdua sahaja.

"Adinda Aries... Kanda akan hati-hati tapi... Kalau kanda tak dapat kembali, kanda harap adinda dapat maafkan kanda..." Balas Kairi dengan memberi klu kepada Aries bahawa dia mungkin tidak dapat kembali.

"Kanda... Kairi..." Air mata Aries berlinangan. Dia mengangguk walaupun Kairi tidak boleh melihatnya. "... Adinda faham... Tapi, tolong janji dengan adinda sekali ni je... Kanda akan kembali kepada adinda walau camna pun keadaan kanda... Tidak kiralah jika kanda..." Aries tidak menghabiskan kata-katanya kerana dadanya mula sebak.

Akan tetapi, Kairi dapat membaca fikirannya. "Adinda..." Dia tahu permintaan Aries agak mustahil kerana dia tidak pasti jika dia boleh kembali dengan tubuhnya. Akhir kata Aries tadi, dia mahu Kairi kembali walaupun hanya tubuh tanpa jasad.

"... Adinda, kanda cintakan adinda selama-lamanya. Tolong jangan lupakan kanda," balasnya sebelum mematikan hubungan minda itu.

Dia sedar dia membuatkan Aries menangis dan meneka ini mungkin adalah kali terakhir untuk dia mendengar suara Aries. Dia memejam matanya rapat-rapat sambil menenangkan sebak dadanya yang ingin dilepaskannya. Sebelum pemikirannya menjadi negatif dan timbul keinginan untuk mematikan rancangannya, dia segera mengeluarkan satu kuasa terkuatnya yang pernah digunakan nenek moyangnya, Siarah. Tubuhnya mengeluarkan cahaya sebelum sekelilingnya muncul kesemua corak binatang bintang yang mengelilingi sekelilingnya.

Dark Revier terus memandangnya dan melibaskan senjatanya ke arahnya. Malangnya, pelindung yang terkeluar sama dengan kuasa Kairi itu melindungi Kairi daripada dicederakan. Malah, sabit Dark Revier patah apabila terkena pelindung itu. Disebabkan itu, Dark Revier menggunakan sesungutnya pula untuk menyerap kuasa Kairi. Serangannya ini juga dihalang dengan kuasa dewa dewi itu. Mereka sedar Kairi mempunyai rancangan dan untuk memastikan ia berjaya, mereka melindunginya walaupun kuasa mereka ada yang terserap oleh sesungut itu.

"Ziphoteninx," panggil Kairi.

Ziphoteninx menghampirinya sebelum menangkap kotak kurungan yang diberikan Kairi dengan kuasanya. Dia terbang ke belakang Dark Revier sambil kotak itu bergerak bersamanya. Kironinx beredar ke sebelahnya. Dia terbeliak setelah mengetahui rancangan Kairi daripada memori Ziphoteninx. Akan tetapi, dia tidak membantah kerana ini mungkin satu-satunya peluang mereka untuk mengalahkan Revioryx.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now