BAB 19: MENUNGGU

2.1K 192 10
                                    

Wow!

Saya amat menghargai sokongan anda dengan membaca cerita ini.

Cuma kalau boleh sila berikan sedikit komen supaya saya tahu perasaan anda mengenainya.

Dengan itu, saya menunggu respond anda dan...

Terima kasih membaca cerita saya!

Okey, mari kita lihat bab seterusnya!

Weeeee!! (Bayangkan cartoon comel sedang terbang membuka lampiran bab seterusnya) XD

.............................................................................................

Kairi tidak sangka Rafiz mengaku bahawa dia gembira bertemu dengannya. Dia tersenyum tetapi tiba-tiba sahaja penglihatannya menjadi gelap. Tubuhnya juga rebah.

"Kairi?" Rafiz menangkapnya sebelum dia jatuh ke tanah dan menyedari Kairi telah pengsan.

"Dia tak apa-apa... Baguslah..." katanya dengan lega selepas merasai pernafasan Kairi yang setara.

Kemudian, dia memandang Virgo, Pegasus dan Aries. Dark Reammut akhirnya terduduk di atas tanah sambil bernafas dengan lajunya. Aries sememangnya melebihi tahap kekuatannya. Dark Spincer pula, kekuatannya serasi dengan Virgo dan Pegasus.

"Cis! Dark Spincer, kita berundur sekarang!" kata Dark Reammut yang tahu mereka tidak akan berjaya mengalahkan ketiga-tiganya.

"Urgh..." Dark Spincer seperti mahu meneruskan perlawanan mereka tetapi untuk dua lawan satu serta pihak lawannya masih belum keletihan mengubah fikirannya. "Baiklah..."

Mereka membaling sebiji bola hitam ke tanah dan ia meletup lalu melepaskan asap putih yang tebal.

"Hei!" Virgo mencari kelibat kedua-duanya tetapi mereka tiada di situ lagi apabila asap tersebut dibawa angin.

"Mereka dah larikan diri..." kata Pegasus.

"Ini kali pertama mereka mengalah dan kita menang. Yeah! Satu markah untuk Bintang Kecerahan dan kosong untuk Bintang Kegelapan!" jerit Aries dengan gembira.

Virgo tersenyum dan lega mereka memenangi perlawanan itu.

"Ya, tapi kalau bukan disebabkan Kairi dah lama kita maut." Virgo memandang ke arah Kairi dan Rafiz lalu menghampiri mereka. "Dia okey?" tanyanya kepada Rafiz.

Rafiz membalas dengan anggukan lalu mendukung Kairi. "Kamu tak terkejut melihatnya pengsan..." komennya.

"Sebelum ini dia pernah pengsan juga. Masa kali pertama dia aktifkan kuasanya." Terang Virgo.

"Oh, ye ke? Nampaknya dia belum biasa dengan kuasanya."

"Benar..." Virgo mengangguk.

"Hari dah lewat sangat. Kita patut patah balik ke kampung tadi dan berehat di sana." sambungnya.

"Tapi camna kalau mereka datang semula?" tanya Aries, risau akan keadaan mereka.

Virgo mengenggam tangannya dan kemudian membukanya semula. Dia dapat merasakan kuasa yang dipertingkatkan Kairi kekal dalam tubuhnya.

"Jangan risau. Kairi dah aktifkan tahap kedua kuasa kita." Beritahu Pegasus.

"Tahap kedua?" Aries tidak faham. Kuasa mereka boleh dipertahapkan ke?

"Aku ada baca sejarah. Kuasa bintang kita tak berhenti dengan satu tahap. Boleh dikatakan kuasa bintang kita yang biasa adalah tahap paling rendah. Tapi ada sesetengah pengguna yang boleh menaikkan tahap sendiri tanpa pertolongan dari ketua pengguna bintang. Macam Jeneral Leo dan Jeneral Auriga."

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now