BAB 65: MASIH HIDUP

1.9K 132 6
                                    

^^>>Cetus<<^^

.....................................................................................................................

Kumpulan kedua dan kumpulan ketiga telah bergerak ke Dorothia dan muncul di satu tempat tinggi. Mereka boleh melihat bandar Istana Dorothia tetapi kehancuran bandar itu mengejutkan mereka semua. Kepulan asap pembakaran masih boleh dilihat terapung-apung naik ke udara.

"Da-Dasyatnya..." kata Aquarius yang tertarik nafasnya melihat tempat itu.

Dia yang mempunyai kuasa penyembuhan dapat merasai beribu kematian datang daripada arah istana. Hal ini menyedihkan hatinya kerana walaupun rakyat Dorothia adalah musuh mereka, kebenaran tentang Dark Revier mengubah prinsip dirinya yang dahulu. Kini, dia hanya mahu menolong rakyat Dorothia tanpa memikirkan mereka itu adalah musuhnya.

"Mari pergi lihat jika ada penduduk yang masih bernyawa." Ajak Leo.

Mereka semua mengangguk kepadanya lalu bergerak menuju ke Bandar Dorothia. Semasa mereka tiba, mereka termangu melihat keadaan tempat itu yang teruk dengan robohan bangunan. Cuma yang menghairankan mereka adalah ketiadaan mayat di lorong yang mereka lalui.

"Tunggu sekejap! Ada bunyi..." kata Kironinx sambil memberhentikan pergerakan mereka.

Telinganya bergerak-gerak mencari arah bunyi yang dikatakannya. Ziphoteninx juga dapat mendengarnya. Mereka memandang ke satu arah dengan serentak lalu berjalan ke arah itu. Ahli kumpulan kedua-duanya mengekori mereka sehinggalah mereka juga dapat mendengar bunyi sesuatu. Mereka berjalan dengan senyap dan berhati-hati dengan sekeliling mereka.

Tiba-tiba, semua berhenti apabila merasai mereka telah memasuki perangkap. Di sekeliling mereka kini dikelilingi beberapa orang askar Dorothia yang masih hidup. Mereka tersentak mengetahui pergerakan musuh mereka yang sangat senyap hingga mereka tidak sedar kehadiran mereka. Sedikit sebanyak mereka kagum dengan pergerakan musuh mereka itu.

"Apa makna semua ni?! Kenapa korang berada di sini?! Kami telahpun berhenti berperang dengan korang!" kata seorang lelaki kepada mereka semua.

Dia dan rakan-rakannya berada dalam posisi menyerang.

"Kami..." mula Dark Hartina tetapi terberhenti apabila seorang jeneral Bintang Kegelapan muncul di sebelah lelaki itu.

"Tunggu dulu, semua. Aku tak rasa mereka datang untuk menyerang." Kata jeneral itu kepada semua askar di situ.

"Ta-Tapi, Jeneral Dark Undria! Mereka mungkin berniat untuk menghapuskan kita selepas mereka tahu kita dikhianati raja kita!" balas lelaki itu sambil menyebut nama jeneral mereka.

"Dia ni Dark Undria?! Bukan ke dia dah mati?!" kata Rafiz dan rakan-rakannya dengan riak terkejut.

"Jangan risau, Ledeigh. Aku tidak rasa perasaan ingin membunuh daripada mereka. Sebaliknya, mereka mahu menolong kita je." kata Dark Undria sambil memberikan senyuman.

"T-Tolong kita?! Apa gurauan yang mereka cuba buat ni?! Kami takkan menerima pertolongan daripada musuh kami!" kata seorang perempuan pula sambil memandang Rafiz dan rakan-rakannya dengan benci.

Ledeigh dan askar-askar lain setuju dengannya. Dark Undria melepaskan keluhan tetapi masih tersenyum.

"Dengar sini. Kita mempunyai ramai orang yang cedera dalam peperangan dan juga yang diserang Dark Revier tadi. Cuba kamu fikir baik-baik, kita kekurangan kakitangan rawatan kerana Dark Revier menyerang aku dan mereka dahulu sebelum korang pula. Aku terselamat pun sebab aku mempunyai kuasa rawatan tahap tinggi yang membenarkan aku merawat tubuh aku yang hampir mati.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now