BAB 39: SALJI

1.9K 141 2
                                    

^^>> Kairi pakai topeng<<^^

...............................................................................................................

"Kamu tidak suka kah?" tanya Ziphoteninx kepada Kairi melalui perhubungan minda. Dia masih berada di dalam gelang Kairi.

"Erm... Bukan camtu... Cuma aku tak pernah jumpa salji. Memang ada ke fenomena ni di sini?" balas Kairi. Sekelilingnya terdapat salji yang meliputi semua kawasan hutan yang dilaluinya.

"Sebenarnya Negara Sain tidak sepatutnya mempunyai salji. Ia berada di kawasan Khatulistiwa. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan ia berlaku. Kamu ada rasa apa-apa yang pelik?"

"Ada... Dua kuasa dalam jarak lima kilometer di hadapan kita..."

"Kemungkinan besar mereka adalah pengguna-pengguna kuasa bintang yang kita cari. Ayuh! Mari kita cari mereka, Shiroi!" suruh Ziphoteninx dengan memanggil Kairi menggunakan nama samara supaya identity Kairi tidak terbongkar. Shiroi bermaksud putih, sesuai dengan rambut Kairi yang kini putih.

"Ya, baiklah!" Kairi patuh dan berlari ke arah yang dikatakannya tentang kuasa yang dirasainya itu.

Dia tiba di sebuah kampung kecil dan berasa hairan kerana tidak menjumpai penduduk-penduduk kampung itu. Semua pintu rumah tertutup dan dalamnya kelihatan gelap. Kairi membuat keputusan untuk meninjau sekeliling kampung itu. Tiba-tiba dia terperasan kelibat sesuatu berlari dan menyorok di sebalik tong air besar. Lantas, dia berjalan cepat ke tong air itu dan melihat ke belakangnya. Dia berasa pelik kerana tidak menjumpai apa-apa tetapi perasaannya terhadap kehadiran kuasa berada di situ.

"Shiroi, jika kamu perasan, salji ni mempunyai aura. Dengan kata lain, ada orang menggunakan kuasanya untuk mencipta salji." Beritahu Ziphoteninx.

Kairi memandang ke salji di atasnya. "Ya, aku perasan juga dan... ada seseorang di sini sedang menggunakan kuasa halimunan." Dia memandang semula ke belakang air tong di hadapannya.

"Musnahkan je la supaya kita tahu dia siapa." Kata Ziphoteninx.

Kairi melibaskan tangannya ke arah tong air itu. Di belakangnya muncul seorang kanak-kanak lelaki yang berpakaian kotor. Wajahnya menunjukkan kehairanan dan juga ketakutan kerana kuasa halimunannya di musnahkan dengan mudah. Kairi mendekatinya tetapi kanak-kanak lelaki itu menggerakan tubuhnya ke belakang untuk melarikan diri.

"Jangan takut. Abang takkan apa-apakan kamu. Abang bukan musuh kamu tapi nak tolong kamu saja..." beritahu Kairi dengan lembut.

Penutup mulutnya terbuka dengan keinginannya dan dia memberi senyuman kepada kanak-kanak lelaki itu. Dia juga berjalan ke belakang beberapa langkah untuk memberi ruang kepada kanak-kanak itu. Dia sedar jika dia masih dekat, kanak-kanak lelaki itu akan merasakan dirinya terkurung dan tidak selesa dengannya.

"Boleh abang tanya? Ke mana semua penduduk dan apa yang telah berlaku di sini?" tanya Kairi.

Kanak-kanak itu memandangnya dengan waspada dan mendiamkan diri untuk sementara. Kairi tidak memaksa kanak-kanak lelaki itu untuk membalas dan melihat sekelilingnya. Dia juga menggunakan deria kuasanya untuk mencari kuasa yang mengawal salji itu.

"Erm..." suara gugupan kanak-kanak lelaki itu menarik perhatiannya semula.

"Ya?"

"Siapa... abang...?"

"Nama abang, Shiroi. Adik pula?"

"... I-Ini..." kata kanak-kanak lelaki itu perlahan.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now