BAB 84: AMUKAN IBU SERIGALA

1.5K 136 0
                                    

"Mama, kami nak keluar bermain dengan Lisione dan lain-lain, okey!" Beritahu Kiroki kepada Fina.

Di tepinya adalah Shiroi dan dua ekor anak serigala itu. Fina yang sedang memasak pergi kepada mereka.

"Baiklah, tapi jangan pulang lewat dan jika apa-apa berlaku panggil mama dengan abah, okey?" Pesan Fina.

"Baik!" Balas kedua-duanya lalu keluar dari rumah itu.

Zagan muncul bersebelahan Fina. Fina memandangnya dengan risau.

"Abang akan perhatikan mereka," kata Zagan lalu menghilang setelah mendapat anggukan daripada Fina.

Malam sebelumnya, Zagan tidak dapat mencari kedudukan ibu kepada anak-anak serigala itu dan hal itu menghairankannya. Dia tidak pasti bagaimana dua ekor anak serigala itu boleh berkeliaran di taman perumahan, tempat tinggal dewa dewi tahap rendah. Mereka mempunyai pangkat di mana para dewa dewi yang berkuasa kuat atau dikenali sebagai tahap tinggi akan mempunyai tempat tinggal dan kawasan mereka memerintah manakala dewa dewi yang berkuasa lemah, tahap rendah mempunyai tempat tinggal biasa dan berkerja di bawah para dewa dewi bertahap tinggi.

Disebabkan itu lah mereka tinggal di taman perumahan bersama-sama dewa dewi tahap rendah yang lain. Fina menyambung masakannya semula. Dewa dewi tidak perlukan makanan tetapi kepada kanak-kanak yang belum mempunyai sayap, mereka memerlukan tenaga dan makanan disediakan untuk mereka sahaja. Sayap memberi tubuh mereka kekal abadi. Tanpa kuasa daripada sayap, mereka sama sahaja seperti manusia biasa. Kelambatan kemunculan sayap Kiroki dan Shiroi juga merisaukan Zagan dan Fina kerana anak-anak dewa dewi lain sepatutnya telah mempunyai sayap pada umur sembilan tahun.

Malangnya, anak-anak mereka yang telah berumur sebelas (Kiroki) dan sepuluh (Shiroi), sayap mereka masih belum muncul. Berita tersebut juga telah didengari dewa dewi lain. Mereka juga keliru dan bersimpati dengan nasib anak-anak Zagan dan Fina. Akan tetapi, Zagan dan Fina percaya bahawa anak-anak mereka adalah istimewa dan mereka masih sayangkan kedua-duanya. Buat masa ini, mereka hanya boleh menyokong anak-anak mereka.

"Wah! Anak serigala lah! Eii! Comelnya!" Kata Visyilan sambil mendakap salah satunya dengan gembira.

"Mana korang jumpa diorang ni?" Tanya Lisione kepada Kiroki dan Shiroi.

"Mereka ikut kami pulang selepas bermain semalam..." Ngeluh Kiroki.

"Oh... Tapi bukankah anak-anak serigala selalunya masih menyusu? Mana ibu mereka?" Tanya Lisione lagi.

"Kamu patut pulangkan mereka kepada ibu mereka, Kiroki," sampuk Andreit yang merasakan anak-anak serigala itu akan membawa petanda buruk.

"Aku tahu... Tapi Shiroi lah masalahnya. Dia tak nak berpisah dengan mereka."

"Urgh... Masalah tu," balas Lisione yang tahu kedegilan Shiroi jika menghendaki sesuatu.

Andreit mengangguk setuju. Mereka bertiga memandang Shiroi dan Visyilan yang sedang bermain dengan anak-anak serigala itu.

"Kamu dah namakan anak-anak serigala ni, Shiroi?" Tanya Visyilan.

"Hm... Belum lagi. Apa nama yang sesuai ya? Hah! Aku dah tahu! Yang putih ni aku beri nama Ziphoteninx!" Kata Shiroi dengan gembira.

"Wah, hebat nama tu! Yang hitam pula?" Tanya Lisione lagi.

"Hitam pula... Hm..." Shiroi memandang sekeliling untuk mencari idea kepada nama anak serigala hitam itu.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now