BAB 67: RAKSASA

2K 140 2
                                    

^^>>Dark Undria<<^^

...................................................................................................................

"Hei, Aquarius. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku hari ini." ucap Dark Undria kepada Aquarius semasa mereka berdua berada di taman herba istana yang merupakan miliknya.

Terdapat herba untuk perubatan di situ dan Dark Undria mahu mengutipnya untuk meletakkannya ke atas luka pesakit-pesakit mereka. Hal ini kerana mereka tidak mahu menghabiskan tenaga dengan menyembuhkan semua orang yang cedera. Mereka perlukan tenaga jika terjadi apa-apa kepada semua orang sekali lagi selepas ini. Ketiadaan serangan musuh mereka sehingga kini tidak semestinya mereka berada dalam keadaan selamat. Dengan itu, mereka berwaspada dan menyimpan tenaga kuasa mereka yang masih ada.

"Sama-sama. Bukannya susah pun nak kutip herba-herba kat sini. Tapi aku tak sangka kamu yang tanam semua herba ini." balas Aquarius sambil memandang pelbagai herba dalam sebuah rumah hijau di mana taman itu berada.

Dark Undria tergelak kecil. "Susah juga mula-mula sebenarnya. Mengkaji herba bukan senang. Kadang-kadang aku yang tersilap pilih dan menyebabkan pesakit aku mengalami penyakit lain pula daripada menyembuhkannya. Aku lega Revioryx tak serang tempat ni. Amat berguna kepada kita sekarang." Balasnya.

Aquarius bersetuju dengannya. Selain tempat itu, terdapat beberapa tempat lagi yang selamat daripada serangan Dark Revier. Antaranya ialah dapur istana dan penjara yang terletak di bawah bangunan istana dalam tanah. Mereka kekurangan peralatan tetapi dengannya ada dapur istana mereka masih boleh menggunakannya untuk memasak.

Bahan-bahan pula dicari oleh askar-askar Dorothia di sekeliling bandar. Ada juga yang telah mendapatkannya di luar kawasan bandar itu. Kairi yang mengetahui masalah kekurangan stok makanan telah mengarahkan beberapa askar Antonia untuk menghantar sebahagian bantuan makanan yang ada di Antonia ke Dorothia. Dengan ini, rakyat Dorothia masih mempunyai makanan untuk hidup sementara pakar pembinaan cuba membaiki bangunan-bangunan di bandar itu semula.

"Aku rasa dah cukup... Ada apa-apa herba nak tambah ke?" tanya Aquarius sambil mengangkat sebuah bakul berisi herba.

Dark Undria melihat sekeliling taman itu. "Dah takde apa-apa rasanya. Mari hantar herba ni ke bilik kajian. Herba ni perlu dikeringkan sebelum dihancurkan menjadi kecil." Kata Dark Undria lalu mengangkat bakulnya juga.

Mereka beredar ke bilik kajian yang dikatakan yang terletak di bangunan bersebelahan kem mereka.

"Oh, Aquarius. Di sini kamu rupa-rupanya!" kata Pisces yang sedang mencarinya.

"Kenapa, Pisces? Ada apa-apakah?" tanya Aquarius dengan hairan.

"Erm..." Pisces merenungnya dengan Dark Undria sebelum tersengih. "Dark Undria, boleh aku pinjam Aquarius sekejap. Hal perempuan."

"Hah? Kenapa kamu minta kebenaran aku pula? Erm, aku pergi dulu, Aquarius. Beri aku, kamu punya juga." tunjuk Dark Undria ke arah bakul yang dibawa Aquarius.

Aquarius mengangguk lalu meletakkan bakulnya di atas bakul Dark Undria. Setelah Dark Undria beredar meninggalkannya dengan Pisces, Pisces menariknya ke sebuah khemah kosong berdekatan mereka.

"Kamu ada apa-apa ke dengan Dark Undria? Aku tengok dia suka sangat berada bersama kamu." tanya Pisces dengan senyuman yang mempunyai makna.

Aquarius tersentak mendengarnya. Keningnya dikerutkan.

"Mana ada lah. Perasaan kamu je tu. Kenapa pula Dark Undria nak bersama aku je? Kan dia sentiasa melayan semua orang begitu dan rapat dengan mereka semua?" balasnya. Dia pelik dengan soalan Pisces itu.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now