BAB 98: KATA-KATA AKHIR

1.6K 137 11
                                    

Dark Chronos tidak suka dengan pandangan simpati itu. Bukan itu sahaja, ia mengingatkannya kepada masa lepasnya. 

Tiga ribu tahun dahulu...

"Hei, tengok tu! Chronos lah. Kenapa dia datang ke sini?" Tanya seorang dewi kepada dua dewi lain.

Pada masa ini, Dark Chronos sedang melawat mahligai seorang dewa dalam Neraka. Pembantu-pembantu dewa di situ memandangnya dengan hairan dan tidak suka kerana dia adalah dewa yang mengawal seluruh kegelapan. Dark Chronos menghiraukan mereka kerana kata-kata dan perasaan mereka hanya menguatkannya sahaja. Dia menggolekkan matanya apabila seorang pembantu yang sedang mengangkat sebuah baldi berisi air sengaja menumpahkannya ke kakinya.

"Ops! Maaf! Terjatuh..." kata pembantu itu dengan senyuman kecil.

Dark Chronos memandangnya. "Takpe... Nak buat camna kan? Kamu tu yang lalai," balasnya dan menyebabkan pembantu itu menjadi bengang.

Akan tetapi, pembantu itu tidak berbuat apa-apa kerana sedikit takut setelah melihat wajah tidak berperasaan Dark Chronos.

"Hei, apa yang berlaku ni?!" Tanya seorang dewa yang baru keluar dari pintu masuk mahligai itu.

Dia menuruni tangga besar yang menaik ke bangunan mahligai itu.

"Chronos, apa pula kali ni yang mereka lakukan kepada kamu?" Tanyanya kepada Chronos.

"Santian... Kamu betul-betul ajar ke tak pembantu-pembantu kamu ni? Perasaan mereka menguatkan aku ada lah. Itu belum mereka lihat kemarahan aku," balas Dark Chronos yang pada masa yang sama memberi amaran kepada Santian. 

Dia dapat meneka bahawa Santian sengaja menyuruh pembantu-pembantunya melayannya dengan teruk. Ia menjadi perkara biasa setiap kali dia datang ke rumah Santian.

"Haha! Maaf lah ye, Chronos. Aku dah cuba tapi mereka ni keras kepala. Mari masuk. Aku pasti kamu dah lali dengan mereka di sekeliling kamu," senyum Santian sambil menunjukkan jalan masuk ke rumahnya.

Dark Chronos mengecilkan matanya kepada Santian. "Tak perlu, Santian. Aku rasa kamu dah keluar ke sini pun dah cukup. Aku cuma nak hantar ini sahaja," katanya sambil memunculkan sepucuk sampul besar. "Ini data kemasukan roh yang mempunyai kebaikan sebelum mereka mati di dunia masing-masing. Tolong berikannya kepada Ciantin." 

"Oh, nampaknya mereka akan dilahirkan semula lah ni. Diberi peluang lagi," kata Santian.

  Ciantin adalah dewi yang menguruskan kelahiran semula roh. 

  "Kenapa kamu pula yang hantar data ni? Bukan ini kerja Okaven kah?" Santian berasa hairan.

"Dia sibuk sangat sampai dia tak dapat tiba di tempat pertimbangan roh. Zuka suruh aku setelah dia sedar aku ada masa terluang dan menyuruh aku yang menghantarkannya kepada kamu untuk diberikan kepada Ciantin." Beritahu Chronos dengan keluhan kecil.

"Patutlah kamu datang sini tiba-tiba. Okey, aku akan hantarkannya kepada Ciantin sekarang. Jumpa lagi, Chronos!" Lambai Santian sebelum menghilangkan diri.

Dark Chronos menoleh ke belakang untuk menuruni tangga ke lantai bawah sekali. Dia atau sesiapa tidak boleh menggunakan kuasa teleportasi mereka di kawasan mahligai-mahligai dewa dewi lain. Hanya mahligai-mahligai mereka sahaja yang boleh mereka munculkan diri di dalam kawasan itu. 

"Jaga-jaga!" Jerit seseorang dari atas tangga kepada semua yang berada di bawah.

Dark Chronos mengalih pandangannya ke atas tangga dan tersentak apabila air hitam tersimbah ke tubuhnya. Bukan dia sahaja, ada beberapa orang pembantu-pembantu di situ terkena juga.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now