BAB 25: PERLAWANAN DI COLLOSEUM

2.7K 152 6
                                    

Ok! Jawapan imej sebelum bab ni adalah Leo dan Perseus!

Tahniah kepada siapa yang dapat teka XD

Gambar seterusnya adalah Aries, sedia untuk berlawan!

Hidup Antonia!

.................................................................................................

Kairi terjaga dari tidurnya lalu memandang sekeliling bilik barunya. Bilik diraja sebenarnya, yang pernah diduduki moyangnya. Bentuk bilik itu bulat tetapi luas. Ia mempunyai katil yang besar panjang, seperti gabungan dua katil saiz queen. Di atas katil tersebut mempunyai atap yang dibuat melalui kain, menutup sekeliling katil seperti mahligai. Dua kabinet berlaci diletakkan di tepi katil berserta dengan lampu tidur antik di atasnya. Katil tersebut diletakkan di hujung bilik dan mempunyai tiga level tangga dengan lantai yang mencorakkan bentuk-bentuk 32 Bintang Kecerahan.

Di tepi kiri dan kanan bilik adalah jendela tinggi yang sampai ke syiling atas. Syiling bilik itu setinggi dua puluh kaki dan juga terdapat lukisan-lukisan sejarah negara itu. Langsir biru lembut menutupi jendela-jendela tersebut. Empat jendela dalam bilik itu seluas tiga meter dan di antara dua jendela tersebut mempunyai rak buku yang juga sampai ke syiling. Terdapat tangga untuk sampai ke rak atas di tepi rak buku tersebut. Ruang tamu kecil berada di tengah-tengah bilik dan pintu masuk bertangga menuju ke bawah berada di hujung bertentangan dengan katil.

Dinding yang bersebelahan dengan tangga menuju ke bawah mempunyai empat pintu sliding door yang salah satunya menuju ke bilik pakaian dan aksesori, dan satu ke bilik air yang luas dengan kolam renang kecil, bathtub dan air pancut. Sekeliling bilik air tersebut bercermin dan terdapat juga lukisan-lukisan pemandangan yang cantik. Dua sliding door terakhir menuju ke balkoni di luar bilik, di mana Kairi boleh melihat sekeliling istana. Hal ini pun disebabkan bilik raja atau permaisuri berada di tingkat paling atas sekali.

Ruang balkoni di luar juga luas dan mengeliling separuh bilik itu. Meja dan kerusi berbantal diletakkan di tengah-tengah balkoni. Mengelilingi balkoni pula adalah kekuda yang diperbuat daripada besi berkilat dan mempunyai pokok-pokok hijau menyusun di setiap tiang yang membentuk kekuda tersebut.

Kairi melepaskan keluhan. "Berapa kali aku tengok bilik ni, kemegahannya begitu mengagumkan... Cuma ia sunyi..." fikirnya dengan riak muram lalu bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Barang-barang mandian di dalam bilik itu masih tidak tahu digunakannya. Kebanyakannya tidak mempunyai label untuk memberitahu apa kegunaannya. Kairi sepatutnya mempunyai pembantu yang membersihkan tubuhnya tetapi dia tidak mahu sesiapa melihat tempat privasinya walaupun pembantunya adalah lelaki. Dia rela membersihkan dirinya dengan tangan sendiri. Walaupun begitu, dia masih ada pembantu yang akan menunaikan segala keperluannya.

Setelah dia keluar dari bilik air selepas membersihkan dirinya, seorang lelaki berpakaian pembantu istana berada di ruang tamu di tengah-tengah bilik itu. Bajunya berwarna putih tetapi mempunyai corak kuning yang berbaris ke pinggangnya. Bahunya mempunyai butang berwarna merah yang melekatkan mantel pendek kuning di belakangnya. Pada dada kanannya adalah corak lambang Antonia. Seluarnya adalah slack putih dengan baris kuning juga dan berkasut hitam. Rambut perangnya pendek dan anak matanya pula berwarna coklat lembut.

Kairi pernah menanya umurnya. Aerith rupa-rupanya lebih tua empat tahun daripadanya.

"Selamat pagi, tuanku. Patik baharu sahaja menyediakan sarapan tuanku," beritahunya dengan senyuman manis. Di atas meja di ruang tamu kecil itu terletaknya hidangan yang dibawanya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now