BAB 11: KEPUTUSAN

2.2K 166 3
                                    

Virgo dan Pegasus mencari Kairi di merata tempat sehinggalah mereka terasa kematian tidak jauh daripada mereka. Kedua-dua wajah mereka menunjukkan kegelisahan lalu beredar ke arah yang mereka rasa itu.

"Kairi...!" jerit Virgo dalam hati.

Mereke berdua tiba di suatu tempat dan terkejut melihat keadaan di sekeliling situ. Bulu roma mereka menaik melihatnya. Virgo memandang sekeliling dan tiba di sekujur tubuh yang sedang duduk di belakang sebatang pokok dengan kepalanya ditanam dalam tangannya. Posisi tangan itu juga disilangkan di atas lututnya yang telah dibengkokkan.

"Kairi!" Virgo berlari ke arah tubuh itu, diikuti Pegasus.

"Kairi...?" Panggilnya lagi apabila Kairi tidak menyahut. Dia menggerakan tangannya untuk menyentuh Kairi.

"Tolong jangan sentuh aku..." Tangan Virgo terhenti. Dia baru sedar Kairi sedang menangis melalui suara seraknya.

"Kairi..."

"Virgo," Pegasus meletakkan sebelah tangan ke bahu Virgo lalu menggeleng kepalanya.

Virgo faham maksudnya. Dengan keadaan di situ, mereka berdua meneka Kairi yang melakukannya. Tetapi persoalannya adalah bagaimana Kairi mengalahkan Dark Ries sehingga tubuh Dark Ries tidak dikenali mereka? Hanya pakaiannya sahaja yang memberitahu mereka identiti tubuh itu.

Kairi membuka mulutnya dan mengatakan sesuatu yang perlahan kepada mereka. Jika mereka manusia biasa, ayat Kairi sudah tentu tidak dapat ditangkap mereka.

"Aku bunuh... dia... Aku bunuh seseorang..." katanya. Virgo dan Pegasus dapat melihat kegigilan pada tubuh Kairi.

"Jadi, ini kali pertama dia melakukannya?" fikir Pegasus yang telah merasai perasan membunuh itu ketika dahulu. Disebabkan mereka sentiasa diburu oleh musuh mereka, untuk menyelamatkan diri, mereka terpaksa membunuh musuh mereka. Ini perkara biasa bagi kesemua Bintang Kecerahan untuk mengambil nyawa orang lain tetapi untuk Kairi, ia adalah sesuatu yang mengerunkan.

"Oh, Kairi..." Virgo terasa dia tidak sepatutnya meninggalkan sisi Kairi tadi. Kini, Kairi akan mengingati pembunuhan pertamanya sentiasa. Virgo memeluk Kairi walaupun mendapat rungutan daripada Kairi untuk menjauhinya.

Kairi tidak mahu Virgo menyentuh dirinya yang kotor dan berlumuran dengan darah musuh mereka. Dia takut mereka membencinya dan tidak mahu berkawan dengannya lagi. Disebabkan itu, dia lebih rela jika mereka meninggalkannya seorang diri di situ sahaja. Dia juga takut disakiti ayat-ayat mereka yang memanggilnya pembunuh.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku, Virgo! Tolonglah..." rayunya dalam tangisan. Akan tetapi, Virgo tidak melepaskan sebaliknya mengeratkan pelukan tersebut.

"Shh... Aku ada di sini, Kairi. Aku takkan ke mana-mana... Kamu bukan pembunuh, Kairi. Dengan kematiannya, kamu telah selamatkan kita semua. Kamu adalah penyelamat kami. Jangan tuduh diri kamu adalah pembunuh lagi. Kamu bukan pembunuh..." bisik Virgo ke telinga Kairi. Dia mahu menenangkan Kairi.

"Virgo..." Kairi menarik belakang baju Virgo dan membalas pelukan Virgo dengan erat juga. Virgo tidak menyalahkannya. Hal ini melegakannya sedikit tetapi bagaimana pula dengan pandangan orang lain kalau mereka tahu dia bunuh seseorang? Adakah mereka akan memaafkannya? Ini juga menakutkannya.

Dia tersentak apabila tangan Pegasus mengusap rambutnya. Dia meberanikan diri untuk memandang Pegasus.

"Virgo bercakap benar, Kairi. Kamu bukan pembunuh. Jika tidak, kami juga adalah sama. Kami bukan tidak pernah bunuh orang. Tangan kami telah banyak mengambil nyawa... tetapi kerana kami ingin hidup. Adakah kamu masih akan berkawan dengan kami jika kamu tahu kami pernah bunuh orang juga?" tanya Pegasus kepadanya.

Kairi memikirkannya untuk seketika lalu mengangguk kepalanya. Air matanya akhirnya berhenti. Virgo melepaskannya lalu mengelap saki baki air matanya.

"Kamu bukan pembunuh, okey?" Virgo memegang wajahnya.

"Erm..." Kairi mengangguk lagi. "Terima kasih, Virgo, Pegasus... Maaf..." Kairi menggunakan lengannya untuk mengelap wajahnya. "Aku terlalu sensitif."

Virgo tergelak. "Sememangnya..." Dia tidak nafikannya. Dia menarik tangan Kairi untuk bangun semula.

Kairi memandang ke tubuh Dark Ries tetapi Virgo menoleh kepalanya memandang mereka semula.

"Biarkan... Dia yang mencari pasal dahulu dan kesalahan yang dilakukannya amat berat." Beritahu Virgo.

"Ya... Tapi dia masih manusia macam kita. Maaf, Virgo, Pegasus. Walaupun dia melakukan kesalahan yang amat berat, aku masih ingin mengebumikannya... Aku tak boleh biarkan tubuh itu begitu sahaja." Balas Kairi lalu menghampiri tubuh Dark Ries.

Dia terasa tekaknya loya lagi tetapi dia tidak mempunyai isi dalam perutnya lagi untuk dimuntahkannya. Dia terpaksa menahan nafasnya sahaja. Virgo terpaksa mengikut kemahuan Kairi manakala Pegasus merungut dahulu tetapi menolong juga. Mereka menanam tubuh Dark Ries dan membuat kuburnya di hutan itu.

Kemudian, mereka kembali ke kem semula. Semua anak-anak buah Dark Ries telah dibunuh Aries, Agi, Virgo dan Pegasus, dan telahpun dibakar tubuh mereka oleh Aries dan Agi. Mereka tidak mahu Bintang Kegelapan mengetahui Dark Ries dan anak-anak buahnya telah mati untuk beberapa hari sehinggalah mereka berada jauh dari tempat itu.

Tebusan-tebusan pula dibebaskan dan masing-masing mencari jalan pulang ke kampung asal mereka.

"Kita nak teruskan ke Syarantonia ke?" tanya Aries kepada mereka semua.

"Pilihan terbaik adalah ke sana tetapi..." Agi memandang Kairi.

"Jika perlu teruskan, aku akan ikut kamu semua. Aku... takkan lari lagi..." beritahu Kairi. Kali ini, dia akan dengar cakap mereka dan tidak pentingkan diri sendiri lagi. Dia telah banyak menyusahkan mereka dan terhutang budi kerana mereka menyelamatkannya.

Agi mengeluh. "Tetapi jalan pulang kita ke Syarantonia pasti akan disekat oleh ahli Bintang Kegelapan lain jikalau mereka tahu Dark Ries dibunuh."

Agi dan Aries tidak menanya bagaimana Kairi membunuh Dark Ries. Mereka tidak mahu mengingatkan Kairi kepadanya melainkan Kairi memberitahu mereka sendiri. Mereka tidak akan memaksanya.

"Jadi, kita hendak ke mana?" tanya Virgo.

"Kita perlukan tempat untuk menyorok sekarang ini. Di mana kita akan ambil masa untuk kembali ke Syarantonia dan membuatkan mereka tahu kita takkan ke sana untuk sementara. Dengan ini, mereka mungkin takkan tahu di mana kita berada dan bila kita akan muncul. Kita akan ke Ryam." Jawapan Agi mengejutkan mereka semua.

"Be-Betul kah?" Kairi terasa hendak menangis lagi. Dia telah lama ingin kembali ke Ryam.

Agi mengangguk lalu memberikan senyuman kepadanya. "Pastikan kamu rehat sepuas-puasnya di rumah kamu nanti. Kecederaan kamu bukannya ringan." Kata Agi sambil memandang kepala Kairi yang dililit sehelai kain untuk menghentikan pendarahan pada kepala Kairi. Virgo terperasan kepala Kairi masih berdarah semasa mereka menanam Dark Ries lalu membalutnya dengan segera.

"Agi, kan kamu boleh merawatnya. Kenapa tak gunakan kuasa penyembuhan kamu?" tanya Pegasus, hairan.

"Aku hanya boleh sembuhkan kepala kamu sahaja, Kairi. Kecederaan pada tubuh kamu tidaklah seteruk mana. Maaf, aku perlukan kuasa aku jika kita bertembung dengan ahli Bintang Kegelapan dalam perjalanan kita nanti." Ucap Agi, serba salah.

"Itu pun dah memadai, Agi. Jangan risau, badan aku cepat sembuh daripada orang lain," beritahu Kairi lalu menunduk kepalanya untuk Agi menyembuhkannya.

Setelah itu, mereka bergerak semula dan menuju ke Ryam. Kairi tidak dapat duduk diam sepanjang perjalanan. Dia berasa sangat gembira untuk pulang ke pangkuan keluarganya. Malah, dia memberitahu bagaimana keadaan Ryam kepada mereka.








BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now