BAB 63: PEMBAHAGIAN KUMPULAN

1.9K 138 0
                                    

^^>>Aquarius<<^^

........................................................................................................................

Semua ahli Bintang Kecerahan yang diberitahu berita buruk akan serangan Dark Revier ke atas Dorothia dan dipanggil ke bilik mesyuarat, segera bergegas ke bilik tersebut. Selepas mereka tiba, mereka menunggu Kairi, Dark Kurumi, Aries, Agi, dan Gemini yang muncul tidak lama kemudian.

Agi berasa hairan kerana dia tidak melihat Pegasus. Pegasus tidak bersama mereka semenjak tiga hari lepas dan menghairankannya. Kemudian, dia tersedar apa yang dilakukannya lalu mematikan kekisahan dia kepada Pegasus.

Waloxes tiba tidak lama kemudian dan Kironinx telahpun berada di luar gelangnya dan sedang duduk di belakang kerusi Rafiz.

"Beta rasa semua dah tahu apa yang berlaku. Disebabkan itu, beta panggil semua ke sini. Sebelum apa-apa, beta mahu dengar pendapat kamu semua apa yang perlu kita lakukan sebelum beta berikan pendapat sendiri. Beta tidak mahu kamu semua rasa beta memaksa kamu dengan pendapat beta. Oleh itu, ada sesiapa yang mahu mulakan dahulu?" tanya Kairi setelah duduk di tempatnya yang menghadap semua orang di situ.

"Tuanku," Auriga bangun dari tempat duduknya sambil menunduk kepalanya kepada Kairi.

"Silakan, Auriga." Angguk Kairi kepadanya.

"Patik rasa masalah yang timbul di Dorothia perlu dipertimbangkan semua dahulu. Ya, mereka adalah musuh kita semenjak beratus tahun tapi ada juga penduduk mereka yang tidak bersalah kerana mereka terpaksa mengikut kemahuan raja mereka, Dark Revier. Patik pasti mereka telah sedar kesilapan mereka mengikutnya." Kata Auriga sambil memandang semua di situ.

"Semestinya... Mereka masih nak ikut dia lagi setelah apa yang berlaku sekarang?" balas Dark Hartina, setuju dengan Auriga.

"Jadi, apa yang perlu kita buat? Selamatkan mereka?" tanya Lyra pula.

"Kenapa pula kita nak selamatkan mereka? Bukan ke mereka sendiri yang nak sangat ikut raja jahat mereka tu?" kata Eridanus, tidak rasa ingin menyelamatkan musuh mereka. Dendamnya masih disimpannya untuk orang yang telah membunuh semua penduduk kampungnya.

"Eridanus, sekarang ini bukannya masa untuk fikir mereka musuh kita atau tidak. Mereka perlukan pertolongan." Keluh Auriga yang memahami masalah Eridanus.

Eridanus diam dan memandang ke tempat lain.

"... Patik setuju kita pergi selamatkan mereka, tuanku." Kata Virgo.

"Patik juga." sokong separuh daripada semua orang di situ.

"Okey... Itu jika apa yang korang mahukan." Balas Kairi.

"Apa pendapat tuanku pula?" tanya Leo kerana mereka belum lagi mengetahui apa-apa yang Kairi fikirkan.

Auriga duduk semula di kerusinya. Dia dan semua orang memandangnya. Kairi diam sejenak sambil memandang mereka juga.

"Apa yang beta fikirkan sama saja cuma... masalah untuk menyelamatkan mereka bukan senang. Bahaya yang akan korang jumpai di sana tidak diketahui. Dengan kata lain, beta risaukan kamu semua. Apatah lagi, kita tidak tahu apa-apa yang Dark Revier rancangkan. Bagaimana kalau kerosakan yang dilakukannya hanyalah semata-mata untuk memerangkap korang apabila korang berada di sana nanti? Beta tidak dapat pergi ke sana kerana ketiadaan kuasa beta dan juga beta tidak akan tahu apa-apa yang akan berlaku kepada korang..." Kairi memberi riak gelisah untuk mereka walaupun dia tidak mahu menunjukkannya tetapi mereka amat penting kepadanya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now