BAB 86: SAYAP

1.7K 139 4
                                    

Bunyi libasan sebatan dua orang dewa kedengaran dalam dewan mahkamah itu. Kesemuanya tertarik nafas dan terbeliak apabila melihat sesuatu yang ajaib di hadapan mereka semua.

"Shiroi? Kiroki?" Sebut Zagan dan Fina dengan riak tidak percaya.

Belakang anak-anak mereka muncul sepasang sayap yang cantik dan unik. Kedua-dua sayap mereka tidak berwarna kecuali lutsinar tetapi mempunyai garis putih nipis berbentuk sayap berpelepah di belakang mereka. Sayap tersebut juga berkelip-kelip seperti bintang. Kemunculan sayap tersebut memberi kesedaran akan sesuatu kuasa yang dimiliki mereka. Bukan mereka sahaja yang sedar, dewa dewi lain serta makhluk-makhluk unik yang berada di kawasan Syurga dan Neraka serta dimensi-dimensi lain juga menyedari kuasa tersebut.

"Kamu tak apa-apa, Ziphoteninx?" Tanya Shiroi yang masih belum sedar kemunculan sayapnya.

Pada masa yang sama, Kiroki sedang melihat keadaan Kironinx kerana risau Kironinx tercedera di mana-mana. Dia berasa hairan keadaan sekeliling sangat sunyi dan juga sedar perbuatannya. Dia tidak sangka dia akan melakukan kesalahan lagi lalu perlahan-lahan memandang ke arah ibu bapanya. Dia termangu apabila semua orang sedang memandangnya dan adiknya sebelum perasan sesuatu di belakangnya.

"Huh?" Kiroki perlahan-lahan mencapai sayapnya.

Tangannya tidak menembusi sayapnya sebaliknya merasai kelembutan pelepah sayapnya. Kerana ingin melihat sama ada dia berkhayal atau tidak, dia mencabut satu pelepah keluar dan tersentak merasa sedikit kesakitan daripadanya. Bukan itu sahaja, cabutannya menyebabkan titisan darah berwarna emas jatuh ke lantai sebelum pelepah baru muncul menggantikannya. Perbualan dan kejutan semua orang di sekelilingnya mula kedengaran setelah mereka juga melihat apa yang dilakukannya.

"Eh?" Kiroki masih tidak tahu bagaimana dia boleh memiliki sayap yang lain daripada yang lain lalu memandang Shiroi yang mempunyai sayap yang sama.

"Apa yang berlaku ni?" Fikirnya dalam diam.

Shiroi yang telah merasa Ziphoteninx tidak apa-apa juga mendakap Ziphoteninx sebelum memandang dewa yang diuruskan menyebat Ziphoteninx.

"Jika tuan sebat Ziphoteninx, Shiroi juga nak. Shiroi yang salah kerana bawa Ziphoteninx dan Kironinx ikut kami pulang," katanya yang masih tidak sedar perubahan situasi itu sekarang.

Kiroki melepaskan keluhan sebelum memandang dewa yang menyebat Kironinx pula. "Bukan Shiroi sahaja, saya pun," katanya.

Dua orang dewa itu memandang satu sama lain dan kemudian, memandang hakim untuk mendengar apa arahan seterusnya. Belum sempat hakim hendak berkata apa-apa, mereka dikejutkan dengan kemunculan dewa dewi serta makhluk-makhluk unik. Ada di antaranya sedang terapung di dalam dewan itu dan ada yang muncul di lantai tanpa terbang. Malah, ada juga yang muncul di luar dewan.

Kesemua wajah mereka mempunyai tanda tanya akan siapa yang memiliki kuasa yang menarik perhatian mereka itu. Bilangan mereka masih bertambah sehingga di dalam dan di luar dewan penuh dengan bilangan mereka. Shiroi dan Kiroki tidak pernah melihat ramai dewa dewi serta makhluk-makhluk unik berkumpul sebelum ini. Mereka mula berasa takut dan lega apabila ibu bapa mereka menghampiri mereka dan memeluk mereka. Kemunculan dua orang seterusnya di situ memberi impak kepada keadaan sekeliling.

"Ketua Dewa, Zarikei dan Ketua Dewi, Junira lah," bisik dewa dewi dalam dewan itu sebelum tunduk hormat kepada ketua dewa dan ketua dewi itu.

Zarikei berambut hitam dan panjang ke kakinya. Ia diikat kemas. Anak matanya berbujur biru seperti kucing dan tajam sepanjang masa. Mengelilingi anak mata bujur itu adalah lapisan warna emas sebelum hitam di luar anak mata itu. Wajahnya muda dan tampan, setinggi 230 centimeter, lebih tinggi daripada semua dewa dewi di situ. Pakaiannya adalah kain putih yang melilit tubuhnya seperti baju labuh. Di atas telinganya terdapat sepit pelepah berwarna biru. Sayapnya berwarna biru.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now