BAB 51: PERJUMPAAN

2.2K 152 1
                                    

^^>>New Dark Hartina/Hydra<<^^

..................................................................................................................

Kairi membuka matanya apabila terasa matahari baru terbit untuk hari itu. Dia beredar ke bilik airnya lalu mencuci dirinya, sebersih yang boleh kerana dia suka tubuhnya tidak melekit daripada peluh. Semasa tiga bulan tidak mandi ketika dia melakukan ujian Ziphoteninx tiga tahun dulu membuatkan dia mahu mandi berkali-kali dalam sehari untuk menyegarkan tubuhnya.

Setelah bersabun dan membasuh tubuhnya, dia memandang parut-parut luka pada tubuhnya. Dia boleh gunakan kuasanya untuk menghilangkannya tetapi dia hendak menyimpan parutnya. Ia mengingatkannya kepada apa yang telah dilakukannya selama dia hidup hingga sekarang, sejarah hidupnya yang ingin diingatinya untuk selama-lamanya. Biarlah sesiapa pun mengatakan tubuhnya buruk, dia tidak kisah asalkan ia mempunyai makna mendalam baginya.

Kairi memakai pakaian baharu yang telah disediakan dalam bilik pakaiannya. Dia memilih baju kemeja putih berbutang tepi dada dengan renda biru berawan jatuh ke bawah dari tepi baju itu. Ukiran pada bajunya juga berwarna biru. Untuk seluar, dia memilih seluar slack putih, serasi dengan bajunya. Disebabkan baju lengannya pendek, dia memakai sarung tangan biru yang sama dengan warna rendanya. Kasutnya pula berwarna hitam. Kairi mengakhirkan pemakaiannya dengan memakai sepit rambut tiga segi berwarna hijau untuk menyelak rambutnya yang jatuh ke matanya.

Kemudian, dia keluar dari bilik itu dan menyapa dua pengawal pintu biliknya.

"Selamat pagi, Jo, Firdaus." Ucapnya.

"Selamat pagi juga, tuanku." Tunduk dua pengawalnya kepadanya sambil membalas kata-katanya.

"Ke mana tuanku hendak pergi hari ini?" tanya Firdaus.

"Hm... Beta ada perjumpaan penting pukul sembilan nanti dan bertemu dua jeneral dari negara jiran pada tengah hari. Petang pula, beta dijemput ke rumah anak-anak yatim. Malam nanti, ada majlis persidangan beta." Beritahu Kairi akan jadualnya pada hari itu.

"Eeh... Sibuknya tuanku hari ini." Jo mengahsihani Kairi kerana tidak mempunyai masa terluang.

Kairi melepaskan keluhan. "Apa boleh buat? Dah jadi raja, kenalah buat betul-betul, kan?"

Jo dan Firdaus hanya menyetujui kata-katanya. Kairi meninggalkan mereka selepas itu untuk mengambil angin pagi. Masa terlalu awal untuknya pergi ke bilik perjumpaan. Bila difikirkannya semula, dia telah berada di situ hampir seminggu. Dia masih ingat perjumpaan pertama dia dan semua Bintang Kecerahan yang ada sehari selepas Dark Hartina dan Rafiz mengembalikan rantai berloket mereka kepada asal.

Seminggu yang lepas...

Semua Bintang Kecerahan termasuk Kairi, Rafiz dan Dark Hartina berjumpa di bilik perjumpaan dalam salah satu bilik dalam istana. Keadaan sunyi sepi kerana tiada siapa mahu bercakap. Hal ini disebabkan kehadiran Rafiz dan Dark Hartina yang bersama mereka. Benda yang berbunyi hanyalah kertas dokumen yang Kairi bawa bersamanya. Mulai hari itu, dia mahu memeriksa setiap dokumen yang telah disusun supaya tiada kesilapan berlaku menggunakan apa-apa milik diraja dan arahan yang telah diaturkan.

"Kenapa korang senyap sahaja? Bukan ke korang yang mahu adakan perjumpaan ini?" tanya Kairi, memulakan bicara. Dia tidak memandang mereka selain membaca kertas yang berada di tangannya.

Mereka semua diam lagi sebelum Leo bangun dari kerusinya. Sebelum ini, dia mahu beri peluang kepada semua untuk memberitahu apa-apa tentang perjumpaan itu tetapi nampaknya dia perlu bertindak jikalau mereka semua masih diam. Pertanyaan Kairi juga membuatkan dia sedar tiada sesiapa ingin membuka mulut. Setelah dia berdiri, mereka semua memandangnya. Kairi juga meletakkan kertasnya di atas meja dan memandangnya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now