BAB 2: VIRGO MENJADI PELAYAN SEMENTARA

3.7K 215 2
                                    

Pada keesokan harinya, Rafiz tidak dapat berkerja kerana kecederaannya. Malah, dia dihukum Rafael dengan berkurung dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar sehinggalah dia sembuh sepenuhnya. Hukuman yang sedikit perit disebabkan dia tidak dapat keluar dari rumah dan juga berbual dengan Kairi pada waktu berkerja.

Kairi pula hanya dinasihati Rafael untuk berhati-hati membawa hidangan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Dia juga terpaksa melakukan kerja dua kali ganda bersama pelayan-pelayan lain kerana kekurangan seorang pelayan. Bukannya bilangan mereka ramai untuk melayan semua orang dengan serentak.

Sangat malang untuk mereka apabila pelanggan memilih hari Rafiz tidak bekerja untuk datang beramai-ramai. Restoran mereka dipenuhi dengan pelanggan dan masih ada beberapa pelanggan baru yang menunggu di luar sehingga Rafael menyuruh pekerjanya untuk meletakkan tambahan meja dan kerusi di luar restoran.

Virgo yang datang pada hari sebelumnya, mengunjungi restoran itu lagi pada malam itu. Dia tidak melihat Rafiz di mana-mana lalu memanggil Kairi yang sedang tergesa-gesa melakukan kerjanya; berlari, berjalan, melayan, mengusung hidangan dan mencuci meja untuk pelanggan baru. Kairi akhirnya berhenti sebentar di tempatnya dengan sedikit tercungap-cungap.

"Ya, Encik Virgo? Pesanan encik akan tiba tak lama lagi. Harap encik dapat bersabar." Maklum Kairi. Dia masih mengenali Virgo kerana Virgo telah membantunya memberkas pelanggan yang bersenjata semalam.

"Panggil aku Virgo la. Kan aku dah bagitau." Virgo melepaskan keluhan. "Aku tak nampak pula seorang lagi pelayan korang. Namanya... Rafiz, kan? Dia tak kerja ke?" Tanyanya.

"Dia tak dapat kerja hari ini. Semalam, dia lukakan tangan dia. Ayah suruh dia rehat sampai dia sembuh," balas Kairi. Riaknya sedikit kecewa kerana Rafiz tidak bersamanya untuk menemaninya berkerja.

"Erm... Kamu kekurangan pelayan ke?"

"Boleh la... Tapi apa boleh buat, kan? Ya, aku datang!" Balas Kairi apabila pekerja di kaunter memanggilnya untuk menghantar hidangan.

Dia terpaksa meninggalkan Virgo dan Virgo memerhatikannya. Dia terbeliak apabila melihat Kairi sedang memakai seutas rantai berloket pada lehernya.

"Eh, itukan...?! Tak mungkin! Nampak macam Pegasus punya je." Fikirnya.

Dia tidak bergerak ke arah Kairi atau memanggil Kairi untuk bertanyakan tentang rantai berloket itu kerana tidak mahu mengganggu Kairi yang sedang sibuk. Dia menunggu masa untuk semua pelanggan beredar. Setelah itu, barulah dia menuju ke arah Kairi. Kairi dilihatnya berhenti berehat dan duduk di kerusi berdekatan kaunter. Rakan sekerjanya ada yang masih mengemas di ruang makan itu dan ada yang sedang menukar pakaian untuk pulang.

"Hm? Oh, encik masih ada di sini? Ada apa-apa yang encik perlukan?" Tanya Kairi dengan hairan setelah menyedari Virgo datang ke arahnya.

"Virgo lah..." Dia tidak rasa ingin mengusik Kairi lagi tetapi mahu Kairi memanggil namanya betul-betul. "Dah berapa kali mahu ulang la... Oh, ya! Rantai tu... Kepunyaan kamu ke?" Tunjuknya ke arah rantai yang tergantung di leher Kairi.

"Ini? Bukan. Saya terjumpanya," jawab Kairi sambil mengangkat loket rantai itu.

"Terjumpa?" Virgo terkejut mendengarnya. Dia mula rasa tidak sedap hati. "Kat mana? Kat mana kamu menemuinya?!"

"Err... Dekat sungai dalam hutan. Ia tersangkut pada jari saya semasa saya basuh tangan," terang Kairi dengan jujur.

"Oh... Ada kamu nampak sesiapa yang berdekatan situ? Rambut dia hijau gelap dan panjang ke paras pinggang. Tinggi dia dalam... 1.8 meter lebih."

Kairi menggeleng kepalanya. "Tidak pula."

Virgo diam sejenak dan riaknya menunjukkan kekeliruan dan kegelisahan. Kairi dapat merasai perasaannya itu.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now