BAB 71: BERPISAH

1.8K 125 9
                                    

^^>>Ledeigh<<^^

....................................................................................................................


"Okey, aku tak pernah tahu Eridan sangat maju daripada kita..." kata Virgo yang sedikit ternganga melihat sekelilingnya.

Ziphoteninx telah menghantar mereka ke Bandar Axis dalam Negara Eridan. Mereka terbeliak melihat bandar itu yang penuh dengan kemajuan teknologi tinggi. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit yang dapat dilihat oleh mereka. Malah kebanyakan bangunan hanya dibina dengan gelas lutsinar yang boleh melihat ke dalam bangunan tersebut. Terdapat juga barang-barang yang tidak pernah dilihat mereka.

"Heh! Entah-entah Dark Kage pencipta utama semua teknologi ni? Mengikut maklumat, dia ada mengeksport barang ke negara ini pada setiap tahun." kata Cancer pula.

"Menakjubkan..." Kairi terpana melihat kecantikan bandar itu.

Selain kereta yang tidak memerlukan kuda untuk menggerakkannya, ada juga sebuah kenderaan beroda dua. Ia lebih maju daripada basikal kerana tidak perlu dikayuh sebaliknya memulas pemegang yang berada di tepi kepala kenderaan itu. Tetapi, yang merosakkan kehebatannya adalah bunyi dan asap yang dikeluarkan daripadanya itu.

"Motosikal yang kamu pandang tu, Kairi. Kereta dan kenderaan tu hanya bergerak di jalan raya. Dengan ini, tiada sesiapa akan cedera." Beritahu Ziphoteninx yang telah menukarkan dirinya kepada seekor anjing biasa dan tidak bersayap.

"Heh! Itu apa pula?" tanya Kairi sambil memandang sesuatu yang berbentuk bujur sedang terbang di atas mereka.

"Mereka panggil 'kapal udara'. Hanya boleh terbang di seluruh pulau ni. Ia tidak dapat terbang jauh dan perlukan bahan bakar yang banyak. Bahan bakar mereka ialah pokok dan arang. Disebabkan itu lah di luar bandar ni kurang pokok dan berpadang je." terang Ziphoteninx.

"Huh? Teruknya. Mereka merosakkan alam la macam tu." Rungut Aries.

"Benar, tapi jika mereka tidak berbuat begitu, tidak terciptalah kapal udara tu."

"Erm... Mari cari rumah tumpangan. Kita boleh lihat keseluruhan bandar ni kemudian." Kata Kairi kepada mereka.

"Sayangnya, sini tidak dipanggil rumah tumpangan, Kairi. Ia dipanggil hotel atau motel mengikut bangunan itu. Hotel lebih mahal tetapi kita tiada pilihan lain. Ia macam bilik flat di Econia, cuma lebih luas dan selesa daripada biasa." Beritahu Ziphoteninx.

"Oh... Kalau begitu, camna kita nak tahu mana satu hotel yang murah? Aku tak nak bazirkan duit kita walaupun kita kaya."

"Mari lihat skrin info ni." Tunjuk Ziphoteninx ke sebuah alat menegak. Pada permukaannya adalah skrin yang bergerak-gerak menunjukkan peta dan maklumat tentang bandar itu.

"Kairi, tulis 'Hotel Bandar Axis' dekat ruang mencari yang berada di atas sekali. Guna jari kamu untuk menulisnya." Suruh Ziphoteninx.

Kairi mengangguk lalu menulis apa yang Ziphoteninx mahukan. Tidak lama kemudian, muncul beberapa pilihan hotel dengan promosi harga tempahan.

"Hm... Ini nampak cam murah." Kata Aries akan sebuah hotel yang bernama Hotel Liriana.

"Ya, keadaan biliknya juga tidaklah teruk. Baiklah, kita akan bermalam di hotel ini." Putus Kairi untuk mereka dan mereka semua setuju.

Kairi menyentuh pencarian kedudukan hotel itu dan setelah mengetahuinya, mereka bergerak ke sana. Semasa dalam perjalanan, Kairi sedar ada beberapa orang manusia di situ yang memandang mereka dengan pelik.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now