BAB 91: PERANCANGAN

1.8K 146 11
                                    

"Baiklah." Kairi memulakan perbincangan mereka. Semua orang dalam bilik mesyuarat itu memandangnya.

"Pertama sekali, beta nak kata bahawa beta gembira semua dapat hadir pada hari ini. Seperti yang kamu semua sudah tahu, kita ketinggalan seorang lagi pengguna Bintang Kecerahan. Ya, ahli keluarga kita masih belum cukup. Disebabkan itu, beta berterus terang bahawa beta dan Agi telah berjaya mencari kedudukan sebenar Tucana. Malangnya, untuk merentas dimensi bukan mudah. Agi, sila terangkan kepada mereka." Dia ingin mengumpul semua 32 Bintang Kecerahan secepat mungkin dan memberitahu mereka perkara pertama itu dahulu.

Agi mengangguk lalu bangun dari kerusinya. Dia memandang semua orang.

"Sebenarnya, terdapat dua proses penting dalam merentas dimensi setakat ini. Antaranya ialah masa dan kuasa. Kuasa saya malangnya tidak dapat membuka dimensi dengan lama tetapi dengan gabungan kuasa Tuanku Kairi, kami merasakan kami hanya dapat memberi masa selama empat ke enam jam sahaja untuk proses menyelamatkan Tucana. Hal ini disebabkan dimensi boleh bertukar tempat. Jika pintu dimensi dari dunia ni ke tempat Tucana berada tertutup, akan mengambil masa untuk mencari jalan pulang ke dunia ni semula," terangnya kepada mereka semua.

"Huh? Kalau begitu, sesiapa yang pergi selamatkan Dark Reammut akan terperangkap dalam dimensi tu jika dia terlebih enam jam?" Tanya Dark Kage.

"Betul tu. Yang memberi masalah jika itu berlaku adalah pergerakan masa. Dimensi mempunyai masa masing-masing; cepat, lambat atau normal. Kemungkinan besar, akan ada dari empat ke enam jam tu dah macam satu ke dua hari atau seminggu ke sebulan. Risiko agak tinggi kepada sesiapa yang memasuki dimensi."

Sebahagian tertarik nafas mendengarnya.

"Disebabkan itu lah, beta dan Agi bercadang untuk gunakan masa dunia ni sebagai petunjuk dan membuka pintu selama enam jam maksimum sahaja. Dengan ini, tiada perubahan pada pergerakan masa dunia ni," beritahu Kairi.

"Ta-Tapi kalau masa di dimensi itu bergerak lambat pula, tuanku boleh bertahan ke selama enam jam dunia kita ni?" Tanya Cancer.

"Jika perkara itu berlaku, akan memudahkan pergerakan penyelamat kita. Mereka mempunyai banyak masa untuk menyelamatkan Tucana jika mereka mendapat masalah semasa berada di sana nanti. Kuasa beta hanya akan mengikut masa dunia ni sahaja dan tidak ada kena mengena dengan pergerakan masa dimensi."

"Tuanku, bukan ke tuanku akan gunakan kuasa untuk membuka pintu dimensi juga? Tuanku pasti ke dapat bertahan ni?" Virgo resah dengan rancangan itu.

"Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada tubuh beta tetapi jangan risau lah. Ziphoteninx dan Kironinx akan membantu beta dan Agi juga sepanjang masa itu."

Ziphoteninx dan Kironinx mengangguk kepala mereka ke arahnya. Mereka faham Kairi memerlukan bantuan mereka.

"Okey... Siapa yang akan pergi? Tuanku tidak akan membawa kami semua, bukan?" Tanya Dark Kurumi untuk tahu siapa yang mengikut menyelamatkan Dark Reammut.

"Tidak. Beta dah susun siapa yang akan pergi. Dua kumpulan sahaja."

"Pa-Patik nak ikut selamatkan adik patik!" Dark Amilia mengangkat tangannya ke atas.

Kairi tersenyum. "Sudah tentu, Amilia. Kamu adalah kunci kedua kejayaan kita menyelamatkan Tucana selepas jika kita berjaya mendapatkan Tucana tanpa bantahan daripadanya."

Kata-katanya mengelirukan semua orang.

"Apa maksud tuanku?" Tanya Dark Lusophia bagi pihak mereka semua.

"Sebenarnya, jika kamu perasan, Tucana telah berada di dalam genggaman mereka selama sebulan lebih. Kita tidak tahu apa-apa yang telah berlaku kepadanya kecuali sedar dia masih hidup. Banyak andaian yang boleh kita bayangkan menimpanya tetapi katakanlah Tucana kini ingin berada di sisi mereka kerana takut dengan mereka, Amilia boleh membantu menyelamatkannya dengan kasih sayangnya. Tucana perlukan bantuan kita jika dia mempunyai masalah kurang semangat dan mental," terang Kairi dengan riak sedih.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now