BAB 48: LYNX DAN HYDRA

2.3K 151 8
                                    

^^>>Binatang Bintang Lynx<<^^

...................................................................................................................

Dark Hartina tercungap-cungap. Tubuhnya telah dicederakan dengan teruk oleh serangan raksasa di hadapannya. Yang menurunkan semangatnya adalah raksasa tersebut langsung tidak tercedera dengan serangannya. Dia juga telah menyoal kekuatan senjatanya tetapi tak nafikan raksasa di hadapannya sangat kuat, kuat dari apa-apa yang disangkanya. Dia tersenyum sendirian lalu tergelak kecil.

"Haha... Ini ke kuasa bintang aku? Aku tak tahu selama ini kuasa aku mempunyai tahap sekuat ni... Nampaknya... Aku takkan dapat menang dengan dia ni..." fikirnya sambil memandang raksasa itu yang ingin menyerangnya lagi.

Daripada berlawan dengannya, Dark Hartina melepaskan senjatanya lalu mendepakan tangannya.

"Sudahlah! Aku dah penat tau tak! Jika kamu nak sangat bunuh aku mari lah! Aku terima pengakhiran nyawa aku!" jeritnya kepada raksasa itu.

Raksasa itu mengeluarkan bunyi berdesir yang kuat lalu semua kepalanya menyerang Dark Hartina. Dark Hartina memejam matanya dan menantikan serangan yang akan membunuhnya tetapi dia tidak merasa apa-apa. Dia mula hairan lalu membuka matanya semula. Matanya terbeliak melihat dadanya mengeluarkan cahaya putih yang bersinar.

"Eh, apa?"

"Jangan mengalah..." sebut satu suara yang datang daripada sekelilingnya.

Dark Hartina cuba mencari pemilik suara tersebut tetapi apa yang dijumpainya hanyalah raksasa di hadapannya yang mula menjauhkan diri daripadanya disebabkan cahaya itu. Mereka juga meraung seperti kesakitan.

"Selamatkan kami..." suara lain pula didengarinya.

"Selamat... kan? Selamatkan siapa?" tanya Dark Hartina, kurang faham.

"Selamatkan kami... Kami di sini..." ulang suara itu.

Dark Hartina tidak faham tetapi dia perasan sesuatu yang pelik daripada raksasa tersebut. Terdapat akar yang muncul mengelilingi lubang hitam yang berada pada dada raksasa tersebut.

"Selamatkan kami..."

"Suara tu macam... datang daripada lubang gelap tu..." Dark Hartina akhirnya dapat mengenalpasti arah datangnya suara itu.

Tanpa berfikir, dia berlari ke arah lubang itu lalu memasukinya. Hal ini disebabkan dia merasakan dia perlu melakukan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Di sebalik lubang tersebut, sekelilingnya sangat gelap. Akan tetapi, cahaya yang datang daripada dadanya menyinari sekelilingnya seperti lampu suluh. Semasa berjalan di suatu tempat, dia terlanggar sesuatu lalu jatuh.

"Urgh... Ow..." Dia mengerang kesakitan apabila tidak sengaja mencederakan luka pada lututnya dengan lebih lagi. Kecederaan tersebut telah diberi raksasa itu sebelum ini. Kini, ia mengalirkan darah dengan lebih banyak.

Dark Hartina menghiraukannya lalu berdiri semula. Dia memandang ke tempat yang dilanggarnya. Dia berasa pelik melihat sesuatu seperti akar. Akar tersebut semakin banyak di satu arah dan Dark Hartina pergi ke arah tersebut untuk memeriksanya. Lama kelamaan, akar yang banyak itu semakin besar saiznya. Dia terberhenti di hadapan sesuatu yang tinggi.

"Pelik... Kenapa ada pokok di sini?" fikirnya lalu berjalan mengelilingi pokok itu.

Semasa dia menyentuh batang pokok, duri tajam tetiba muncul lalu mencederakan jarinya. Dark Hartina menarik tangannya ke dadanya lalu melihat kecederaannya. Nampaknya, tempat lain pula yang mengalirkan darahnya. Dia mengeluh berat dan menjarakkan diri daripada batang pokok itu. Dia terperasan terdapat satu lubang kecil di satu tempat pada batang itu lalu pergi kepadanya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now