BAB 79: JANTUNG

1.9K 137 4
                                    

"Susahlah begini... Dark Kage..." kata Dark Amilia dengan gelisah.

Dia risaukan keadaan Dark Kage yang kini berada dalam bangunan istana dan tidak tahu tingkat mana dia telah dibawa raksasa sebelumnya.

"Dark Amilia, jangan fikirkan Dark Kage sekarang. Dengan Dark Revier di sini, Dark Kage mungkin... dah mati atau dijadikan tebusan untuk memaksa kita menyerah."

Dark Amilia tersentak mendengarnya tetapi dia tahu Dark Ceilius mungkin benar. Dia menunduk kepalanya ke bawah dengan hati sedih kerana mereka tidak mungkin dapat selamatkan Dark Kage lagi. Beberapa memori indah bersama Dark Kage dan Dark Ceilius diingatinya untuk seketika sebelum dia memaksa dirinya untuk melupakannya. Dia terpaksa menumpukan perhatian terhadap nyawanya sekarang dan berharap dia dan Dark Ceilius dapat menyelamatkan diri. Tetapi, sampai bila mereka harus hidup sebegini? Berlari dan diserang Dark Revier seperti tiada penghujungnya.

"Apa kamu nak kita buat?" Tanyanya, ingin tahu rancangan Dark Ceilius.

Dark Ceilius memandangnya untuk seketika sebelum mengalih pandangan ke sekeliling mereka. Dia masih boleh mendengar tawa Dark Revier yang menaikkan tahap kemarahannya. Seperti Dark Amilia, dia juga sedih dengan kehilangan Dark Kage tetapi dia terpaksa tabah kerana kematian adalah perkara biasa dalam perlawanan hidup mati. Dia terfikir untuk melarikan diri bersama Dark Amilia kerana mereka tidak mungkin dapat mengalahkan Dark Revier tetapi dia juga mahu membalas dendam untuk Dark Kage dan rakyat Dorothia.

"Pilih antara dua ni, Dark Amilia." Dia memandang semula ke arah Dark Amilia. "Teruskan pelarian kita atau bertembung dengan Dark Revier sekarang. Jika kamu pilih yang kedua, kamu mesti bersedia untuk mati."

Dark Amilia memejam matanya dan membukanya semula. Riaknya menjadi serius.

"Siapa kita ni, Dark Ceilius? Pengecut? Kita adalah jeneral Bintang Kegelapan. Kita tidak sepatutnya takut kepada musuh kita... raja kita... Dan sebagai jeneral, kesalahan yang dilakukan raja kita adalah amat berat. Oleh itu, kita perlu jalankan hukuman mati ke atasnya." Balasnya sambil berdiri kerana tolakan Dark Ceilius telah menyebabkan kedua-duanya duduk di sebalik sebuah bangunan.

Dark Ceilius tersengih lalu berdiri juga. "Kalau kamu pilih satu tadi, aku akan pastikan kamu dapat larikan diri dari sini. Aku akan berlawan dengan Dark Revier seorang diri... Tapi nampaknya, aku tak berseorangan. Mari pergi!"

"Ya!"

Mereka berdua berlari ke arah lain untuk ke bangunan istana dan memastikan mereka bukan berada setempat kerana tidak mahu terkena serangan pancaran laser dari atas bangunan itu yang menyerang mereka.

"Aku dapat rasakan kehadiran Dark Revier..." kata Kairi dan dia mengejutkan Aries dan Angelote yang bersamanya.

"Apa?! Kejap, kalau begitu, mereka bertiga masih hidup kah?" Tanya Angelote.

"Seorang dalam nyawa-nyawa ikan. Dua orang lagi masih baik... Nampaknya, Dark Revier menunggu kedatangan kita juga. Hm... Dia nak jadikan ketiga-tiganya sebagai tebusan kah?" Kairi memikirkan rancangan Dark Revier.

"Tunggu dulu, Kairi! Kita boleh menang ke dengan Dark Revier? Camna kalau perkara yang sama berlaku kepada kamu lagi?" Dia risau jika kejadian lepas berulang semula.

"Aku tak jamin ia takkan berlaku lagi tapi itu tak bermakna kejadian lepas akan menghalang aku daripada melarikan diri. Jangan risau, Aries. Aku bukannya akan berlawan dengan dia bermati-matian. Aku akan lakukan kemudian setelah ahli keluarga kita, Bintang Kecerahan, cukup semuanya. Kini, mari kita selamatkan mereka," Kairi menyuakan tangannya kepada Aries.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now