BAB 80: DARK CEILIUS

1.8K 130 2
                                    

^^>>Dark Scorpio<<^^

.........................................................................................................................

Dark Ceilius memandang Dark Amilia dan memberi isyarat tangan kepadanya. Dark Amilia mengangguk lalu berlari kepada Dark Kage manakala Dark Ceilius berlari ke arah Dark Revier. Kedua-duanya memunculkan senjata bintang mereka. Senjata Dark Ceilius diperbuat daripada ais seperti lembing bermutiara merah yang berada di tengah-tengah antara dua bilah di hujung atasnya manakala di hujung bawahnya ditajamkan. Badan pemegangnya mempunyai ukiran unik berwarna merah juga.

Senjata yang dimiliki Dark Amilia berwarna perang dan berbentuk alat muzik 'harp'. Tetapi ia mempunyai kristal-kristal emas berbentuk kelopak empat sisi berputar secara perlahan mengelilingi tubuhnya. Dark Ceilius dan Dark Amilia menggunakan kuasa senjata mereka sambil menghalakannya ke arah sasaran mereka. Ais tajam keluar dari senjata Dark Ceilius manakala di tengah-tengah kelopak bunga senjata Dark Amilia pula keluar cahaya laser apabila dia menyentuh satu tali 'harp'. Serangan mereka meletup apabila melanggar sesuatu.

Apabila asap letupan dilarikan angin dan keadaan sekeliling kembali jelas, Dark Ceilius tidak terkejut melihat Dark Revier melindungi dirinya dengan pelindung. Akan tetapi, Dark Amilia pula tersentak dengan Dark Chronos yang menghalang serangannya ke atas penjara oktagon itu. Dark Chronos telah memunculkan perisai empat sisi separuh besar tubuhnya untuk mematikan serangannya.

"Dark Chronos, kamu berkerjasama dengan Dark Revier?! Kenapa kamu tolong dia?!" Tanya Dark Amilia dengan tidak percaya.

"Aku tak perlu jawab soalan kamu, manusia," balas Dark Chronos.

Anak matanya yang sama seperti Dark Chronos sebelumnya bertukar kepada gelap sepenuhnya semula. Dia pernah menunjukkannya kepada Dark Lusophia dan Dark Sethan. Kini, dia menunjuk pula kepada Dark Amilia dan Dark Ceilius yang memandangnya juga sambil mengawasi pergerakan Dark Revier. Dark Amilia dan Dark Ceilius akhirnya dapat memahami bahawa Dark Chronos di hadapan mereka bukan manusia mahupun rakan seperjuangan mereka sebelum ini.

"Siapa kamu sebenarnya?!" Tanya Dark Ceilius.

"Aku? Aku adalah Dewa Kegelapan dan itu sahaja yang kamu perlu tahu," balas Dark Chronos lalu memunculkan sebilah pedang hitam dengan aura biru.

Pedangnya sederhana besar dengan pemegangnya sedikit panjang separuh lengannya. Terdapat sebiji bola bercahaya biru di bahagian sisi bawah bilah. Dark Ceilius dan Dark Amilia boleh merasai kuasa kegelapan yang kuat datang daripadanya. Ia tidaklah sekuat Dark Revier tetapi boleh dirasai lebih kuat daripada mereka. Nampaknya, mereka telah berada di tempat kematian mereka. Akan tetapi, mereka tidak akan menyerah dengan mudah. Mereka mahu pastikan mereka boleh mencederakan Dark Revier dan Dark Chronos walaupun sedikit. Jika mereka berjaya, ia sedikit sebanyak akan memuaskan hati mereka daripada kecewa sebelum nyawa mereka ditamatkan.

"Maaf, Dark Kage. Kami tak dapat selamatkan kamu..." kata kedua-duanya dalam hati sambil mengerling ke arah Dark Kage sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya kepada musuh mereka.

Tanpa disedari mereka di situ, Dark Kage tidak berada bersama mereka. Dia kini berada dalam dimensi lain sambil berlawan dengan seekor raksasa seperti kala jengking. Ia lebih besar daripada Dark Kage dan memberi masalah untuk Dark Kage mencari kelemahannya kerana kaki dan tangan raksasa itu semuanya berbilah tajam dan menyerangnya secara bertubi-tubi.

"Cis! Dari mana datangnya raksasa ni?!" Tanyanya sambil melompat ke belakang batu besar.

Dimensi itu mempunyai latar belakang bergunung dan berbatu.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now