BAB 66: SUMPAHAN REVIORYX

1.9K 137 3
                                    

^^>>Pisces<<^^

........................................................................................................................

"Jeneral Leo, keadaan di sini nampak stabil dan selamat buat masa ini. Aku akan sampaikan berita ni kepada Kairi." kata Ziphoteninx kepada Leo selepas beberapa minggu menetap di Dorothia dan membantu rakyat mereka.

Mereka mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat Dorothia. Seperti yang diberitahu Dark Undria, kedatangan mereka dilihat sebagai bantuan simpati tetapi tanpa memikirkan sikap benci dan kasar rakyat di situ, mereka telah biasa dengan sikap itu. Walaupun Eridanus dan Cygnus kadang-kala ingin membalas ayat maki mereka, mereka berdua masih dapat bersabar sepanjang masa dan tidak melayan rakyat-rakyat yang memaki mereka itu.

Lama-kelamaan, seorang demi seorang individu menerima pertolongan mereka. Masih ada yang tidak menyukai Bintang Kecerahan tetapi itu tidak bermakna mereka menghalang Bintang Kecerahan daripada membantu mereka. Dengan nasihat dan ungkapan bernas daripada Dark Undria, dia dapat menyedarkan mereka semua akan situasi mereka yang teruk itu. Disebabkan itu, selepas tiga minggu, sebahagian rakyat yang tidak menyukai Bintang Kecerahan akhirnya memberhentikan cacian mereka. Jika ada pun, mereka mengatakannya dalam hati mereka sahaja.

"Baiklah, Tuan Ziphoteninx. Maaf sebab tuan terpaksa mengikut kami sedangkan tuan adalah pelindung baginda. Apa kata kalau tuan berada dengan kumpulan baginda selepas ini? Seperti yang tuan kata, keadaan dah sedikit tenang berbanding tiga minggu lepas. Kami di sini tidak akan apa-apa." Balas Leo sambil mengangguk kepada Ziphoteninx.

"Dengar cakap dia, Ziphoteninx. Kairi perlukan kamu di sisinya. Jangan risau, aku takkan benarkan sesiapa di sini berada dalam bahaya. Jika Revioryx datang menyerang lagi, aku akan pindahkan semua orang di sini ke Syarantonia," sampuk Kironinx yang baru datang ke khemah perbincangan di mana Ziphoteninx dan Leo berada.

Ziphoteninx berfikir sejenak sebelum bersetuju dengan cadangan mereka. Dia masih risaukan kesihatan Kairi. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk berada di sisi Kairi. Sebelum dia beredar, dia memberitahu Rafiz dan lain-lain. Mereka juga bersetuju dia berada bersama Kairi.

"Tolong jaga dia baik-baik, Ziphoteninx." Pesan Rafiz semasa rakan-rakan mereka yang lain berada sedikit jauh daripada mereka.

"Baiklah, Rafiz. Nampaknya, kamu dah semakin biasa dan menerima perasaan kamu yang mengisahkan keselamatan Kairi. Kamu tahu dia adik angkat kamu, bukan?" tanya Ziphoteninx.

Rafiz mengangguk. "Ya, Kairi dan Hydra dah terangkan kepada aku akan masa lepasku. Kini, aku benar-benar menganggap Kairi sebagai adik kandungku." Beritahu Rafiz akan perasaannya.

"Baguslah. Harap kamu sentiasa ingat perasaan ini, Rafiz. Sebab korang berdua bukannya tiada pertalian darah sebelum korang dilahirkan..."

Ayat terakhir Ziphoteninx mengelirukan Rafiz. "Apa maksud kamu?"

Ziphoteninx memberikan senyuman. "Jika ada masa selepas ini, aku akan beritahu kamu kisah lama yang berlaku lima ratus tahun dahulu."

Walaupun Rafiz ingin mengetahuinya, dia tidak mahu melengahkan Ziphoteninx yang perlu beredar. Dia hanya mengangguk dan akan menunggu Ziphoteninx memberitahunya suatu hari nanti.

Ziphoteninx beredar dari tempat itu dan muncul di bilik Kairi.

"Oh, Tuan Ziphoteninx! Terkejut saya..." kata Aries yang sedang mengemas katil Kairi sambil melepaskan nafas lega. Dia terkejut melihat medan yang entah dari mana muncul di ruang tengah bilik itu.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now