BAB 59: KEMBALI KE MASA SEBELUMNYA

1.9K 135 18
                                    

^^>>Andreit, Dewa Kilat<<^^

......................................................................................................................

Dark Reammut terasa tubuhnya sangat berat dan tidak bermaya. Dia juga rasa kebas tetapi kemudian mula rasa sakit pada keseluruhan tempat pada tubuhnya. Dia terpinga-pinga akan apa yang berlaku kepadanya sehinggalah teringat semuanya semula. Matanya dibukanya dengan perlahan-lahan. Serangan Dark Revier telah menyebabkan dia pengsan. Dia juga hairan kerana dia melihat langit biru di atasnya.

"Huh? Bukan ke aku sepatutnya dah mati?" fikirnya lalu menggerakkan tubuhnya tetapi terasa sesuatu di dadanya yang tidak membenarkannya bergerak.

Dia memandang ke bawah dan tergamam melihat darah berlumuran di sekelilingnya tetapi yang lebih menggemparkannya adalah tubuh di atasnya yang separuh bahagian bawah telah hilang. Dia terkaku sambil matanya melihat ke seluruh tubuh dan wajah orang itu. Suara raungan kecil yang didengarinya mengejutkannya. Dia cuba mencari raungan tersebut dan baru menyedari ia datang daripadanya sendiri.

Matanya juga sedang dikaburi dengan air mata yang jatuh ke pipinya. Perasaannya perlahan-lahan dirasainya. Tidak percaya, takut, sedih, marah, kecewa dan macam-macam lagi menyerang tubuhnya, membuatkan dia memuntahkan isi perutnya ke tepinya. Orang yang berada di atas tubuhnya adalah Dark Chronos.

Dia hanya teringat sedikit sahaja ingatannya yang membawanya kembali ke masa serangan Dark Revier. Sebelum dia hampir dimusnahkan serangan itu, Dark Chronos tiba-tiba muncul dengan alat teleportasi yang telah digunakan. Dark Chronos yang melihat serangan itu juga terus datang mendakapnya untuk melindunginya. Kini, dia melihat apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Tubuh Dark Reammut sempurna kecuali kecederaan parah pada kedua-dua belah kakinya yang tidak dapat digerakkannya.

"D-Dark Chronos..." panggilnya dengan terketar-ketar.

Tangannya menyentuh wajah Dark Chronos dan cuba menggerakkan Dark Chronos. Dia mahu Dark Chronos memandangnya dan memberitahunya dia tidak apa-apa. Tetapi itu adalah apa yang ingin dipercayainya. Dengan keadaan separuh tubuh Dark Chronos hilang dan masih ada saki baki pengaliran darah daripada kawasan kehilangan tempat yang tiada itu, tidak mungkin Dark Chronos masih bernyawa. Dia juga sedar kulit Dark Chronos semakin sejuk, tandanya Dark Chronos tiada bersamanya di dunia itu lagi.

"Tidak..." sebutnya perlahan dengan rasa tidak percaya. Dia teringat kata-kata Dark Chronos sebelum ini, yang memberitahunya dia rasa tidak sedap hati. "Jadi... Itulah apa yang dimaksudkannya... Maafkan aku, Dark Chronos... Maafkan aku... Aku tak kotakan janji aku untuk memastikan kamu terus hidup..." tangisnya.

Dia mengubah posisinya yang baring kepada duduk lalu mendakap kepala Dark Chronos ke dadanya dengan erat sambil mengucapkan maaf berkali-kali. Kehilangan Dark Chronos meruntuhkan segala dinding ketabahannya. Dia tidak dapat terima kematian tersebut. Dia masih cuba memanggil Dark Chronos untuk membuka matanya dan melihatnya tetapi tiada langsung riaksi daripada Dark Chronos, menyebabkan dia terlalu sebak untuk memikirkan Dark Revier kini bergerak kepadanya selepas mengalahkan dewa dewi yang merantaikannya.

Dia tidak lagi kisah dengan keadaan sekelilingnya. Dia mahu Dark Chronos hidup semula. Dia mahu melihat Dark Chronos melihatnya dengan pandangan berahi semula dan menyebabkan wajahnya membera sepanjang hari. Dia tersentak apabila mula menyedari perasaannya yang sebenar kepada Dark Chronos. Rupa-rupanya dia tidak langsung menganggap Dark Chronos setakat rakan sahaja tetapi lebih daripada itu. Ketakutannya untuk mendekati Dark Chronos kerana merasakan hubungan mereka tidak mungkin akan diterima orang lain adalah penghalang sebenar kepada perasaan sebenarnya. Kesedaran tersebut menyebabkan dia lebih sedu.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now