BAB 54: KEMUNCULAN AHLI BINTANG BARU

2K 143 7
                                    

^^>>Dark Tucana<<^^

...............................................................................................................

"Dark Reammut! Dark Reammut! Adik!" panggil Dark Amilia kepada Dark Reammut sambil menggoncang tubuh Dark Reammut.

Dia sedikit takut dan gelabah melihat Dark Reammut tidak membuka matanya walaupun dia pasti Dark Reammut masih hidup.

"Dark Amilia, sudah. Nanti kita bawa dia kepada Dark Undria." Sentuh Dark Kage pada bahu Dark Amilia.

Dark Amilia menoleh ke arahnya dengan air mata yang berlinangan. Dia menyentakkan Dark Kage dan Dark Ceilius kerana Dark Amilia tidak pernah menunjukkan wajah sebegitu kepada mereka.

"Camna kalau dia tak dapat rawat Dark Reammut? Tak guna punya ketua Bintang Kecerahan! Aku akan bunuh dia! Dia dah lakukan sesuatu pada adik aku!" marah Dark Amilia sambil mendakap Dark Reammut ke tubuhnya dengan erat.

"... Mungkin... Ataupun sebab Dark Reammut kurang tidur. Kamu pun boleh lihat wajah dia pucat." Kata Dark Ceilius.

"Tak! Aku nampak dia sentuh kepala Dark Reammut! Selepas tu, Dark Reammut terus pengsan. Dia mesti letak sesuatu pada adik aku!"

"Okey, okey, kami faham. Sekarang, mari kita hantar dia kepada Dark Undria. Dia boleh berehat di kem rawatan sementara kita balas dendam untuk adik kamu." cadang Dark Kage, tidak mahu melengahkan masa kerana mereka berada di tempat peperangan. Apa-apa boleh terjadi kepada mereka jika mereka tidak pergi dari situ.

"... Baiklah..."

Dark Kage membantu Dark Amilia untuk mendukung Dark Reammut. Ketiga-tiganya hilang dari situ dan beredar ke khemah di belakang askar-askar mereka yang berperang dengan musuh mereka. Beberapa khemah disediakan untuk merawat askar-askar mereka yang tercedera semasa peperangan. Setelah meninggalkan Dark Reammut dalam jagaan seorang jeneral yang mengambil tugas rawatan, mereka beredar ke tempat peperangan semula.

Dark Undria, ketua unit rawatan di situ memeriksa Dark Reammut.

"Dia tak macam ada kecederaan. Tak de juga sumpahan yang boleh aku cari dengan kuasa aku. Jadi... Kenapa dengan dia?" fikirnya dengan hairan.

Dark Reammut berlari ke sekelilingnya, menukar arah ke merata tempat. Walaupun begitu, sekelilingnya masih sama dan gelap. Hanya lantai di bawahnya sahaja sedikit bercahaya, memberinya sedikit kelegaan. Dia mula rasa dia tidak suka dengan keadaan gelap dan sunyi.

"Cis! Camna aku nak keluar dari sini?" tanyanya kepada diri sendiri. Dia tidak tahu arah mana yang perlu ditujunya dan apa yang perlu dilakukannya di situ.

"Kairi!! Keluarkan aku dari sini sekarang!!" jeritnya kerana dia tahu Kairi yang membawanya ke situ.

Malangnya, Kairi tidak membalas apa-apa kepadanya. Dia rasa letih berjalan sekitar situ. Disebabkan itu, dia duduk dan baring di atas lantai bercahaya itu.

"Urgh... Lantak lah!" katanya lalu memejam matanya.

Beberapa minit kemudian, dia terasa gegaran lantai di bawahnya. Dia terbuka matanya semula dan mula rasa awas. Dia bangun perlahan-lahan kerana gegaran tersebut semakin kuat. Dia juga rasa sesuatu sedang menghampirinya. Tiba-tiba, bunyi sesuatu yang nyaring kedengaran di sekelilingnya bersama dengan angin tempias kuat datang dari hadapannya.

Dark Reammut memunculkan senjatanya dan mula hairan kerana kuasanya boleh digunakan di tempat itu. Dia menunggu sesuatu itu muncul dan mula melihatnya tidak lama kemudian. Dari jauh, Dark Reammut meneka ia kecil sahaja tetapi apabila benda itu mula memunculkan sayapnya daripada belakangnya dan terbang ke arahnya. Dia mula sedar raksasa berbentuk burung itu sangat lah besar. Lebih daripada dua puluh kaki. Wajahnya mula berpeluh.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now