BAB 83: SYURGA

1.7K 131 1
                                    

"Rafiz, apa yang kamu menungkan?" Tanya Kironinx apabila Rafiz sedang berada di atas sebuah rumah berseorangan sambil memandang ke langit.

"Oh, Kironinx..." Rafiz tersentak kerana tidak sedar kehadiran Kironinx yang mendekatinya. "Erm... Takde apa-apa..."

"Ya kah? Habis tu kenapa kamu keliru?"

Rafiz mengecilkan matanya ke arah Kironinx. "Kamu baca fikiran aku kan?"

Kironinx senyum dengan gigi taringnya terpapar kepada Rafiz. Rafiz melepaskan keluhan.

"Erm... Kironinx, kenapa Dark Revier mahukan dunia ni? Kan ada dunia lain yang dia boleh tawan..." Tanyanya.

"Ya, betul, tapi sayangnya dunia ni sahaja yang tidak mempunyai manusia yang kuat," balas Kironinx.

"Aku tak faham..."

"Sebenarnya, dunia ni ialah 'Center' di mana dunia ni terletak di tengah-tengah alam semesta. Ia juga adalah tempat di mana Syurga dan Neraka menetap dan beroperasi. Syurga dan Neraka seperti yang kamu ketahui berada di dimensi lain tetapi ia juga menyambung kepada dunia ni. Dark Revier mahu mengawal dunia ni sebab kuasa dewa dewi datang dari dunia ni. Alam sekeliling yang kamu lihat adalah kuasa utama dewa dewi. Jajahan dia ke dunia ni akan menyebabkan dewa dewi lemah dan hilang kuasa. Oh, tapi mereka takkan mati sebab kekal abadi cuma tanpa kuasa, mereka takkan dapat menghalang Dark Revier."

Rafiz terkejut mendengar maklumat tersebut.

"Kami semua rasa Dark Revier sengaja memilih dunia ni untuk menjatuhkan Syurga dan Neraka. Lantas memusnahkan seluruh alam semesta. Jika itu berlaku, dunia yang kamu kenali bukan lagi sama. Dengan kemusnahan Neraka, makhluk-makhluk kejam dan paling jahat akan terlepas dan menguasai seluruh alam," sambung Kironinx sambil duduk di sebelah Rafiz.

"Kita tak boleh benarkan hal itu berlaku!"

"Betul tu. Dan sebab lain kenapa Dark Revier memilih dunia ni adalah kerana manusia-manusia di sini walaupun ada yang kuat tapi tidak cukup untuk melawan Dark Revier. Disebabkan itu lah, Bintang Kecerahan dihantar ke sini dari dunia lain. Aku tak tahu dunia mana satu tapi kehadiran moyang korang telah sedikit sebanyak membantu dunia ni walaupun masih belum cukup kuat untuk menentang Dark Revier."

"Dengan kata lain, kami cuma menambah kekuatan manusia-manusia di sini, bukan? Jika kami tak dapat kalahkan Dark Revier, anak-anak buah dia masih boleh kami kalahkan... Itu maksud kamu ke?"

Kironinx mengangguk. "Kamu nampaknya ada soalan lain. Adakah berkenaan dengan kata-kata Ziphoteninx pasal kamu dan Kairi mempunyai pertalian semasa hayat lepas kamu?"

"Kamu dah tahu tapi masih tanya..." Ngeluh Rafiz. "Kamu tahukah?"

"Ya..."

"Kenapa tak cakap awal-awal? Jadi, bagaimana kami boleh ada pertalian pula?"

"Hm... Baiklah, aku beritahu. Jika tunggu Ziphoteninx, dia sedang sibuk sekarang ni. Perkara ni berlaku sebelum dan selepas Dark Revier terlepas dari Neraka..." Kironinx menceritakan kisah lama.

Di Syurga, enam ratus tahun yang lalu...

"Ah, Kiroki, Shiroi! Datang juga korang..." panggil seorang budak lelaki kepada dua budak lelaki lain yang baru sampai ke padang rumput.

Rambut Kiroki berwarna hitam kecuali anak matanya berwarna coklat manakala Shiroi berambut merah serta anak matanya juga merah. Kedua-duanya berambut pendek.

"Lisione, awal kamu sampai," balas Kiroki sambil memanggil nama budak lelaki itu.

Lisione pula berambut putih dengan mata hijau kebiruan. Dia berambut panjang hingga ke pinggang.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now