BAB 68: ECONIA

1.9K 138 3
                                    

^^>>Visyilan, Dewi Sumpahan<<^^

......................................................................................................................

Kairi memandang ke bawah istana dari berenda di luar biliknya. Ziphoteninx muncul di sebelahnya.

"Akan ambil masa yang lama untuk kuasa aku kembali sepenuhnya semula..." kata Kairi.

"... Kamu ada satu cara lagi tapi kamu pun tahu cara itu." balas Ziphoteninx.

Kairi menggeleng kepalanya. "Aku tak boleh ambil kuasa daripada semua rantai diorang, Ziphoteninx. Mereka perlukannya untuk melindungi diri mereka. Aku lebih rela kalau diorang selamat daripada nyawa mereka melayang." Kairi sedang berkata akan rantai berkuasa milik semua pengguna Bintang Kecerahan dan juga tentang mereka.

"Kamu pasti? Kemungkinan besar, dengan pengembalian kuasa kamu, kamu boleh hapuskan apa-apa sumpahan yang diletakkan Revioryx ke atas kamu."

"Benar tapi ia mungkin tidak akan berkesan juga. Andreit dan Lisione pun ada cakap sumpahan Revioryx agak merumitkan bagi mereka untuk mengesannya dalam tubuh aku. Visyilan pun tidak dapat bantu aku..."

Andreit dan Lisione pernah datang untuk melawatnya setelah Ziphoteninx memberitahu kejadiaan di bilik air sebelum ini kepada mereka. Mereka telah memeriksa bahagian gigitan serta seluruh tubuh Kairi tetapi tiada cara untuk mematikan sumpahan tersebut.

"Biar aku panggilkan Visyilan. Dia tahu banyak tentang sumpahan sebab dia Dewi Sumpahan." Kata Lisione lalu anak matanya bertukar gelap, tandanya dia sedang berkomunikasi dengan seseorang dalam mindanya.

Tidak lama kemudian, warna matanya kembali cerah semula. "Dia akan datang sekejap lagi." Beritahunya kepada mereka.

"Visyilan... Kalau tak silap aku bukan dia ke yang sumpah Dark Howlan kepada wajah anjing? Hm... Mungkin aku patut berbicara dengan dia untuk Dark Howlan. Kalau tidak kasihan pula Dark Howlan berwajah camtu..." fikir Kairi.

Seorang wanita yang cantik muncul beberapa minit kemudian.

"Kamu ke yang kena sumpahan itu? Oh, lupa pula. Saya Visyilan." tanyanya. Suaranya sangat merdu sehingga membuatkan semua orang di situ menyukainya. Apatah lagi, Andreit, yang memandang Visyilan seperti cahaya yang menyinari hidupnya.

Kairi dan Ziphoteninx dapat melihat Andreit sangat sukakan Visyilan tetapi tidak berkata apa-apa. Lisione pula tersengih kecil kerana telahpun lama sedar perasaan rakannya itu.

"Ya, saya Kairi, Cik Visyilan." Balas Kairi dengan sopan.

"Haha... Tak perlu cik. Panggil je saya Visyilan," senyum Visyilan. Hal ini membuatkan Andreit merenung Kairi dengan tajam.

Kairi menelan air liurnya tetapi tidak takut dengan pandangan yang ingin membunuhnya kerana membuatkan Visyilan tersenyum. Lisione menolak bahu Andreit untuk memberhentikan perbuatannya yang memalukannya.

"Ok, biar saya lihat kat mana kamu digigit Revioryx sebelum ini."

"Err..." Kairi dapat melihat wajah Andreit semakin berubah memandangnya. "Di sini..." tunjuk Kairi sambil menarik kolarnya sahaja tanpa perlu membuka bajunya sepenuhnya.

Dia tidak sangka Andreit mempunyai cemburu yang mendalam. Padahal, dia tidak langsung ingin mendekati Visyilan mahupun cuba menggodanya. Mindanya teringatkan Aries pula dan dia tersentak sebelum menggeleng kepalanya.

"Bukan di sini?" Kairi baru tersedar Visyilan sedang menyentuh bahagian leher yang digigit Dark Revier dan gelengannya diingatkan bukan tempatnya.

"Eh, bukan! Memang di sini. Kamu boleh rasa apa-apa daripadanya?" Kairi mengendahkan Andreit yang kini sedang ditahan Lisione.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now