BAB 32: GELANG

2.1K 152 11
                                    

^^>>Pegasus<<^^

.........................................................................................................................

"Agi... Agi..." Agi membuka matanya setelah mendengar suara seseorang memanggil namanya. Matanya terkebil-kebil sebelum dapat melihat dengan jelas. Tetapi ia terus terbuka luas apabila Pegasus berada dekat dengan wajahnya sambil menyentuh pipinya dengan lembut.

"Arr!!!!" jeritnya kerana terkejut.

Pegasus terus melepaskannya dan menutup telinganya.

"Urgh... Agi, kenapa kamu jerit tiba-tiba?" tanya Pegasus seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Agi melarikan tubuhnya ke hujung katil. "Aku jerit sebab kamu lah! Apahal dengan kamu ni?! Tiba-tiba berada dalam bilik aku?!" Dia menarik selimut untuk menutup pakaian tidurnya.

Pegasus memandangnya dengan hairan sebelum tersengih. "Oh... Kenapa? Kamu takut aku buat apa-apa pada kamu ke?"

"Siapa takkan takut dikejutkan dengan sentuhan sebegitu?!" Wajah Agi merah dengan kemarahannya.

"Heh! Jangan risau... Aku takde langsung minat dengan badan kecil seperti perempuan cam kamu..." kata Pegasus lalu berdiri di tepi katil.

"Keluar sekarang!! Lelaki perogol!!" jerit Agi.

"Perogol? Oh, tapi masa kamu cium aku sebelum kamu terjaga tak dikira salah pula?" usik Pegasus.

"Huh? Eh, apa?!!"

Agi tersentak dengan kata-katanya. Dia terus memeriksa tubuhnya tanpa menyedari Pegasus sedang melihat riaksinya. Mata Pegasus merenungnya dengan tajam.

"Sememangnya dia..." fikirnya sebelum tersentak apabila Agi membaling bantal dan mengena wajahnya.

"Pegasus, kamu tak guna! Kamu tipu aku!" Dia ingin membaling sebiji bantal lagi tetapi dihalang dengan tangan Pegasus yang memegang tangannya.

Tubuhnya terkaku dan mindanya terus kosong dengan anak matanya yang terbuka luas. Dia tidak pasti sama ada dia sedang berkhayal atau tidak. Pegasus telah mengucup bibirnya dan membuatkan seluruh tubuhnya tidak berfungsi.

"A-Apa...?" fikirnya sebelum tersedar semula tetapi Pegasus telahpun keluar dari bilik itu dan dia hanya melihat pintu biliknya ditutup sahaja.

Pegasus yang berada di luar bilik berjalan melalui kaki lima. Dia dapat dengar jeritan mengamuk Agi tidak lama kemudian lalu tersengih. Tanpa sesiapa melihatnya, pipinya sedikit merah. Dia tidak sangka dia berani mencium Agi.

"Ini hukuman kamu, Agi... Kerana merahsiakan sesuatu daripada kami semua dan juga balasan mengawal badan aku dulu..." fikirnya dalam hati, terhibur dengan perbuatan nakalnya. Dia menyentuh bibirnya sebelum dilapkan dengan lengan bajunya.

"Eh, Pegasus?! Kamu ada nampak Agi? Kenapa dia menjerit? Dia dalam bahaya ke?" tanya Cygnus yang berlari tetapi bertembung dengannya.

"Hm? Mungkin dia jumpa lipas lagi... Kamu kan tahu betapa takutnya dia dengan lipas..." jawab Pegasus, selamba dan meneruskan perjalanan.

"Oh, ye ke? Haih... Buat takut aku je. Pagi-pagi buta dah menjerit... Hm? Dan mengapa kamu ada di bangunan utara ni? Bukan bilik kamu berada di bangunan timur ke?" Cygnus berasa pelik dengan kehadiran Pegasus di situ.

"Ambil angin... Salahkah?" renung Pegasus terhadap Cygnus.

Cygnus cepat-cepat menggeleng kepalanya dengan tangannya diangkatnya sekali. "Tak! Takde salah pun! Okey, aku kena pergi lakukan rondaan di barat. Bye!" Dia terus berlari ke bangunan barat dengan laju.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now