BAB 24: PERTALIAN

2.4K 150 11
                                    

"Cik Perseus! Cik Perseus!" panggil Aries dan Agi apabila Perseus tidak menjawab pertanyaan mereka. Perseus kelihatan sedang terpaku di tempat duduknya dengan anak matanya yang hilang keceriaannya. Dia seperti patung dalam pandangan mereka.

Mereka semua di dalam bilik itu kecualinya terkejut apabila pintu bilik mesyuarat itu ditolak dengan ganas, melanggar dinding dan mengeluarkan bunyi hentaman yang kuat. Leo memasuki bilik itu dan terus berjalan ke arah isterinya dengan matanya yang sangat dingin. Langkahannya sahaja yang berbunyi dalam bilik itu.

Virgo, Agi dan Aries tidak berani berkata apa-apa mahupun bernafas melihat jeneral mereka itu. Malah, mereka terasa sedikit bunyi sahaja akan membuatkan Leo memusnahkan bilik itu sambil mereka terkena tempiasnya.

"... Perseus..." panggil Leo sambil meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi Perseus dengan lembut.

Dia juga menggerakkan kepala Perseus memandangnya. Disebabkan Perseus tidak seperti mendengarnya, dia menyentuh dahi Perseus dengan dahinya sebelum memejam matanya. Apabila dia membuka matanya semula, anak matanya bersinar dan dia melepaskan auranya. Auranya yang kuat disalurkan kepada Perseus, menghalau kegelapan yang mengawal Perseus. Perseus tersentak dan matanya terus terkebil-kebil.

"A-Abang...?" Perseus berasa hairan akan kemunculan suaminya itu. "A-Apa? Apa yang berlaku?"

"Kamu dikawal..." Dingin pada matanya bertambah tajam apabila merasai seseorang mengawal isteri yang dicintainya.

Dia mahu cari orang itu sampai dapat dan ingin mematahkan kesemua tulang dalam tubuh orang itu. Kemudian, memotong kesemua daging dan memberikannya kepada singa-singa peliharaannya. Dia mempunyai empat ekor singa yang berada dalam biliknya yang dikongsi dengan isterinya.

"Oh... Ayang tak sedar pula... Terima kasih selamatkan ayang, bang..." ucap Perseus sebelum membuka penutup mulut Leo dan mengucup bibir Leo dengan penuh kasih sayang hanya untuk beberapa saat sebelum melepaskannya.

Kucupannya mengubah dingin pada mata Leo. Leo bertenang untuk seketika dan tidak lagi mengeluarkan aura yang menakutkan itu. Virgo, Agi dan Aries melepaskan nafas lega. Walaupun melihat keromantikan Leo dan Perseus, mereka takut untuk merosakkan keadaan dengan kata-kata mereka. Disebabkan itu, mereka diam sahaja dan berdiri kaku di tempat mereka.

"Ah, terlupa pula! Apa yang berlaku kepada baginda dan rakannya itu?" Perseus menoleh ke imej di tengah-tengah meja bulat itu.

"... Ujian terakhir mereka... diganggu salah seorang ahli Bintang Kegelapan, Dark Kurumi," beritahu Agi.

"Apa?!" Perseus tersentak mendengarnya. Leo pula mengecilkan matanya sambil merenung tajam ke arah Agi dan dia memasang penutup mulutnya semula.

"Sagittarius, terangkan apa yang berlaku dalam ujian terakhir itu..." suruhnya.

"Baik, tuan. Begini, semasa Kai-... Maksud saya baginda dan Rafiz berehat seketika di Jalan 12, imej mereka terpadam. Kami menanya Jeneral Perseus akan apa yang berlaku tetapi jeneral tidak menyahut. Saya menyuruh Aries untuk memeriksa keadaan baginda dan Rafiz sementara kami cuba sedarkan jeneral semula." Terang Agi sebelum memandang Aries.

Aries telah memunculkan pari-parinya untuk terbang ke lokasi Kairi dan Rafiz. Daripada mata pari-pari tersebut, Aries boleh melihat ke mana ia pergi. Dia menjumpai mereka dan terus memberitahu apa yang berlaku di lokasi tersebut.

"Aries menjumpai mereka dipisahkan dan... dikelilingi imej kami. Tak lama kemudian, muncul Dark Kurumi berdekatan baginda tetapi dia tidak sempat mengapa-apakan baginda. Rafiz yang terpisah dengannya dapat kembali ke sisinya dan melindunginya." Sambungnya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now