BAB 20: KEPERCAYAAN

2.1K 171 8
                                    

Semasa malam memerintah waktunya, Agi tiba di rumah tumpangan tersebut. Dia tidak melengahkan masa dan mula memeriksa keadaan Kairi dan kemudian yang lain.

"Aku dapat rasakan perubahan pada korang semenjak aku tiba di sini," beritahunya sambil memandang Virgo, Pegasus dan Aries.

"Kairi tingkatkan kuasa kitorang ke tahap kedua, Agi. Kami dapat kalahkan Dark Spincer dan Dark Reammut kerananya," balas Aries dan dia senyum ke arah Kairi.

"Aku tak buat apa-apa pun sangat... Aku tak tolong korang langsung pun... Maaf..." Kairi mengeluh dengan keupayaannya. Dia masih lemah jika diikutkan fikirannya.

"Apa yang tak tolong? Kalau kamu tak bangkitkan kuasa kamu, dah lama kita mati tau." Virgo tidak rasa Kairi tidak berbuat apa-apa untuk mereka.

"Tapi..." Kairi tidak puas hati.

"Percayakan kebolehan kamu, Kairi. Mengkritik kebolehan kamu akan membuatkan kamu fikir begitu selama-lamanya," kata Rafiz sambil tersengih.

"Betul kata Rafiz. Fikir kamu lemah, lemah lah kamu." Virgo mengangguk kepalanya.

"Okey, esok kita akan pergi ke Istana Antonia. Kairi, kamu rasa kamu boleh jalan esok?" tanya Agi akan keadaannya. Dia tidak mahu Kairi memaksa dirinya.

"Aku dah okey sekarang ni. Tidur selama seminggu membuatkan badan aku kejang dan sakit ada la. Perjalanan esok mungkin boleh kembalikan badan aku seperti biasa." Balas Kairi sambil tersenyum.

"Kalau kamu letih, aku akan dukung kamu, Kairi." Rafiz memberikan senyuman.

"Terima kasih, Rafiz." Dia tak nafikan tubuhnya masih lemah tetapi tidak mahu menyusahkan mereka semua.

"Kita tak tahu bila musuh kita akan muncul lagi. Jadi, esok kita mesti lindungi Kairi dan Rafiz." Kata Pegasus.

"Ya, korang berdua adalah target mereka. Aku tak rasa mereka akan putus asa..." sokong Aries.

"Jangan risau, kita pasti boleh kalahkan mereka." Virgo yakin.

Mereka semua bersetuju. Disebabkan tidak mahu perkara buruk berlaku, mereka semua tidur sebilik dengan Kairi dan Rafiz kecuali Aries yang memerlukan privasi.

Virgo, Pegasus dan Agi menyediakan tempat tidur di lantai manakala Kairi dan Rafiz mengambil dua katil bujang dalam bilik itu. Semasa Rafiz membuka bajunya, rantainya memberikan sedikit bunyi, menarik perhatian Agi yang sedang baring di atas tilam di hujung katil Rafiz. Matanya terbeliak melihat rantai tersebut sebelum berdiri dengan pantas.

"Rafiz, kamu adalah ahli Bintang Kegelapan?!" Pertanyaannya mengejutkan mereka semua.

Aries yang berada di bilik sebelah mereka juga tersentak lalu masuk ke bilik mereka semula. Semua terdiam seketika sebelum Agi sedar Virgo, Pegasus, Aries dan Kairi memandangnya dengan resah.

"Korang dah tahu dia siapa...?" Mulutnya sedikit ternganga. "Aries! Mengapa kamu tidak beritahu aku hal ini?!" Dia merenung Aries dengan tajam.

"Err... Ma-Maaf, Agi! Bukan aku tak nak tapi... Rafiz bukan lagi ahli Bintang Kegelapan!" terang Aries, rasa bersalah.

Agi tersentak mendengarnya.

"Benar kata-kata Aries, Agi. Rafiz bukan lagi ahli Bintang Kegelapan. Disebabkan itu Bintang Kegelapan yang lain mahu membunuhnya." Virgo menyokong Aries.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now