BAB 82: PULANG KE SYARANTONIA

1.9K 125 2
                                    


^^>>Jordan (Ketua Polis Diraja)<<^^

.......................................................................................................................

"T-Terima kasih, raja bintang!" Kata seorang lelaki muda kepada Kairi sambil memegang tangan Kairi dengan erat.

Air matanya jatuh bercucuran kerana diselamatkan.

"Erm... Sama-sama, Raja Zaffar," balas Kairi.

Dia merasai Zaffar tidak langsung maksudkan penghargaannya. Melalui memori Zaffar yang dilihatnya, dia telah tahu personaliti Zaffar yang sebenarnya.

"Beta tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa tuanku untuk menolong beta. Jika ada apa-apa yang tuanku mahukan, beritahu sahaja beta. Beta akan tunaikan," kata Raja Zaffar.

"Hm... Kalau begitu..."

Permintaan Kairi mengejutkan semua orang yang terselamat di situ. Yang bersama mereka adalah pembesar-pembesar, beberapa orang jeneral dan kapten, polis diraja dan seangkatan askar serta Aries, Angelote, Dark Amilia, Dark Ceilius, dan Dark Kage. Kesemuanya terbeliak memandangnya.

"A-Apa?" Zaffar termangu mendengarnya.

"Sila menyerah, Tuanku Zaffar. Kesilapan tuanku membunuh ayahanda tuanku dengan pertolongan beberapa pembesar berkaitan telah diketahui perisik tuanku."

Kairi memandang beberapa orang lelaki yang terkejut memandangnya. Daripada memori mereka, Kairi mengetahui mereka sedang menyiasat kembali kemalangan kematian raja sebelumnya. Bukti yang dapat dicari mereka dituju ke arah Zaffar tetapi disebabkan kuasa raja Zaffar serta beberapa orang pihak atasan yang menyokongnya, menyebabkan mereka tidak dapat membawa bukti tersebut ke mahkamah. Mereka juga tahu mereka tidak boleh mempercayai pihak mahkamah yang berpihak kepada raja baru mereka itu.

"Kamu berani menuduh beta membunuh ayahanda beta yang dikasihi beta?! Kamu tiada bukti!" Kata Zaffar dengan marah.

Kairi tersengih dan ia menakutkan semua orang di sekelilingnya. Renungan matanya yang tajam seperti melihat semua kebenaran membuatkan mereka menggeletar. Hanya Dark Ceilius sahaja yang tidak merasa apa-apa daripada riak Kairi itu.

"Kamu silap kerana ingat beta tidak tahu apa-apa, tuanku Zaffar. Kamu masih naif dalam menjalankan pembunuhan yang kamu ingat tiada sesiapa akan mendapat buktinya. Penolong-penolong kamu juga tidak melakukan pembunuhan dengan cekap. Beta ada ramai orang yang mengetahui kamu adalah ketuanya.

"Oh, ya. Kamu juga lupa siapa beta. Beta adalah ketua kepada semua Bintang Kecerahan. Beta mempunyai kuasa untuk melihat kebenaran perbuatan kamu. Kamu rasa kenapa beta berada di sini? Untuk membantu menyelamatkan kamu? Jika begitu, kamu silap. Beta telah mendapat permintaan pertolongan daripada orang di sini untuk melihat semula masalah pemerintahan negara ini."

"Eh, betulkah?" Bisik Angelote kepada Aries mengenai kata-kata Kairi itu.

"Aku tak tahu tapi masa dalam mesyuarat, Kairi ada kata negara ni mempunyai masalah pemerintahan. Sebab itu lah kitorang datang ke sini bersamanya," jawab Aries.

"Heh! Nampaknya, betullah ada orang minta pertolongan dia... Tapi, kenapa dia?" Angelote tidak faham kerana urusan negara itu bukannya urusan Kairi.

"Urgh..."

Zaffar melangkah ke belakang beberapa tapak. Rahsianya telah terbongkar dan dia mengerling kepada beberapa pembesar yang juga menolongnya membunuh ayahandanya. Mereka semua menunduk kepala mereka dengan takut. Bukan takut kepadanya tetapi kepada Kairi yang telah membocorkan rahsia mereka.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now