BAB 64: PERASAAN ARIES

2K 143 8
                                    

^^>>Orion<<^^

................................................................................................................

"Aries." Kairi mengetuk pintu bilik Aries. Virgo ada bersamanya.

Aries membuka pintu dan mempelawa mereka masuk ke dalam biliknya. Kedua-duanya beredar ke ruang tamu dalam bilik itu. Bilik Aries mempunyai pintu ke bilik pakaian, bilik air, ruang tamu kecil, sebuah katil saiz Queen, meja solek, rak buku, dua tingkap dan balkoni di luar bilik.

Ini bangun dari sofa yang didudukinya selepas melihat Kairi. Dia berlari kepada Kairi tetapi tiba-tiba tubuhnya rebah. Kairi, Aries dan Virgo tersentak dan panik melihatnya. Kairi menangkap tubuh Ini sebelum dia tersembam ke lantai. Dia meletakkan sebelah tangannya di atas dahi Ini.

"Kenapa dengan dia, Kairi?" tanya Virgo.

"... Nampaknya, tenaga dia dah semakin lemah. Aku harap Auriga dan Aquila dapat jumpa Gem dengan segera. Aries, boleh pinjamkan katil kamu untuk sementara?" tanya Kairi kepada Aries.

Aries mengangguk dengan riak resah melihat Ini. Kairi tersedar sesuatu dalam memori Aries yang dilihatnya sepanjang masa semenjak dia memasuki bilik itu. Dia tidak menunjukkan wajah terkejutnya mengetahui perasaan Aries kepadanya kerana tidak mahu memalukan Aries. Hal ini disebabkan Aries mahu merahsiakannya.

Kairi meletakkan Ini di atas katil Aries lalu memberikan sedikit tenaga kuasa untuk memastikan Ini dapat bertahan sehingga mereka menjumpai Gem. Setelah dia pasti Ini tidak akan apa-apa dan berehat, dia memandang Virgo.

"Virgo, boleh kamu jaga Ini sebentar?" tanyanya.

"Boleh je. Kamu nak pergi mana?" balas Virgo dengan hairan.

"Aku ada sesuatu nak bual dengan Aries. Tolong jaga Ini. Mari, Aries." Kairi memberikan sebelah tangan kepada Aries.

Aries tersentak bahawa Kairi mahu berbual dengannya lalu mengangguk. Dia meletakkan tangannya pada Kairi dan kedua-duanya dihilangkan Kairi dari bilik itu ke biliknya yang berada di paling atas bangunan istana. Dia membawa Aries ke balkoni luar dan mendudukkan mereka di kerusi yang disediakan di situ. Kedua-duanya diam sejenak.

Aries berasa tidak selesa kerana berada berdua-duaan dengan Kairi. Dia cuba menahan wajahnya daripada membera setelah sekian lama tidak melihat Kairi. Wajah Kairi yang sudah berubah tetapi masih ada riak yang sama dengan dahulu membuatkannya menyukai Kairi lagi. Dia tersentak apabila mata mereka bertemu dan melarikan pandangannya apabila Kairi merenungnya seperti ingin menelannya.

Bukannya pandangan yang menyeramkan tetapi pandangan yang sukar ditafsirkannya yang membuatkan wajahnya ingin membera. Dia tidak pasti pemikiran Kairi kerana tidak boleh membacanya. Terdapat penghadang yang menghalangnya daripada memasukinya. Dengan kata lain, Kairi sekarang telah menjadi kuat selepas tiga tahun mereka tidak bertemu.

"Aries..." panggil Kairi dengan lembut.

"Y-Ya...?" balas Aries.

"... Aku... Err... Aku perasan sesuatu."

Aries menunggu Kairi meneruskan kata-katanya.

"... Aku tahu perasaan kamu kepadaku..." Kairi cuba memastikan dia tidak menakutkan Aries dengan kata-katanya.

Malangnya, Aries kelihatan terkejut dan takut sebelum wajahnya terus merah padam sehingga telinganya juga berwarna merah. Dia juga sedikit berpeluh dengan tubuh yang menggigil. Kairi mula resah melihatnya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now