BAB 1: PERGADUHAN

9.5K 290 23
                                    

Hari kian senja walaupun dia masih melarikan diri. Dua orang lelaki berpakaian jubah hitam mengejarnya dari belakang. Wajah mereka tertutup tetapi dengan susuk tubuh mereka, dia mengenali mereka sebagai lelaki. Dia menyusuri semak di hadapannya, sehingga tiba di suatu tempat, dia berhenti.

Sebuah titi gantung dilihatnya berada di hadapannya dalam beberapa meter sahaja. Kemudian, dia memandang ke belakang. Kelihatan dua orang lelaki itu masih menuju ke arahnya. Tanpa melengahkan masa dia berlari ke arah titi gantung itu dan melaluinya.

Salah seorang daripada lelaki yang mengejarnya membaling sebilah pisau ke arahnya. Dia mengelak. Akan tetapi, rantai yang dipakai pada lehernya terputus disebabkan pisau itu. Rantainya terjatuh ke dalam anak sungai di bawah titi gantung itu dan dibawa arus. Walaupun menyedari rantainya jatuh, dia harus meneruskan lariannya.

Tidak jauh dari tempat rantai itu terjatuh, dua orang remaja lelaki sedang bersantai di tepi anak sungai tersebut.

"Mari balik, Kairi. Nanti apa pula ayah kata," ajak salah seorang daripada mereka.

"Okey, tapi aku nak basuh tangan sekejap," balas Kairi lalu mencelup kedua-dua belah tangannya ke dalam anak sungai tersebut.

Semasa dia sedang membasuh, dia tiba-tiba terasa sesuatu tersangkut pada jari-jemarinya. Dia menarik tangannya keluar dan terbeliak melihat seutas rantai berloket yang sangat cantik tersangkut pada jarinya. Loket tersebut berwarna putih. Padanya juga terdapat sesuatu corak timbul seperti kuda bersayap. Dia berasa kagum dengan corak tersebut dan tertanya-tanya 'Dari mana?' dan 'Siapakah?' pemilik rantai tersebut.

"Kairi! Ayuh balik!" panggil temannya.

"Ya! Aku datang, Rafiz!" Balasnya.

Mereka berdua beredar dari anak sungai itu. Mereka menuju ke sebuah kampung yang dinamakan Ryam. Sesampainya mereka di sebuah restoran, mereka memasukinya. Kedua-duanya mengelak ke tepi dengan pantas apabila terdapat dua senduk dibaling ke arah mereka. Mereka menunjukkan wajah terkejut dengan serangan tersebut.

"Apa ni, ayah?! Kami lewat lima minit je!" Marah Rafiz kepada orang yang membaling senduk itu.

"Lima minit kamu kata... Sebenarnya dah... Enam minit tau tak!" Balas Rafael, ayah mereka dengan tengkingan.

Apabila mereka terlebih sedikit masa, ia masih dianggap lambat oleh Rafael. Dia pentingkan ketepatan masa dan begitulah nasib Kairi dan Rafiz jika tiba lewat sikit ke restoran milik ayah mereka. Disebabkan Kairi dan Rafiz adalah pekerja restoran itu, Rafael tidak memberi pelepasan untuk datang lewat kepada mereka, walaupun mereka adalah anak-anaknya.

Setelah mendengar beberapa amaran daripada ayah mereka, mereka memulakan tugasan biasa mereka seperti mengemas, mencuci dan menyapu ruang makan restoran, dapur dan laluan pintu belakang restoran sebelum pelanggan datang menjamu selera. Bukan mereka sahaja, terdapat pekerja-pekerja lain yang membantu mereka mengemaskini keadaan restoran itu.

Restoran mereka hanya beroperasi pada waktu malam dan tutup pada jam dua ke tiga pagi. Hal ini menyebabkan Kairi dan Rafiz kekurangan tidur dan kadang-kadang terbangun lewat hingga ke tengah hari. Semasa beroperasi pula, Kairi, Rafiz serta pekerja-pekerja lain wajib memakai baju pekerja yang telah disediakan.

Kairi dan Rafiz juga berkerja sebagai pelayan restoran. Mereka serta pelayan lelaki dan perempuan lain perlu melayan setiap pelanggan dengan ramah dan lemah lembut. Kekacakan, kecantikan dan sikap budi bahasa mereka, menarik perhatian pelanggan untuk menjamu selera di restoran itu. Ciri-ciri tersebut juga telah banyak menguntungkan restoran itu.

"Sila tunggu sebentar. Pesanan cik akan tiba tak lama lagi," maklum Kairi kepada pelanggan yang dilayannya dengan senyuman manis.

"Comelnya dia!" Kata pelanggan Kairi itu, seorang wanita muda kepada temannya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now