[28]

10 2 0
                                    

     "Abang! Tengoklah diorang tu. Kenapa diorang macam gaduh? Kita nak buat apa ni?" Bisik Puan Salina apabila melihat Qayyum termenung di tepi tingkap biliknya.

"Awak ni kenapa? Anak sendiri pun awak nak skodeng? Saya ni tak cukup lagi ke?" Ucap Encik Muawiyyah selamba. Tidak semena-mena Puan Salina mencubit lengan kiri suaminya.

"Abang, saya serius ni." Kata Puan Salina dengan wajah yang cemberut.

"Baik baik. Tak sekarang ni kenapa kita kat luar bilik Qayyum? Masuk jelah ke dalam. Sekejap kat dapur. Sekejap kat ruang tamu. Saya malaslah nak main sembunyi-sembunyi ni." Mana taknya, sedari tadi mereka hanya bersembunyi dan memerhati gerak-geri mereka lagak seperti detektif.

"Sekarang ni, Ikmal dan Lia kat bawah. Qayyum sorang-sorang kat sini. Siapa yang buat masalah sebenarnya ni?" Gumam Puan Salina sendirian.

"Hah awak cakap apa?"

"Hish abang ni kan! Kacau mood betul. Saya nak tengok tv lah." Baru sahaja Puan Salina mahu menjalankan misi rahsianya namun suaminya sudah merosakkan mood detektifnya.

Misi yang dilakukan oleh Puan Salina dan Encik Muawiyah seratus peratus gagal dan mereka hanya membuang waktu dengan menonton tv.

*
*
*

Sebelum pergi ke tempat kerja, Ikmal ingin menemui Auriellia terlebih dahulu.
Bilik Auriellia di tuju.

"Lia." Panggil Ikmal dari luar bilik.

"Ha, Ikmal buat apa tu?" Tegur Encik Muawiyah dari ruang tamu sambil memegang cawan. Mendengar suara Encik Muawiyah, Puan Salina juga turut berpaling.

Kedua-duanya memandang Ikmal dengan pandangan yang begitu sukar untuk digambarkan semenjak kejadian dirinya menegur baju Auriellia.

"Saya tak buat apa-apalah uncle. Saya nak jumpa Lia dulu. Kenapa? Takut saya masuk eh?" Ikmal senyum senget kerana otak nakalnya kembali berfungsi. Dia cuba untuk mengenakan Encik Muawiyah dan Puan Salina.

"Ha, masuklah. Kau sentuh je tombol pintu tu, terbang cawan ni." Gertak Encik Muawiyah lalu cepat-cepat Encik Muawiyah menghabiskan air tehnya.

"Saya tak pegang uncle saya langgar je." Ikmal sudah memanaskan kakinya dengan berlari setempat dan bersedia untuk melanggar pintu bilik Auriellia. Cadangnya, Ikmal hanya untuk memainkan mereka namun Auriellia tiba-tiba sahaja membuka pintu membuatkan situasi itu menjadi nyata.

Ikmal tidak sempat untuk menghentikan kakinya sehingga dia laju masuk ke dalam bilik Auriellia.

"Eh! Eh!" Jerit Puan Salina kerana merasa terkejut melihat Ikmal tiba-tiba hilang dari radar.

Puan Salina serta-merta berdiri dan berlari anak ke arah bilik Auriellia.

Qayyum dari dalam bilik mendengar kekecohan itu terus keluar dari bilik untuk melihat.

Kekecohan itu datang dari bilik Auriellia. Tidak semena-mena jantung Qayyum berdetak dengan sangat laju kerana takut benda tak diingini berlaku.

"Ah, sakitnya." Rengek Ikmal kerana kepalanya terkena kaki katil. Dia sendiri tak terfikir benda ni berlaku.

Ikmal menggosok-gosok kepalanya dengan mata terpejam. Apabila Ikmal membuka mata, Auriellia berada di belakang pintu sambil terduduk.

Ikmal cuba untuk mengingati kejadian sebentar tadi kerana dia merasa seolah-olah ada sesuatu di belakang pintu ketika dirinya masuk.

"Lia!" Sel-sel otak Ikmal terus berfungsi setelah melihat kelibat Auriellia di belakang pintu. Pasti Auriellialah 'sesuatu' dibelakang pintu sebentat tadi.

I Love You On viuen les histories. Descobreix ara