[ 21 ]

51 30 0
                                    

Semua orang sudah bersedia di dalam bilik Qayyum.

Auriellia meminjam telekung milik Puan Salina yang sudah tersedia di rumah Qayyum.

"Hah siapa imam? Kau nak Mal?" Tanya Encik Muawiyah membuatkan Ikmal terkejut. Lekas-lekas Ikmal menggelengkan kepala sambil tersenyum kelat.

"Tak uncle. Tadi Qayyum bagitahu dia nak jadi imam hari ni. Ha Qayyum. Depan-depan. Jangan risau aku belakang kau." Ucap Ikmal sambil tersenyum penuh makna lalu Ikmal menutup mata serta membetulkan songkoknya.

"Bila masa pulak aku cakap." Bisik Qayyum keras ditelinga Ikmal.

"Saf saf." Ujar Ikmal tiba-tiba sehingga Puan Salina, Encik Muawiyah dan Auriellia mengambil tempat dan bersedia untuk menunaikan solat.

Qayyum memandang ke arah belakang. Mahu tidak mahu dia terpaksa menjadi imam untuk solat subuh.

Setelah selesai solat subuh berjemaah, mereka semua membaca yaasin bersama-sama. Jika Puan Salina dan Encik Muawiyah di rumah, Ikmal dan Qayyum hanya sembahyang subuh dan bersiap-siap untuk kerja.

"Lia, sini jap." Panggil Ikmal setelah selesai membaca yaasin. Auriellia baru sahaja ingin keluar dari bilik namun tergendala kerana dipanggil oleh Ikmal.

"Kenapa?" Tanya Auriellia lalu duduk diatas lantai dimana tempat Ikmal berada.

"Qayyum." Panggil Puan Salina namun Qayyum tidak memberi apa-apa reaksi. Mata Qayyum redup memandang ke arah sesuatu yang berada di belakangnya membuatkan Puan Salina juga turut berpaling ke arah belakang.

Cuma ada Auriellia dan Ikmal yang berada di belakangnya manakala suaminya sedang bersandar sambil bermain telefon.

"Cantik sangat ke Lia pakai telekung tu sampai mama panggil pun tak dengar?" Tegur Puan Salina seraya menyedarkan Qayyum.

"Ah maaf ma. Kenapa mama panggil Qay?"
Qayyum berdehem cuba untuk menutup rasa malunya. Mata Qayyum sempat melihat Ikmal dan Auriellia yang berada di penjuru katil miliknya sebelum matanya tertumpu ke arah ibu tercinta.

"Kamu dah okay ke? Tak ada rasa pening-pening lagi? Badan dah tak panas?"

"Qay rasa dah okay. Pening tu adalah tapi tak teruk sangat macam kemarin. Badan pun dah tak panas sangat. Kalau makan ubat lepas ni mungkin Qay akan sihat sepenuhnya. Qay tak nak ambik cuti lama." Terang Qayyum kerana tidak mahu Puan Salina khawatir tentang dirinya.

"Oh sebelum walid lupa. Qayyum, Lia dan Ikmal kumpul sini jap." Kata Encik Muawiyah lalu berdiri. Telefon diberi ke arah Puan Salina.

"Apa pulak ni. Mesti ada sesuatu ni. Kita ada buat benda tak elok ke semalam?" Gumam Ikmal tidak puas hati.

"Manalah aku tahu. Jomlah pergi sana." Ucap Auriellia lalu Ikmal dan Auriellia duduk di hadapan Encik Muawiyah.

Encik Muawiyah berdiri sambil berpeluk tubuh. Qayyum sudah menggeleng kepala kerana sudah tahu apa yang ingin diucap ayahnya.

"Korang bertiga buat apa semalam? Macam mana tiga-tiga boleh ada dekat luar?" Tanya Encik Muawiyah. Wajah Qayyum, Ikmal dan Auriellia dipandang satu persatu cuba untuk menakutkan mereka.

"Uncle uncle. Saya ada dekat sana pun sebab diorang berdua ni ada. Mana aci tidur luar tak ajak saya. Jadi saya join. Tapi saya lewat sikit tidur sana. Sebelum subuh baru saya tidur luar." Kata Ikmal jujur.

"Ha, kau macam mana boleh ada sana? Korang berdua sama-sama eh?" Tanya Ikmal ke arah Qayyum yang berada disebelahnya sekaligus cuba untuk mengelak dari tatapan Encik Muawiyah.

"Qayyum? Lia?" Tanya Encik Muawiyah lalu memandang tepat ke arah mereka berdua. Ikmal menarik nafas lega walaupun dia berada di antara mereka berdua.

"Walid."

I Love You Where stories live. Discover now