[ 22 ]

48 31 0
                                    

    Auriellia duduk di sofa ruang tamu kerana tidak tahu mahu berbuat apa. Kelibat Ikmal juga tiada membuatkan Auriellia bertambah risau.

"Kau pergi manalah Mal. Baju aku macam mana?" Kata Auriellia lalu bersandar sambil memandang siling.

"Aku dah tak selesa ni." Auriellia mengeluh untuk sekian kalinya.

"Aku buat sarapanlah."
Peti sejuk serta kabinet dibuka untuk melihat bahan-bahan yang ada. Sempat Auriellia memuji di dalam hati.

"Boleh tahan." Ucap Auriellia perlahan setelah melihat pelbagai jenis bahan-bahan yang ada.

"Boleh buat nasi lemak tapi aku kena minta izin dia dulu nak pakai bahan-bahan ni." Auriellia menggigit kuku kerana merasa tidak keruan apabila memikirkan untuk berbicara dengan Qayyum.

Baru sahaja Auriellia ingin masuk ke dalam biliknya untuk bertemu Qayyum lelaki itu sudah berada di luar.

Qayyum merasa pelik melihat Auriellia yang menunduk memandang lantai.

"Kenapa Lia?" Tanya Qayyum.

"Aku...nak mintak izin pakai.." Ucap Auriellia perlahan.

"Hah?" Berkerut dahi Qayyum kerana cuba untuk mendengar apa yang diucap oleh gadis itu.

"Maaf, aku tak dengar apa kau cakap. Boleh ulang?" Kata Qayyum kini lebih dekat berada dengan Auriellia.

Auriellia semakin gugup. Kedua tangannya digenggam sekuat-kuatnya bagi mengurangkan rasa takut.

"Aku nak minta izin guna bahan-bahan dekat dapur nak buat sarapan." Kata Auriellia laju tanpa memandang wajah Qayyum.

Qayyum tersenyum senget. Lucu melihat Auriellia sedemikian.

"Nak buat sarapan? Jom aku teman." Ajak Qayyum sambil tersenyum manis lalu berjalan ke arah dapur.

Auriellia terkejut lalu mengejar Qayyum yang sudah jauh.

"Tak apa tak apa. Aku boleh buat." Ucap Auriellia seraya memberhentikan Qayyum.

"Aku pun boleh buat jugak. Sebab aku boleh masaklah dapur aku ni banyak bahan-bahan. Kau nak aku buat kek? Aku boleh buat. Puding? Aku pun boleh buat." Kata Qayyum membangga diri.

'Macam tak percaya je.' Desis Auriellia di dalam hati. Auriellia musykil dengan ucapan Qayyum kerana sejak dulu Qayyum tidak pernah masuk dapur untuk memasak.

"Kau nak masak apa? Aku boleh keluarkan bahan dia." Tanya Qayyum sambil berpeluk tubuh memandang Auriellia.

Entah kenapa Qayyum memakai baju hitam plain itu membuatkan Auriellia merasa gugup. Tubuhnya juga tidak kurus seperti dulu dan sedikit tegap menampakkan Qayyum sudah dewasa.

Memikirkan hal itu membuatkan Auriellia semakin gementar. Sedaya upaya Auriellia melarikan pandangan agar tidak bertemu dengan mata Qayyum.

"Nak buat nasi lemak." Kata Aureliellia perlahan.

"Okay. Nah pakai apron. Mengamuk Ikmal nanti bila hoodie dia kotor." Ucap Qayyum lalu menyerahkan apron berwarna pink itu ke arah Auriellia.

'Mampus kalau hoodie tu kena sambal. Sudahlah hoodie kesayangan aku.' Ucap Qayyum dalam hati. Risau jika hoodienya kotor. Sengaja Qayyum menyebut nama Ikmal kerana tidak mahu Auriellia tahu bahawa itu adalah hoodie miliknya.

"Pink?" Kata Auriellia dan tidak sengaja tertawa kecil tanpa disedari ia didengari oleh Qayyum dan Qayyum serta-merta memandang Auriellia yang sedang memakai apron.

Melihat senyuman Auriellia membuatkan Qayyum merasa sedih. Bibirnya ditutup rapat serta matanya. Rasa bersalahnya menguasai diri.

Memori itu kembali singgah di kota fikiran Qayyum. Sungguh, Qayyum tidak menyangka dia boleh menyakiti gadis polos itu.

I Love You जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें