[ 23 ]

47 25 0
                                    

    "Kenapa Lia? Kenapa kau menangis? Kau sakit ke? Kalau ada apa-apa boleh bagitahu aku. Aku tak nak tengok kau menangis macam ni." Qayyum memandang Auriellia dengan pandangan yang redup.

"Tak apa. Tak apa. Kau masuk bilik dulu. Kita nak sarapan. Tak elok macam tu depan rezeki. Nanti walid dengan mama tanya macam mana? Aku siapkan semua ni dulu nanti dah siap aku panggil. Ke kau nak stay sini?" Tanya Qayyum sambil tangannya mengambil beberapa tisu untuk diberikan kepada Auriellia.

Tisu yang berada di tangan Qayyum diambil dengan pantas lalu berlari ke arah biliknya.

Qayyum hanya melihat Auriellia meninggalkannya.

"Tak nak tengok dia menangis konon. Dulu kau pergi biar je dia menangis sorang-sorang. Aku memang tak layak nak cakap macam tu. Lia..." Kata-kata Qayyum terhenti tidak lama kemudian Qayyum menyambung semula menyusun pinggan-pinggan dan gelas di atas meja.

Setelah masuk ke dalam bilik, Auriellia bersandar dibalik pintu dan terduduk.
Kakinya di rapatkan ke dada.

"Kenapa kau tiba-tiba datang Qayyum? Kenapa? Selama ni kau pergi mana?" Ucap Auriellia perlahan. Air matanya sudah berhenti mengalir. Sejak tadi Auriellia cuba bertingkah biasa namun sikap Qayyum yang melayannya dengan baik membuatkan emosi Auriellia terganggu.

"Kau nak tinggalkan aku lagi ke Qayyum? Sebab tu kau buat baik dekat aku? Buat baik lepastu hilang?Macam tu ke Qayyum?" Tanya Auriellia dan membuatkan Auriellia berfikir panjang.

Tidak semena-mena Auriellia merasa sangat takut. Takut untuk menghadapi buat kali kedua. Dadanya tiba-tiba merasa nyeri. Tangannya juga bergetar kuat.

Kerana tidak tahan, Auriellia merebahkan badannya. Kepalanya juga merasa berpusing.

"Allah, sakitnya. Tolong..." Rintih Auriellia tercungap-cungap sambil memegang dadanya.

Auriellia cuba mengawal nafasnya. Mata dipejam rapat. Berbagai-bagai tanggapan yang sudah bermain difikiran Auriellia.

*
*
*

"Along!" Jerit seseorang.

"Izara, adik kesayangan ku." Ujar Ikmal sambil mendepakan tangannya untuk bersedia memeluk adiknya.

"Kau gila ke Long? Kau ingat kedai bukak ke masa ni? Along dah buang masa aku dan juga baju-baju aku. Betul ke tu bukan makwe kau sampai mintak pakaian dalam semua. Along bernasib baik tau sebab perempuan tu saiz kurang lebih macam aku dan juga Along bernasib baik sebab aku memang selalu ada pakaian dalam yang baru. Aku takkan meroyan kalau Along bayar dengan duit." Ucap Izara panjang lebar. Ikmal tiba-tiba merasa malu apabila mendengar saiz yang diucapkan oleh adiknya.

"Kau jangan nak fikir bukan-bukan Long. Tadi aku ada call akak tu tapi dia tak angkat. Nah ni baju aku yang dah tak pakai. Semua barang dah ada dalam tu Along jangan nak skodeng pulak. Hah duit, duit. Aku nak bersiap pergi Uni pulak lepas ni. Cepatlah bagi duit tu."

Izara sudah menagih lagak samseng.

"Eleh kau punya bra dan spender tu berapa kali dah aku tengok. Nantilah aku bank in sekarang aku tak ada cash. Hah lagi satu dik, jangan bagitau mama dengan abah pulak." Ugut Ikmal sambil membesarkan matanya cuba untuk menakutkan adiknya.

"Tu bra dan spender lama. Ni yang baru Along tak tahu warna dia apa. Along jangan cuba-cuba intai atau aku bagitahu akak tu Along gatal. Hah duit tu jangan lupa bank in tau. Aku gerak dulu."

Ikmal melambaikan tangan ke arah adik perempuannya dengan senyuman lebar sehingga Izara hilang dari radar.

Ikmal memandang beg kertas yang berada di tangan kirinya.

I Love You Where stories live. Discover now