[ 2 ]

109 63 14
                                    

       "Cikgu, Qish tak nak cikgu pindah. Siapa yang teman Qish lukis nanti?" Kata Aqish iaitu pelajar darjah 1 yang diajar oleh Auriellia buat sementara waktu.

"Kawan-kawankan banyak lagi boleh teman Qish lukis. Maria ada, Zul ada." Balas Auriellia sambil mengusap kepala Aqish.

"Qish tak nak diorang. Qish nak cikgu juga." Ujar Aqish. Air matanya sudah berada di tubir mata menunggu masa untuk gugur.

Auriellia hanya tersenyum memandang Aqish yang sudah tersedu-sedan lalu
Auriellia mengambil gambar bersama-sama anak muridnya sebelum berpindah ke sekolah baru. Selepas ini Auriellia akan berpindah ke Putrajaya untuk menjadi guru tetap di sana.

"Lia." Tegur Cikgu Zurina yang berada di sebelah meja Auriellia. Cikgu Zurina terkenal dengan sikap garangnya di kalangan pelajar.

"Ye kak?"

"Nak saya tolong apa-apa tak?" Tanya Cikgu Zurina jika Auriellia memerlukan bantuan.

"Tak payahlah kak. Tinggal nak bawak 2 kotak je ni. Tak berat pun."

"Tak apalah saya boleh bawak satu kotak." Kata Cikgu Zurina masih cuba untuk menolong Auriellia lalu Cikgu Zurina pergi ke meja Auriellia dan memegang kotak berwarna kuning.

Auriellia merasa serba salah untuk menolak pertolongan daripada Cikgu Zurina dan membiarkan Cikgu Zurina membawa kotak tersebut sehingga ke kereta Auriellia.

"Terima kasih kak." Ucap Auriellia apabila kedua-dua kotak sedikit besar itu sudah berada di dalam kereta.

"Sebenarnya, akak sedih sebab Lia dah nak pindah. Walaupun sekejap je Lia kerja dekat sini tapi akak rasa rapat dengan Lia. Walaupun Lia ni tak banyak cakap tapi selalu dengar cerita yang akak ceritakan. Dengar masalah akak. Sunyilah meja akak nanti." Ujar Cikgu Zurina. Walaupun nampak garang tetapi Cikgu Zurina sangatlah ramah dan baik hati.

"Terima kasih kak untuk segalanya. Dari awal saya masuk sampailah saya nak berhenti. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi." Kata Auriellia lalu tubuh Cikgu Zurina didakap erat.

"Sama-sama. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi."

*
*
*

"Saya nak ubat tahan sakit." Kata Auriellia kepada penjaga kaunter di farmasi tersebut.

Selepas selesai sahaja mengemas semua barang miliknya, tiba-tiba sahaja senggugutnya menyerang. Masuk sahaja ke dalam kereta, Auriellia menundukkan kepala di stereng kereta miliknya.

Sakitnya sudah tidak dapat ditahan sehingga dia terpaksa pergi ke farmasi untuk membeli ubat menahan sakit.

"Ah sakit." Erang Auriellia sambil mengurut-urut kawasan yang sakit. 5 minit berehat di hadapan farmasi yang berhampiran dengan Sekolah Taman Pelangi, Auriellia memandu ke arah salah satu restoran yang ada di kawasan taman tersebut.

Restoran bertemakan melayu klasik itu dimasuki lalu Auriellia mengambil tempat duduk berdekatan kaunter.

"Apa lagi masalah kau ni Rozy? Dari semalam kau meroyan sampai kerja tak fokus." Marah Diana ke arah Rozy. Mana tidaknya, sebelum rehat sudah dimarahi oleh boss sebab tidak fokus kerja.

"Siapa lagi kalau bukan Darwish! Semalam dia kantoi keluar dengan betina lain!" Kata Rozy sambil berpeluk tubuh. Dahinya berkerut sehingga keningnya hampir bersambung.

"Aku dah kata tinggalkan je si gila tu. Aku dah pesan banyak kali dia tu playboy. Kau tak nak dengar. Ni dah 3 kali dia buat perangai kau tahu tak. Apa yang kau gila-gilakan dia sangat tu? Harta? Rupa? Dekat luar sana ada yang lagi elok." Ujar Diana cuba untuk menyedarkan kawannya itu.

I Love You Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum