[ 11 ]

73 54 0
                                    

    "Eh, mana pulak dia ni." Kata Qayyum setelah mengintai sedikit dari balik pohon. Ketiadaan kelibat Auriellia mencemaskan Qayyum.

Dengan pantas Qayyum mencari Auriellia dan akhirnya jumpa. Auriellia masih dekat dengannya.

'Tengok kau macam ni pun aku dah happy. Aku tak dapat bayang kalau kau jadi milik aku." Qayyum ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Mata Qayyum tidak lari dari memandang Auriellia.

Dari jauh Qayyum melihat Auriellia sedang membuka beg dompetnya sambil menunggu lampu isyarat bertukar warna.

"Ya Allah, kat tempat tu jugak kau nak bukak. Kau tak tahu ke bila-bila masa je ada orang nak ragut." Bebel Qayyum. Membuatkan Qayyum lebih takut adalah apabila Auriellia berada di bahagian belakang dan sangat terbuka.

"Encik, cakap dengan siapa ni?" Tegur seseorang ke arah Qayyum. Qayyum berpaling ke arah gerangan yang menegurnya.

"Ah!!"

Tiba-tiba terdengar suara seseorang berteriak dengan sangat nyaring. Qayyum kembali memalingkan wajah melihat ke arah Auriellia berada.

Jantungnya berdegup laju apabila melihat Auriellia sudah rebah. Tidak sampai beberapa saat Qayyum mengalihkan pandangannya daripada Auriellia kini gadis itu sudah diragut.

"Lia!" Jerit Qayyum ke arah Auriellia lalu Qayyum membantu Auriellia berdiri.

Melihat Auriellia seperti tiada apa-apa, Qayyum melajukan langkahnya mengejar pencuri tersebut. Berkat seorang lelaki yang sengaja merempuh badan pencuri itu, akhirnya dia berjaya di tangkap.

"Bro, thank you." Kata Qayyum kepada lelaki tersebut. Mudah sahaja lelaki itu merempuh pencuri tersebut kerana badan lelaki itu jauh lebih besar dari pencuri tersebut.

"Cik, okay tak? Maaflah saya pulak yang menjerit walaupun bukan saya yang kena ragut. Saya terkejut sangat lagi-lagi ni first time jadi depan mata." Ucap seorang wanita bertudung coklat gelap sambil membantu Auriellia duduk di bangku berhampiran.

"Cik? Cik?" Tegur wanita itu lagi. Badan Auriellia digoncang sedikit bagi menyedarkannya apabila Auriellia tidak membalas kata-katanya.

"Maaf, terima kasih cik saya tak apa-apa. Mana lelaki tadi?" Tanya Auriellia sambil memandang wajah wanita itu.

"Lelaki yang mana? Pencuri tu ke yang pergi kejar?"

"Lelaki yang kejar tu. Mana dia?" Balas Auriellia laju. Jari Auriellia juga mengenggam baju di pergelangan wanita itu kerana rasa sangat terkejut.

"Tu. Belakang cik." Kata wanita itu.

"Belakang saya? Sekarang? Dia ada sekarang? Belakang saya?" Tanya Auriellia berkali-kali seakan-akan tidak percaya.

"Yelah belakang cik. Kenapa? Dia ni pun orang jahat ke?" Tanya wanita itu lagi lalu menarik Auriellia lebih dekat dengannya kerana takut Qayyum seorang lelaki yang jahat.

Mata wanita itu juga tajam memandang ke arah Qayyum.

"Encik jangan macam-macam. Orang ramai ni." Ugut wanita itu.

"Maaf cik, saya bukan orang jahat. Saya kawan dia tapi dah 5 tahun tak jumpa. Boleh pulangkan dia tak?" Pinta Qayyum dan menayangkan senyuman manis agar wanita itu percaya ke arahnya.

I Love You Onde as histórias ganham vida. Descobre agora