[ 16 ]

67 51 0
                                    

"Kau gila ke nak makan donat banyak ni? Kau yang nak kaulah yang makan. Aku yang oder sate tu. Bak sini!"

Adam menarik plastik berisi sate yang berada di tangan Farah namun Farah tidak mahu kalah. Genggamannya semakin dikuatkan. Berlakulah adegan berebut makanan antara Adam dan Farah dan akhirnya kedua-duanya mengalah lalu berkongsi makanan.

"Ya Allah kenyangnya aku. Thank you belanja tau." Ucap Farah sambil menggosok-gosok perutnya. Makanan sudah habis dimakan tinggallah minuman yang belum habis di minum.

"Eh by the way kenapa tiba-tiba nak belanja ni? Ingatkan tadi nak culik aku tadi. Eleh dulu bukan main kau tak nak jumpa aku." Kepala disengetkan memandang Adam dan menunggu jawapan dari mulut lelaki itu.

"Suka hatilah aku nak belanja ke tak. Dah aku nak belanja kau jangan banyak bunyi boleh tak? Dah naik kita balik."

Adam berdiri lalu mengibas-ngibas punggung yang kotor namun tangannya terhenti apabila melihat Farah yang masih duduk.

"So, kau, Najmi dengan Zain tu sama umur? Kau senior aku? Asal aku tak pernah jumpa kau? Nak panggil abang? Euw tak nak aku."

Belakang kepala Farah ditampar sedikit kuat.

"Kau ingat aku nak sangat ke? Meremang bulu roma aku. Aku dah cakap memanglah kau tak nampak aku. Sebab kau ni buta. Ah kau balik sendirilah."

Farah bingkas bangun apabila Adam sudah mula menghidupkan enjin motosikalnya lalu duduk di belakang Adam.

Adam memalingkan wajah ke belakang kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Helmet?" Tanya Adam.

"Tangan aku penuh ni ha. Macam mana nak pakai. Tolong boleh?" Farah membuat muka comel walaupun matanya masih sembap.

"Ingat kau masih ada hutang dengan aku. Pandai-pandailah kau fikir." Katanya sambil memakai helmet ke arah kepala Farah.

Kening Farah berkerut setelah mendengar perkataan hutang yang keluar dari mulut Adam.

"Hutang apa? Bila masa lagi aku ada hutang?" Pertanyaan Farah dibiarkan lalu Adam memecut laju motosikalnya dan menuju ke kolej.

"Aku nak basuh sikit otak kau ni. Lepasni kau jangan nak cari pasal dengan budak lelaki lagi. Aku tak nak ada orang cakap kau yang bukan-bukan. Kau tu berharga. Jaga diri kau baik-baik." Ujar Adam sambil tangannya lincah membuka helmet dari kepala Farah. Matanya sama sekali tidak memandang Farah.

Farah terkebil-kebil cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh Adam. Mulut Farah baru sahaja ingin bertanya namun tergendala malah bertukar kepada perasaan marah apabila Adam melempar topinya ke atas tanah.

"Woi! Bagi elok-eloklah! Kurang ajar punya lelaki. Aku dahlah malas nak tunduk bagai dengan minuman banyak macam ni." Mulut mungil Farah tidak berhenti-henti dari mengungkapkan kalimat-kalimat suci sehinggalah sampai ke bilik.

*
*
*

"Apa lagi erk? Semua ni macam tak kena je." Qayyum menggaru kepala setelah membaca tips yang dicadangkan di dalam google.

"Takkanlah sampai nak jerit cakap I Love You. Memalukanlah gila. Senyap-senyap dahlah. Ni lagi satu. Bagi si dia coklat setiap hari. Eh kau gila nak bagi dia coklat tiap hari? Rongak gigi dia nanti. Cancel, cancel. Cara ni memang tak jalan kalau Lia." Tips-tips yang ditulis sebentar tadi diconteng kerana Qayyum yakin tips itu memang tidak berguna.

Sedang sibuk Qayyum mencari tips yang lain, tertera satu tajuk yang menarik perhatian Qayyum.

Punca perempuan tawar hati dengan lelaki ditekan. Qayyum membaca satu persatu dengan sangat kusyuk. Pelbagai reaksi yang dibuat oleh Qayyum. Kadang kala terkejut, kadang kala mengerutkan wajahnya.

I Love You Where stories live. Discover now