[ 9 ]

72 56 0
                                    

     "Qayyum raya ni wajib balik. Kalau kamu tak balik, mama merajuk. Walid pun sama." Kata Puan Salina sambil merapikan pakaian Qayyum.

"Kenapa petik nama abang? Abang okay je kalau Qayyum tak balik." Ucap Encik Muawiyah yang berada di pintu utama.

"Eh apa abang ni. Karang betul-betul tak balik budak ni macam mana? Nanti saya yang merajuk abang jugak yang jenuh nak pujuk." Balas Puan Salina lagi.

Qayyum hanya tersenyum senang melihat pergaduhan kecil mereka.

"Eh sebelum mama lupa. Aunty Emy suruh pergi rumah dia. Katanya nak bagi barang. Mama tak tahu pulak barang apa."

"Aunty tak kerja ke?" Walaupun hujunng minggu pasti wanita itu pergi kerja. Lainlah kalau ibunya yang bercuti pada hujung minggu kerana bekerja seorang guru.

"Katanya tak. Pergilah. Ha, nanti drive elok-elok. Jangan laju sangat. Kerja tu buat betul-betul. Bila pergi negara orang jangan nak ikut benda tak elok pulak." Pesan Puan Salina sudah berkali-kali.

"Ma, Qayyum elok lagilah. Bertahun-tahun Qayyum dekat negara orang putih tu belajar Qayyum masih tahu mana haram halal. Dahlah ma Qayyum gerak dululah. Walid Qayyum gerak dulu. Mama dan walid jaga diri. Kalau ada apa-apa hal telefon Qay." Puan Salina menganggukkan faham.

Belum sempat kaki Qayyum melangkah keluar daripada pintu, Puan Salina menggamit tangan Qayyum.

"Qayyum janji dengan mama."

"Janji apa ma? Ye Qayyum balik rumah raya nanti. Jangan risaulah."

"Bukan tu mama nak. Qayyum kena janji berbaik dengan Lia. Mama tak tahu apa yang dah jadi dekat kamu berdua tapi mama nak Qayyum dan Lia macam dulu." Puan Salina memandang tepat kedalam mata Qayyum.

Qayyum memandang Encik Muawiyah namun Encik Muawiyah hanya memasang pandangan kosong.

"InsyaAllah ma." Jawab Qayyum.

*
*
*

Lama Qayyum berada di hadapan rumah Puan Emilia. Tangannya teragak-agak mahu mengetuk pintu.

"Assalamualaikum aunty."

Tidak sampai beberapa saat, terjegul wajah Puan Emilia yang cantik bertudung sarung berwarna hitam.

"Qayyum!" Jerit Puan Emilia girang.

"Aunty!" Jerit Qayyum sama.

Dari sebelah rumah, Puan Salina sudah menggelengkan kepala. Anak lelakinya dan kawan baiknya sejak dulu lagi sudah sekepala.

"Masuklah masuk." Pelawa Puan Emilia seraya Qayyum pun masuk. Sudah bertahun-tahun Qayyum tidak menjejakkan kaki disitu.

Kawasan rumah Puan Emilia dipandang. Banyak perubahan yang sudah dilakukan. Gambar-gambar Auriellia juga banyak bergantung di dinding.

Salah satu gambar Auriellia telah menarik perhatian Qayyum. Perlahan-lahan kaki Qayyum menghampiri gambar itu.

Gambar Auriellia graduasi bersama kawan-kawannya sama seperti yang diberikan oleh Ikmal tetapi gambar Auriellia berseorangan  belum pernah Qayyum lihat.

Hati kecil Qayyum terkesan melihat senyuman Auriellia yang tampak gembira. Sungguh berbeza dengan gambar Auriellia dan kawan-kawannya. Pasti Auriellia sangat gembira apabila cita-citanya tercapai.

"Maafkan aku Lia. Aku tak dapat datang masa hari bahagia kau, tak dapat jadi pendukung kau, kejam dengan kau, aku pengecut." Ucap Qayyum perlahan. Menyesal dengan perbuatan sendiri. Kenapa baru sekarang dia mengetahui perkara sebenar. Kenapa perlu bertahun-tahun dia menyimpan perasaan marah terhadap gadis itu.

I Love You Where stories live. Discover now