[ 12 ]

70 53 0
                                    

    "Thank you." Ucap Auriellia kepada penjaga kaunter hotel itu lalu menyerahkan kunci bilik hotelnya.

Beg pakaian berwarna hitam ditarik sehingga keluar daripada hotel dan menuju ke arah parking kereta.

Ting!

Telefon Auriellia berbunyi menandakan seseorang menghantar mesej kepadanya.

Auriellia meletakkan beg pakaian ke dalam kereta lalu duduk di tempat pemandu. Telefon yang berada di dalam beg tangan diambil.

'Ikmal.' Ujar Auriellia di dalam hati.
Sedang sibuk Auriellia menekan keyboard untuk membalas mesej lelaki itu, Ikmal menelefonnya.

Sementara memanaskan enjin kereta, Auriellia mengangkat panggilan video daripada Ikmal.

"Goodmorning Lia!" Ucap Ikmal girang. Senyuman Ikmal memenuhi ruang skrin telefonnya.

"Morning." Jawab Auriellia acuh tak acuh tanpa memandang Ikmal. Bibir Auriellia juga tidak ada secalit senyuman.

"Mal." Panggil Auriellia masih tidak memandang Ikmal.

"Yes? Kenapa nampak macam moody ni? Okay ke? Tak seronok ke dekat KL?" Tanya Ikmal walaupun Ikmal seperti tahu apa yang gadis itu katakan.

"Tu tak penting. Kau tahu tak Qayyum dah balik sini?"

'Bingo!' Kata Ikmal di dalam hati sama seperti yang dia jangkakan.

"Macam ni Lia. Aku bukan tak nak bagitahu kau. Qayyum yang tak bagi. Dia kata nak jumpa kau sendiri tapi tak tahu pulak korang jumpa macam tu." Terang Ikmal.

"Dah berapa lama dia dekat sini?" Tanya Auriellia lagi.

'Nak bagitahu ke tak eh?' Bebola mata Ikmal sudah tidak menentu dan Auriellia nampak reaksi Ikmal.

"Tak apa Mal. Aku pun tak nak ambil tahu. Aku kena tutup call. Sampai rumah aku bagitahu." Ucap Auriellia seolah-olah merajuk namun cara ini yang selalu memjadi untuk memaksa Ikmal membuka mulut.

Belum sempat Auriellia menekan punat merah, Ikmal bersuara.

"2 tahun. Qayyum dah balik Malaysia 2 tahun." Selepas memberitahu kepada Auriellia, Ikmal menutup mukanya menggunakan kedua tangannya kerana takut Auriellia akan memarahinya secara maya.

"Okay." Jawab Auriellia lalu Auriellia menamatkan panggilan video mereka.

"Alamak! Lia marah ke? Macam mana ni? Si Qayyum ni lahai. Tak pasal-pasal aku yang kena." Ucap Ikmal. Telefon bimbit dipandang.

"Nak telefon balik confirm dia tak jawab. Kalau merajuk jenuh aku nak pujuk budak Lia tu." Gumam Ikmal sambil mundar-mandir. Bibir bawah digigit sedikit kuat.

"Merajuk bukannya nak bagitahu. Aku jugak yang kena fikir sendiri kesalahan aku. Semualah kau tak nak bagitahu. Semua kau nak pendam. Nasib aku ni keras tau kalau tak dah lama kita putus kawan."

Juwita yang berada di kaunter hanya memandang pelik perangai Ikmal yang membebel sorang-sorang dihadapannya.

"Dok, gaduh ngan girlfriend ke? Asyik membebel je. Saya dekat sini pun tak fokus nak kerja siap video call pulak tu." Kata Juwita cuba untuk mengusik Ikmal.

"Bukan girlfriend tapi dia special. Nanti bawak pergi makan sejuk baliklah dia. Sorrylah ganggu awak kerja. Saya pergi dulu." Kata Qayyum lalu meninggalkan Juwita.

"Haish, untung betullah perempuan tu walaupun bukan girlfriend dia. Doktor Ikmal tu dahlah kacak nak mampus baik pulak tu. Untung, untung. Aku ni dahlah single siapa je nakkan aku." Ucap Juwita dengan melepaskan nafas berat. Sukar untuk menerima kenyataan dirinya masih belum berpunya.

I Love You Where stories live. Discover now