[ 10 ]

77 54 0
                                    

Kuala Lumpur yang sibuk dipandang dari bangunan KLCC tingkat 87. Ketinggian bangunan itu sedikit pun tidak menggentarkan Auriellia malah Auriellia merasa sangat tenang.

Cuti 2 hari Auriellia ambil untuk bersenang-senang di Kuala Lumpur. Hari isnin Auriellia perlu kembali bekerja.

Hampir setengah jam Auriellia menghayati pemandangan, Auriellia pergi ke tingkat bawah untuk menjamu selera. Salah satu restauran dimasuki.

"Weh, awek tu makan sorang." Kata seorang lelaki yang berkumis nipis.

"Kau ni. Biarkan jelah dia makan sorang. Kau sibuk kenapa?" Celah seorang lelaki berkaca mata.

"Cantik wo. Sayang kalau makan sorang. Kalau aku masih single dah lama aku pergi tegur. Ha Opan kau pergilah hantar makanan ni dekat dia." Ucap lelaki berkumis nipis lalu menyerahkan sepinggan nasi paprik ke arah lelaki yang dipanggil Opan.

Opan terpinga-pinga namun tangannya masih menyambut huluran Rian.

"Hah, Zack Zack kaulah pergi hantar. Aku tak bolehlah kalau awek. Nah ambik. Apa? Okay aku datang sana. Sorry geng boss panggil." Kata Opan dan menyerahkan pinggan ke arah Zack lalu meninggalkan Rian dan Zack dalam sekelip mata.

"Kau tengok. Macam manalah nak dapat awek kalau perangai macam tu. Zack kau pergi hantar dekat dia. Aku kena hantar ni. Lelaki baju hitam hampir dekat awek tu jugak. Dah jom." Zack dan Rian menghantar makanan bersama-sama.

Sempat lagi Zack memandang wajah Auriellia. Badan Zack ditundukkan untuk memudahkannya untuk melihat wajah Auriellia yang sedang tunduk.

Mata Zack dan Auriellia bersatu. 2 insan dengan perasaan yang berbeza. Zack merasa gembira manakala Auriellia dalam ketakutan melihat kelakuan Zack yang nampak di sengajakan.

"Awak ni kenapa pandang-pandang saya? Kalau tak saya menjerit." Kata Auriellia perlahan dengan wajah terkejut. Mata Auriellia memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Macam lagak seperti scan barang. Tangan disilangkan untuk menutup bahagian dadanya.

Mata Zack membesar. Dadanya berdetak laju. Takut akan ugutan Auriellia. Naya kalau diketahui oleh majikannya.

"Tak cik tak. Saya ambil resit cik yang jatuh ni. Alang-alang tu saya tengoklah muka cik ni." Jelas Zack berani walaupum sedikit rasa takut jika gadis itu benar-benar menjerit.

"Kau pergi tegur kawan kau tu sebelum daging ni terbang kat muka dia." Rian terus menoleh ke arah yang ditunjuk oleh pelanggan Rian. Cepat-cepat Rian meninggalkan lelaki yang menegur kelakuan Zack lalu Rian mendekati Zack.

Bahu Zack dicuit sedikit dan bibir didekatkan ke arah telinga Zack. Zack kegelian.

"Eh eh apa kau ni. Geli aku akulah." Kata Zack lalu menjauh daripada Rian namun Rian menarik telinga Zack dan memberitahu sesuatu.

"Blah blah. Laki yang oder makanan yang aku hantar tadi bagi warning dekat kau. Sebelum apa-apa jadi baik kau pergi." Bisik Rian. Dalam beberapa saat, Rian sempat memerhati wajah Auriellia. Cantik tetapi Rian perlu meneguhkan hatinya.

"Alah aku nak usya sikit lagi. Kau pergilah sambung kerja kau. Bolehkan?" Kata Zack dengan senyuman manis sambil memandang Auriellia. Zack juga sempat mengenyitkan mata.

Auriellia tidak senang duduk. Bulu romanya berdiri tegak saat lelaki itu mengenyitkan mata ke arahnya. Di dalam hati Auriellia sudah mengutuk perbuatan yang tidak senonoh itu.

"Maaflah cik. Dia ni memang macam ni. Sewel sikit bila jumpa perempuan cantik. Dah dah blah. Lelaki kat sana tu pandang kita. Maaf lagi sekali cik." Ucap Rian seraya meminta maaf kepada Auriellia. Rian juga memaksa Zack untuk meminta maaf ke arah Auriellia.

I Love You Where stories live. Discover now