[ 26 ]

17 2 0
                                    

Seminggu sebelum Qayyum demam...

    "Kau ada masalah ke Qayyum?" Tanya Ridwan di balkoni hotel sambil memandang pemandangan malam. Mereka tiba di Korea kira-kira setengah jam lalu dan Ridwan perasaan Qayyum bertingkah pelik.

"Kenapa kau tanya? Nampak aku macam ada masalah ke?" Tanya Qayyum semula.

Ridwan berpaling lalu bersandar di pagar balkoni dan menghadap ke arah Qayyum yang berada di sofa.

"Marah ke? Aku tanya jer. Kalau ada masalah kau boleh bagitahu aku. Mana tahu aku boleh tolong. Kau tu tak boleh serabut, apa-apa jadi dekat kapal macam mana bila ada benda lain dalam kepala kau." Kata Ridwan cuba untuk menyedarkan Qayyum.

"Aku bukan serabut tapi aku berfikir."

Ridwan mengangkat kening sebelah kiri dan cuba untuk mempercayai apa yang diucapkan oleh Qayyum.

"Qayyum, Qayyum. Aku ni bukan baru kenal kau tau tak. Aku tahulah kau ada masalah. Orang berfikir pun tak adalah berkerut sangat muka tu. Kalau kau rasa nak bagitahu apa masalah kau, bila-bila masa je aku boleh dengar. Sekarang ni kita pergi enjoy. Kau nak join kitaorang pergi tak?"

"Pergi mana?"

"Pub. Ikut?"

"Kau gila? Tak nak aku. Dengan bunyi bisingnye. Bau-bau arak lagi. Tak nak aku. Kau jelah pergi. Aku nak pergi melepak dengan captain. Satu lagi aku nak pesan kau jangan melebih-lebih pulak kau tu kalau mabuk payah nak urus. Menyusahkan orang je kerja." Ucap Qayyum sambil menunding jari ke arah Ridwan dengan perasaan geram.

"I know but I can't promise HAHAHA!" Ridwan cepat menarik sliding door apabila melihat Qayyum cuba membaling bantal ke arahnya.

Ridwan ketawa sepuas-puasnya kerana merasa seoronok menyakat Qayyum. 10 minit mereka beradu kekuatan untuk membuka pintu, akhirnya Qayyum mengalah. Mana taknya, tubuh Ridwan lagi besar darinya dan badannya setinggi 178cm.

"Lain kali selalu pergi gym. Macam manalah nak mengorat awek kalau badan tak sado. Lagi satu, kita lelaki kena kuat untuk jaga perempuan. Tengok aku, adik perempuan aku ada tiga. Semua lelaki tak berani nak dekat dengan adik-adik aku sebab aku yang tak kasi diorang dekat dengan adik aku. Amacam? Hebat tak aku?" Ridwan meletakkan kedua tangannya di pinggang dan memasang wajah bangga.

"Oh sorry aku tak ada adik perempuan jadi aku takkan faham perasaan tu." Balas Qayyum selamba.

Kali ini, Ridwan pula merasa panas dan Qayyum mengekek kerana puas mengenakan Ridwan kembali.

"Hi captain." Sapa Qayyum di hadapan bilik Captain Rahimin dengan senyuman manis.

"Eh Qayyum tak join diorang ke? Masuklah masuk." Pelawa Encik Rahimin mesra.

"Diorang pergi pub. Saya mana pernah jejak lagi tempat macam tu. Takut saya. Captain kenapa belum tidur lagi ni?" Kata Qayyum lalu duduk di sofa berhampiran television.

"Oh. I see. Saya baru lepas habis berbual dengan isteri saya sebab tu belum tidur. Lagipun esok kita belum balik lagi. Nak minuman panas?"

Qayyum yang duduk di sofa terus berdiri dan berjalan ke arah Encik Rahimin setelah melihat lelaki yang sudah separuh umur itu mengambil 2 cawan dari almari kecil.

"Tak apa tak apa. Biar saya buat. Captain nak minum apa?"

"Saya nak coffee."

Encik Rahimin hanya memerhati Qayyum membancuh minuman dari meja makan lalu tersenyum kecil.

I Love You Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang