[ 7 ]

82 57 0
                                    

    Bintang-bintang dilangit yang bertaburan indah dipandang dengan penuh syahdu. Qayyum menelengkan kepalanya ke arah kiri. Dulu Auriellia yang berada di sebelahnya bersama-sama memandang bintang-bintang namun sekarang tidak lagi.

"Weh, cantiknya bintang tu! Kau pelajar sains kan? Cuba bagitahu nama-nama bintang tu." Tanya Auriellia dengan penuh bersemangat.

"Aku baru je masuk kelas minggu lepas. Manalah aku tahu nama bintang-bintang tu semua." Jawab Qayyum yang baru memasuki tingkatan empat.

"Oh kau orang tak belajar eh? Qaseh macam mana? Okay tak dia dalam kelas tu?"

"Okay je. Kenapa?" Tanya Qayyum semula dan memandang ke arah Auriellia yang kusyuk menikmati keindahan malam.

"Tak ada apa-apa pun. Kadang-kadang dia merungut jugak tapi nasib baik ada Rozy. Boleh jugak nak tolong Qaseh. Aku ni dahlah sorang-sorang tak ada geng satu kepala dalam kelas tu." Luah Auriellia sedikit sedih.

"Eh aku dengar Zaim selalu jugak kacau kau. Kau rapat dengan dia ke? Kau layan jelah dia. Manatahu sangkut." Kata Qayyum lalu ketawa mengekek.

"Oh sorrylah aku tak ada masa lah nak couple-couple bagai. Menyemak je dalam hidup aku. Nak kena kongkong hell no! Aku nak enjoy masa muda aku. Tapi kalau dah umur aku nak dekat 30 pun masih belum ada calon, kau jelah jadi boyfriend aku. Nak?" Seloroh Auriellia tanpa menyedari kehadiran Encik Khairul dibelakang.

"Nak ke Qayyum? Kalau uncle jadi kamu tak naklah perempuan macam Lia ni. Tak pandai masak, perangai pun masih macam budak-budak, keras kepala. Masih nak ke?" Sampuk Encik Khairul secara tiba-tiba mengejutkan Auriellia dan Qayyum.

"Apa ni abah! Lia baru je 16 tahun okay. Masak tu senang je nak belajar. Nanti Lia makin besar makin matang la Lia. Nanti abah jugak yang rindu dengan perangai Lia ni." Ucap Auriellia lalu Auriellia mendekati Encik Khairul. Perut Encik Khairul ditumbuk-tumbuk perlahan. Encik Khairul ketawa lalu memeluk Auriellia erat.

Qayyum menggelengkan kepala apabila mengenangkannya. Sungguh, berada di samping gadis itu membuatkannya merasa bahagia. Perangai Auriellia yang pelbagai ragam menghiburkan hari-harinya.

"Tengah tengok bintang ke?" Tanya Encik Muawiyah. Qayyum berpaling memandang ke arah Encik Muawiyah.

"Ha'ah walid." Jawab Qayyum pendek.

"Cantikkan bintang-bintang tu? Tapi langit takkan indah kalau tiada bintang. Sama jugak dengan hidup kita. Kita ni hidup berpasang-pasangan. Kalau tiada wanita kita lelaki takkan lahir. Wanita jugak yang buat lelaki ni jadi insan yang lebih baik daripada kita tanpa mereka." Ujar Encik Muawiyah panjang lebar.

Qayyum mengerutkan dahi. Masih cuba untuk mencerna apa yang dikatakan oleh Encik Muawiyah.

"Pendek kata, hargailah wanita. Ingat apa yang walid cakap tu. Simpan dalam otak." Kata Encik Muawiyah sambil menayangkan senyuman penuh bermakna lalu Encik Muawiyah pun ikut memandang bintang bersama anak terunanya.

*
*
*

"Ma, Qayyum nak pergi night market jap. Dah lama Qayyum tak pergi sana." Kata Qayyum meminta kebenaran untuk pergi keluar.

Encik Khairul dan Puan Emilia sudah lama pulang ke rumah.

Puan Salina yang sedang melentokkan kepalanya di atas peha Encik Muawiyah terus bangun dan memandang ke arah Encik Muawiyah.

Faham akan maksud pandangan si isteri, Encik Muawiyah menganggukkan kepala.

"Jangan lewat sangat balik tu. Mama dengan walid pun dah nak masuk bilik. Kunci pendua ada dalam laci dalam bilik. Qay bawa satu. Kitaorang malas nak bangun semata-mata nak bukakkan Qayyum pintu. Harap maklum." Ujar Encik Muawiyah dan disokong oleh Puan Salina.

I Love You Where stories live. Discover now