[ 1 ]

157 69 2
                                    

      Auriellia memandang ke arah cermin untuk melihat penampilannya buat kali terakhir sebelum turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama kedua ibu dan bapanya.

Apabila sudah merasa puas, Auriellia mengambil beg tangan yang berada di atas katil lalu kaki menuju ke arah pintu dan menuju ke tangga. Dari atas Auriellia sudah dapat melihat ibu dan bapanya di meja makan.

"Wah, cantiknya anak mama ni berseri-seri." Puji Puan Emilia setelah melihat Auriellia yang cantik mengenakan baju cotton berwarna biru muda bercorak bunga dan dipadankan bersama shawl berwarna putih. Lia hanya tersenyum mendengar pujian dari ibunya lalu duduk di hadapan Encik Khairul.

"Cepat makan Lia, nanti lambat pulak pergi sekolah. Hari pertama kerja kena tunjukkan prestasi yang baik. Cepat, cepat duduk sini." Kata Encik Khairul yang sudah ada di meja makan. Matanya jugak tidak lepas memandang wajah anak daranya yang sangat cantik.

"Abang ni, awal lagi kan. Tak payahlah nak bergegas. Kesian Lia. Kita kena bagi semangat untuk anak kita. Puji ke apa ke. Ha, Lia duduk sini." Ujar Puan Emilia lalu menyedokkan nasi goreng ke dalam pinggan Auriellia. 1 sudu, 2 sudu dan akhirnya 3 sudu. Auriellia tidak membantah malah membiarkan kelakuan Puan Emilia.

"Eh, awak ni. Ni untuk kebaikan Lia jugak. Apa yang saya cakap tu semangat jugak tau. Awak apa tahu." Balas Encik Khairul tidak mahu kalah. Puan Emilia hanya menjeling Encik Khairul lalu duduk semula di sebelah Encik Khairul setelah siap melayan Auriellia.

"Terima kasih ma." Ucap Auriellia dan menunggu Encik Khairul untuk makan terlebih dahulu dan diikuti Puan Emilia dan dirinya

Auriellia hanya tersenyum melihat telatah Puan Emilia dan Encik Khairul. Selalu sahaja berperang mulut tetapi saling menyayangi.

"Lia, dekat sana jangan jadi cikgu yang jahat. Sayang anak murid. Kalau marah jangan sampai naik tangan. Faham?" Nasihat Puan Emilia kepada Auriellia. Ini kerana tugas cikgu sangatlah berat dan banyak kes murid-murid di pukul.

"Ye ma. Lia tahu. Lia taklah jahat sangat sampai nak pukul anak orang." Jawab Auriellia sebelum menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Encik Khairul, Puan Emilia dan Auriellia makan dengan suasana yang tenang dan menikmati masakan Puan Emilia.

"Makan banyak-banyak Lia baru ada tenaga nak mengajar." Kata Puan Emilia lalu menyendok nasi goreng dan diberikan ke arah Auriellia buat kali kedua.

Auriellia hanya pasrah melihat timbunan nasi di atas pinggannya. Malas mahu membazir, Auriellia makan juga nasi goreng yang ditambah oleh Puan Emilia.

"Eh, Lia! Pinggan tu biar je dekat situ. Lia pergi siap-siap panaskan enjin. Meja ni biar mama yang kemas." Tegah Puan Emilia membuatkan perbuatan Auriellia terbantut. Pinggan-pinggan yang sudah dikumpulkan diletakkan semula di atas meja.

Mata Auriellia memandang jam berwarna putih berjenama casio yang terletak elok dipergelangan tangannya.

Sudah hampir pukul 7.30 pagi tetapi Auriellia tidak terlalu risau kerana sekolah tempat Auriellia mengajar hanya mengambil masa 5 minit untuk ke sana.

"Mama tak perlu risaukan Lia. Tu abah tu mama perlu risau. Nak dekat pukul 7.30 dah. Lia tak apa. Bukan lama pun nak sampai sana." Ujar Auriellia sejurus menyedarkan Puan Emilia. Apron terus dibuka dan diberikan kepada Auriellia.

"Abang! Bang cepat makan. Saya sediakan kasut dan beg kerja abang. Cepat bang!" Kata Puan Emilia lalu kaki Puan Emilia melangkah besar menaiki tangga agar cepat sampai ke dalam bilik.

"Abah, sebelum mama membebel lebih baik abah cepat-cepat habiskan makan. Lia tak nak dengar mama membebel pagi-pagi macam ni." Ucap Auriellia lalu mengemas semua pinggan dan di bawa ke sinki. Encik Khairul hanya memandang kepergian isterinya dan masih menikmati makanan yang tersisa sedidkit.

I Love You Where stories live. Discover now