[ 6 ]

87 58 0
                                    

     Qayyum menarik nafas dalam menghirup udara segar. Sudah seminggu Qayyum berada di luar negara akhirnya pulang ke tanah air. Suasana KLIA yang dipenuhi manusia dipandang sekilas.

"Qayyum, jom pergi Sabah. Aku teringin sangat nak pergi sana. Aku nak cari sumandak terus. Mana tahu aku berkenan. Hehe kot-kot tahun ni terus dapat makan nasi minyak."

Kata Ridwan sambil memaut bahu Qayyum. Ridwan lelaki berketinggian 180cm dan berkulit sawo matang. Lelaki kacukan Jepun itu sangat suka pergi menjelajah sambil mencari sang kekasih yang masih hilang.

"Kau pergi jelah sorang. Kalau tak pun pergi ajak Bredy. Dia pun tak tahu nak buat apa masa cuti. Aku nak balik kampung. Dah lama aku tak balik." Ujar Qayyum.

"Faham boss." Kata Ridwan serta-merta. Faham akan perasaan rindu pada keluarga memandangkan keluarganya juga berada di Jepun.

"Apa seru-seru nama aku ni." Sampuk Bredy secara tiba-tiba dari arah belakang.

"Jom pergi Sabah." Kata Ridwan beralih ke arah Bredy. Mata Bredy sudah bersinar-sinar mendengar Sabah kerana disana banyak gadis yang cantik.

"Jom! Bila? Kau join tak Qayyum?" Tanya Bredy dengan wajah yang sangat gembira.

"Dia tak ikut. Qayyum kena balik kampung. Bagi chancelah dia nak jumpa family dia. Kau tu keluarga ada dekat sini. Tak payah nak fikir bila nak balik." Ujar Ridwan bagi pihak Qayyum.

Qayyum mengenyitkan matanya tanda terima kasih dan Ridwan mengangkat kening sebelah kanan sebagai balasan.

Qayyum, Bredy dan Ridwan berjalan secara beriringan. Banyak mata memandang ke arah mereka bertiga. Mana tidaknya, ketiga-tiga mereka mempunyai wajah yang tampan.

"Aku tahu kenapa diorang pandang sini. Sebab aku paling kacak antara kita bertiga." Ucap Bredy dengan wajah bangga. Ridwan dan Qayyum sudah memasang wajah menyampah.

"Suka hati kaulah Bredy. Perempuan dekat KL ni semua kau punya. Kau ambiklah. Kitaorang tak kisah pun."
Kata-kata yang diungkapkan oleh Ridwan mengundang tawa Qayyum.

Wajah cemberut Bredy menambahkan kelucuan antara mereka. Qayyum menggeleng-gelengkan kepala. Penat menghadap perangai Ridwan dan Bredy yang sering bertengkar hampir setiap hari.

"Qayyum, kau bila gerak pergi Johor?" Tanya Bredy. Kepala dipalingkan ke arah kanan melihat Qayyum.

"Erm, petang ni jugak aku pergi Johor. Dalam pukul 2.30 petang. Kenapa?" Tanya Qayyum semula ke arah Bredy lalu Bredy menggelengkan kepala.

Bredy dan Ridwan pergi ke suatu tempat untuk berbincang tentang percutian mereka manakala Qayyum terus pulang ke appertment miliknya.

*
*
*

Tidak sampai setengah jam Qayyum tiba di apperementnya dari KLIA. Kereta Honda Civic berwarna hitam itu diparkir ditempat yang disediakan.

Kaki masuk ke dalam bangunan dan menuju ke arah lif. Tingkat ketujuh ditekan. Sambil menunggu, Qayyum bernyanyi kecil memandangkan tiada orang di dalam lif.

"Rumahku syurgaku." Kata Qayyum setelah tiba di dalam biliknya. Beg pakaian diletakkan ditepi katil.
Badan direbahkan ke atas tilam empuk miliknya.

Iphone 13 yang berada di atas meja berdekatan tilam dicapai. Nombor Puan Salina di cari.

"Assalamualaikum ma. Sihat? Harini Qayyum balik rumah. Masak sedap-sedap eh." Kata Qayyum setelah panggilan telefonnya di jawab.

"Waalaikumsalam. Sihat alhamdulillah. Syukurlah Qayyum balik. Dah lama mama tak jumpa. Rindu."

I Love You Where stories live. Discover now