[ 14 ]

76 54 0
                                    

    Seusai solat isyak, Adwan bersiap-siap untuk pergi ke rumah Encik Goh. Adwan hanya mengenakan pakaian biasa iaitu memakai kain pelikat serta baju jersey yang tertera namanya. Minyak wangi diambil dan diserburkan ke seluruh badan.

"Okay siap. Tuah, daddy pergi dulu. Jaga rumah elok-elok tau. Kalau ada tikus ngap terus. Ingat apa yang daddy dah ajar." Ujar Adwan sambil mengelus-elus kepala Tuah.

Sandal jenama Bata dipakai lalu Adwan melangkah ke arah rumah Encik Goh yang berjarak hanya beberapa langkah.

"Aik, apahal tak masuk lagi tu?" Kata Adwan setelah melihat Auriellia hanya berdiri di hadapan rumah Encik Goh.

"Cik, kenapa tak masuk lagi?" Tegur Adwan membuatkan Auriellia melatah kerana Adwan tiba-tiba sahaja muncul.

"Opocot hantu makan timun. Terkejutlah saya encik." Muka Auriellia berbahang apabila melihat Adwan sakan mentertawakannya.

Auriellia malas mahu melayan Adwan. Jelingan diberikan.

"Hantu mana ada makan timun tapi saya makan timun. Kalau cik nak bagi timun saya akan terima dengan rela hati." Ucap Adwan namun tidak dilayan oleh gadis itu. Adwan hanya senyum senget apabila Auriellia mengendahkannya.

"Hello! Adwan dan Auriellia dah sampai!" Laung Adwan di luar rumah Encik Goh dan Puan Mei.

"Encik, janganlah kuat sangat. Nanti jiran marah." Tegur Auriellia kerana takut menganggu jiran yang lain.

"Alah cik ni, bukannya kuat sangat pun." Balas Adwan ringkas membuatkan Auriellia merasa sedikit menyampah.

"Ikut suka enciklah." Kata Auriellia perlahan.

"Ape? Tak dengarlah cik. Cik cakap apa tadi?" Ucap Adwan. Telinga didekatkan ke arah Auriellia. Auriellia mengelakkan dirinya apabila badan Adwan dekat dengannya.

"Hish, menyampahnya. Encik makan jelah sorang. Bagitahu Aunty Mei saya tak sihat." Ujar Auriellia lalu meninggalkan Adwan dengan hentakan kaki yang kuat bagi menunjukkan protes.

"Leng Lui mau pergi mana? Kenapa macam bising tu?" Tanya Puan Mei secara tiba-tiba membuatkan kaki Auriellia berhenti serta-merta.

"Cik Lia cakap dia sakit jadi dia suruh saya masuk sorang. Betul tak Cik Lia."

'Nah. Ambik kau.' Ucap Adwan dalam hati. Entah kenapa dia merasa geram terhadap Auriellia.

"Betul ke?" Tanya Puan Mei sambil memandang ke arah Auriellia.

Auriellia memandang wajah Adwan dan Puan Mei silih berganti. Mata Auriellia sempat melihat Adwan menayangkan senyum kemenangan.

"Tak aunty, saya nak ambik buah atas meja. Saya lupa nak bawak. Aunty dan Encik Adwan masuklah dulu nanti saya masuk." Ucap Auriellia lalu masuk ke dalam rumah dengan pantas.

*
*
*

"Apahal kau senyum-senyum ni?" Kata Hani dengan pandangan yang jengkel. Bibirnya juga mengherot sedikit.

"Jomlah pergi futsal court. Baby kau kan main malam ni. Jomlah jomlah." Lengan Hani digancang perlahan. Farah membuat muka kesian cuba untuk memujuk Hani.

"Kau saje je kan? Mentang-mentanglah ada your man sana kau guna boyfriend aku pulak. Tak nak. Aku tak nak pergi."

"Kenapa pulak tak nak? Kau tengok ni. Ramai kot budak perempuan tengok game diorang. Habislah kau." Ucap Farah seakan-akan menakutkan Hani. Farah sengaja membuka status whatsapp pelajar perempuan yang berada disana.

I Love You Onde histórias criam vida. Descubra agora