[ 31 ]

11 1 0
                                    

     Auriellia mengemas semua barang-barangnya. Seluruh kawasan bilik itu diperhati kerana takut ada barang-barang yang masih belum dimasukkan ke dalam beg.

"Lia, kau dah siap?" Tanya Qayyum dari luar bilik.

Auriellia tidak menjawab lalu bergegas menuju ke arah pintu bersama barangnya.

Qayyum merasa sedikit terkejut apabila melihat Auriellia tiba-tiba sahaja sudah berada di depan matanya.

Dalam tidak sedar, Qayyum tersenyum memandang Auriellia. Sungguh, wajah Auriellia dapat menenangkan dirinya.

Auriellia merasa tidak selesa dan cepat-cepat Auriellia mencari topik untuk membuang rasa malunya.

"Walid dan aunty balik?" Tanya Auriellia setelah melihat Puan Salina dan Encik Muawiyah membawa beg pakain keluar dari bilik Qayyum.

Qayyum dan Auriellia berjalan bersebelahan.

"Diorang tak bagitahu kau apa-apa?"

Kening Auriellia berkerut kerana cuba untuk mengingat sama ada mereka mereka memberitahunya atau tidak.

"Macam tak ada je. Kenapa?"

"Diorang nak pergi rumah kau pulak lepasni. Katanya mak kau pun ada. Esok hari ahad tu yang diorang nak tidur rumah kau." Jelas Qayyum lalu mengambil beg dari tangan Auriellia.

"Rumah aku?"

"Yelah rumah kau. Kenapa?"

"Kau?" Tanya Auriellia dengan wajah yang polos dan Qayyum sangat terhibur melihat reaksi itu.

Qayyum ketawa kecil kerana tidak faham apa yang ditanyakan oleh Auriellia. Ditambah pulak ekspresi muka yang sudah lama dirinya tidak lihat.

"Kejap kejap. Kau nak tanya apa sebenarnya ni? Aku tak faham." Ucap Qayyum dengan tawanya yang masih tersisa.

Auriellia seolah-olah tersedar.
'Takkan aku nak cakap, kau tidur rumah aku jugak ke?'
Desis Auriellia di dalam hati.

"Tak tak. Tak ada apa-apa." Jawab Auriellia sambil menggeleng-geleng kepalanya dengan laju. Setelah itu, Auriellia langkah seribu dan meninggalkan Qayyum.

Qayyum tersenyum melihat tingkah Auriellia lalu mata Qayyum beralih ke arah tangannya yang sedang memegang beg Auriellia.

"Dia tak membantah pun." Ucap Qayyum lalu keluar dari rumah dan menuju ke arah Auriellia yang sedang menunggu di luar ruamh.

*
*
*

"Eh Lina, kita belum bagitahu Lia lagi kita nak tidur rumah dia. Engko ni pun. Aku hempuk jugak nanti. Suka hati je buat keputusan." Bebel Encik Muawiyyah perlahan di samping Puan Salina kerana takut di dengar oleh Auriellia dan Qayyum yang berada di belakang mereka.

"Kejap eh saya tanya Lia dulu." Ucap Puan Salina membuatkan Encik Muawiyyah tercengang dengan perangai isterinya yang susah untuk ditebak.

"Hurm, sorry aku dah susahkan kau datang sini." Kata Qayyum.

"Bukan salah kau pun. Ikmal yang bawak aku pergi sini. Aku yang..." Belum sempat Aurilellia menghabiskan kata-katanya, Puan Salina terlebih dahulu mencelah.

"Lia, auntie cuma nak tanya boleh kitaorang tidur rumah Lia? Esok cuti alang-alang tu nak merasa jugak tidur rumah Lia. Nak tengok keadaan dia macam mana."

"Boleh je. Tak adalah Lia rasa sunyi. Tapi esok pagi Lia kena pergi sekolah sekejap sebab ada meeting. Auntie dan walid okay ke?"

"Eh mestilah okay. Lagi pun mama kamu pun ada esok hihi. Walid kamu tulah risau sangat kamu tak bagi kitaorang bermalam sana kejap." Kata Puan Salina lalu pergi semula ke arah Encik Muawiyyah dengan hati yang girang.

"Maaflah. Aku pun tak tahu macam mana diorang boleh fikir nak tidur rumah kau." Kata Qayyum sedikit kesal dengan keputusan mendadak orang tuanya.

"Tak apa." Balas Auriellia pendek.

Setelah sampai di tempat letak kereta, Qayyum memanggil Encik Muawiyyah yang meletak keretanya sedikit jauh darinya.

"Walid! Walid follow kitaorang dari belakang tau! Kalau nak pergi mana-mana telefon dulu." Pesan Qayyum terlebih dahulu sebelum mereka bergerak.

Auriellia sudah selamat masuk ke dalam kereta milik Qayyum dan hanya membiarkan Qayyum bercakap bersama Encik Muawiyyah.

"Ye ye. Jangan pandu laju sangat!" Pesan Encik Muawiyah kepada Qayyum.

Qayyum mengangkat ibu jari tanda okay kepada walidnya.

Setelah masuk ke dalam kereta, Qayyum sedikit terkejut apabila Auriellia tidak berada di kerusi penumpang.

"Kau tak nak duduk depan?" Tanya Qayyum. Kepala di palingkan memandang ke belakang untuk melihat Auriellia.

"Takpe takpe. Aku duduk belakang je." Tolak Auriellia kerana dia merasa malu untuk duduk bersebelahan dengan Qayyum.

"Kau nak duduk depan ke atau aku bukak buku ni." Ugut Qayyum sambil menayangkan buku milik Auriellia.

Mata Auriellia membesar serta mulutnya melopong apabila melihat buku miliknya berada di genggaman Qayyum.

"Eh! Buku aku, mana kau dapat?! Bagi balik."

"Aku boleh bagi buku kau ni semula tapi..." Kata Qayyum dan membuat isyarat mata agar Auriellia duduk di sebelahnya.

"Tak pelah kau ambik jelah buku tu. Bukan ada apa-apa pun." Ucap Auriellia dengan tenang walaupun jantungnya sudah berdetak dengan sangat laju.

"Tak ada apa-apa? Okay. Lagipun buku ni aku yang bagi kau kan? Jadi bolehlah aku tengok kan?" Tangan Qayyum sudah berura-ura mahu membuka buku Auriellia sambil tersenyum sinis ke arah Auriellia.

"AH! Okay, aku duduk depan." Ujar Auriellia. Sebelum keluar daripada kereta, Auriellia sempat mendengus kasar dengan sengaja.

"Pelan-pelan tutup pintu tu." Tegur Qayyum apabila Auriellia menutup pintu kereta Qayyum sedikit kasar.

"Sorry." Ucap Auriellia walaupun dia meluat dengan tingkah Qayyum sekarang.

"Bagi balik buku aku." Pinta Auriellia sambil memasang wajah bengis bagi menakut-nakutkan Qayyum.

"Marah ke? Tak baik tau marah-marah. Nah buku kau." Buku sedikit buruk itu Qayyum serahkan kepada Auriellia.

Tanpa berlengah, Auriellia mengambil bukunya dari tangan Qayyum.

"Kau tak baca isi kat dalam ni kan?" Tanya Auriellia risau.

"Tak adalah. Kenapa? Ada rahsia yang kau tak nak bagitahu aku ke?" Duga Qayyum kerana ingin melihat reaksi Auriellia.

"Rahsia apa? Ni buku nota je pun." Jawab Auriellia dengan tenang. Reaksi wajahnya dibuat setenang yang mungkin agar Qayyum tidak dapat menghidu kegusaran hatinya.

"Oh yeke. Baik." Balas Qayyum pendek lalu Qayyum kembali fokus memandu.

*
*
*

"Bang, malam ni kita pergi rumah Lia tau." Ucap Puan Emillia setelah Encik Khairul menjawab panggilannya.

"Esok abang kena pergi kerja awal sayang. Tak boleh ke hari lain? Kenapa last minute ni?"

"Takkanlah saya nak pergi sorang? Salina  dengan Yahya pun ada sana. Kita belum pernah lagi jejak kaki kita kat sana. Kita tak tahu keadaan rumah anak kita kat sana tu. Abang tak risau ke? Malam ni kita pergi subuh kita baliklah." Jelas Puan Emillia sekali nafas.

"Sayang, bukan abang tak risau tapi esok abang kena kerja awal. Boleh balik subuh, cuma abang risau abang mengantuk waktu drive tu. Kalau awak bagitahu awal, boleh kawan abang ganti shift abang. Tapi kalau last minute macam ni mana boleh. Lain kalilah eh? Tak apa, Salina dengan Yahya kan boleh tengok-tengokkan." Balas Encik Khairul dengan penuh berhati-hati kerana takut isterinya merajuk kepdanya.

"Ala, abang tak boleh ganti ke?" Tanya Puan Emillia sekali lagi masih mencuba.

"Tak boleh sayang."

"Abang ni kan!" Puan Emillia terus menutup panggilan telefon manakala Encik Khairul terpinga-pinga isterinya meletekkan panggilan begitu sahaja.

"Ewah Emi. Cantik perangai." Bebel Encik Khairul lalu kembali menyambung kerjanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Love You Where stories live. Discover now