[ 8 ]

85 55 0
                                    

     "Bang! Anak kita. Ya allah." Tanpa dipinta air mata mengalir di pipinya. Si suami mengambil anak leakinya daripada Qayyum.

Sang suami mencium bertalu-talu dan tubuh kecil itu di dakap erat. Bersyukur anaknya masih selamat.

"Terima kasih encik. Saya tak perasan tangan dia terlepas daripada tangan saya. Ini memang dari kelalaian saya. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak." Kata si suami yang mengaku akan kesilapannya.

"Oh tak ada apa-apa. Nasib dia jumpa saya. Kalau orang jahat macam mana?" Tanya Qayyum cuba berseloroh.

"Boleh tak nak tahu nama encik. Saya tak nak lupa orang yang dah tolong anak saya." Kata lelaki itu.
Si isteri hanya bermain bersama si anak tanpa memandang ke arah Qayyum.

"Qayyum." Balas Qayyum pendek.

"Qayyum?" Tanya wanita itu serta-merta. Wajah Qayyum diamati. Qayyum menunjukkan riak terkejut.

"Qaseh?" Tanya Qayyum semula. Tidak menyangka dia akan bertemu Qaseh dan keluarganya.

Wajah Qaseh memerah. Sudah lama dia mencari Qayyum dan Auriellia untuk meminta maaf.

"Qayyum, aku... aku nak.. dulu..." Akibat merasa sangat malu dan bersalah, Qaseh tidak dapat meluahkan dan menyebabkannya tergagap.

"Encik Qayyum, kenalkan saya Aisar Mohammad. Isteri saya ada cerita pasal encik. Kalau tak keberatan, jom minum. Tak apa saya belanja." Celah Aisar. Qaseh memandang suaminya. Aisar memegang tangan Qaseh cuba menyalurkan kekuatan kepada si isteri.

"Tolong Qayyum." Pinta Qaseh setelah melihat Qayyum seperti ingin menolak ajakan suaminya.

Tangan Qayyum menyentuh belakang kepalanya dan menayangkan senyuman kelat. Mahu tidak mahu dia terpaksa bersetuju untuk pergi bersama mereka.

Qayyum hanya membuntuti mereka daripada belakang. Kepala didongakkan ke langit. Selepas menamatkan SPM, Qayyum tidak lagi mengambil kisah tentang Qaseh kerana gadis itu sendiri menjauh darinya.

*
*
*

"Bang, kenapa tak duduk sini?" Tanya Qaseh ke arah suaminya yang berada di meja sebelah.

"Tak apa, bagitahulah apa yang Qaseh nak bagitahu tu. Abang dengan anak-anak. Encik Qayyum jangan risau, saya dah beri kebenaran. Lagipun saya dah tahu." Ujar Encik Aisar tenang.

Dalam diam Qayyum merasa kagum dengan kematangan yang dimiliki oleh Encik Aisar. Kalau suami yang lain mungkin sudah lain jadinya.

"Duduklah Qayyum." Pelawa Qaseh. Dari pandangan Qayyum, Qaseh masih cantik seperti dahulu. Cuma ketinggian wanita itu semakin bertambah. Badannya juga masih ramping walaupun sudah memiliki 2 anak.

"Qayyum sebenarnya.." Qaseh diam buat seketika. Tangan digenggam erat bagi menghilangkan rasa berdebar.

"Kenapa kau hilang? Aku contact kau tapi kau tak balas. Ig, whatsapp semua aku guna untuk cuba nak berhubung dengan kau tapi tak dapat. Aku tertanya-tanya aku ada buat silap ke?" Pintas Qayyum.

"Erm, kau tak ada salah. Aku yang sebenarnya yang bersalah. Lia. Dia tak ada buat salah apa-apa pun." Qaseh diam buat kali kedua.

Dahi Qayyum sudah berkerut. Tidak faham apa yang disampaikan oleh Qaseh.

"Sebenarnya, bukan Lia yang tolak aku. Aku sendiri yang jatuh. Dia pijak tangan aku sebab dia nak balas pasal tangan dia yang berdarah. Aku yang tolak dia dulu sampai tangan dia luka. Rozy datang tepat masa aku jatuh jadi aku gunakan Rozy untuk buat orang percaya Lia yang mulakan dulu." Cerita Qaseh tanpa memandang ke wajah Qayyum.

I Love You Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ